Ilmu Duniawi Ilmu Ukhrawi

' Tinggal sebulan je lagi saya akan sambung belajar semula….' Bisik hati saya.

Semakin dekat tarikh pendaftaran ke Kuliyyah of Pharmacy di UIA Kuantan, hati saya semakin berdebar-debar..bukan kerana tidak sabar tapi masih ragu2 dengan masa depan sendiri..Memilih untuk terus berada dalam bidang ni bererti peluang untuk mendalami bidang agama sepenuhnya kian tipis..

Entah mengapa sejak kebelakangan ini saya rasakan bidang ilmu yang saya pilih ini hanya sia2 kerana hanya untuk dunia semata-mata..Saya sering menyalahkan diri sendiri kerana membiarkan diri terus berada dalam bidang keduniaan sedangkan diri masih terlalu cetek ilmu agama..Saya tahu menuntut ilmu di bidang farmasi ini juga adalah fardu kifayah hukumnya tapi kini saya rasakan seolah-olah golongan yang mengaji bidang sains kian menjadi majority manakala yang terus gigih menuntut ilmu akhirat hanyalah minority..

Saya rasa sangat sedih bila teringatkan bahawasanya ALLAH SWT akan mengangkat sedikit demi sedikit ilmu agama di muka Bumi ini dengan mematikan golongan alim ulama'..Jadi,bayangkan dalam masa 5 atau 10 tahun akan datang?? Sudah tentu ilmu agama yang tinggal semakin sedikit memandangkan golongan yang faqih ilmu agama sangat sedikit pada waktu itu..Sangat malang lah saya jika terus terusan menangguhkan masa yang ada untuk mendalami agama yang satu ini..

Persoalannya, perlukah saya tinggalkan bidang farmasi yang sudah suku jalan ini??
Ahh,soalan inilah yang akan buat saya lemas dalam dilemma..

Sejak kecil lagi saya menyimpan hasrat untuk mendalami bidang agama seterusnya mewarisi pekerjaan abah sebagai pendakwah dan penceramah.. Bagaimanapun saya hanya merancang tapi ALLAH lebih tahu apa yang terbaik untuk saya..

Masih segar dalam ingatan tika ma bersungguh sekali mahu saya masuk ke MRSM namun jauh di sudut hati saya sangat2 nak masuk ke sekolah agama kerana saya tahu peluang saya untuk mencapai cita2 saya kian pudar jika saya ke MRSM..Walaupun setelah masuk ke MRSM pun saya masih memberitahu cita2 saya ingin jadi pensyarah pengajian Islam apabila ditanya oleh cikgu..tapi memandangkan pelbagai rintangan dan masalah yang menimpa abang2 dan kakak yang berada di SMKA dan SMA, ma terus mengharapkan supaya ke MRSM..saya sedikit pun tidak salahkan ma atas apa yang terjadi kerana saya tahu jika saya berkeras mahu ke SMA atau SMKA yang saya peroleh tawaran,ma pasti pening kepala lagi..Apa yang menimpa abang2 dan kakak tidak mustahil akan turut menimpa saya..Segala bentuk bantuan kewangan dan biasiswa tidak layak diperoleh dan ditarik balik oleh pihak sekolah atas alasan "kami terima arahan dari pihak atasan / YB.." sesuatu yang sungguh kejam untuk diterima akal..

Bagaimanapun saya tidak pernah menyalahkan abah yang pernah menempah nama dalam arena politik setempat satu masa dahulu..Bukan abah yang salah, tapi mereka yang kejam..Walaupun abah kini hanya membantu di belakang tabir namun hingga kini penglibatan abah pada masa lampau masih dijadikan alasan..Saya rasa cukup terkesan kerana natijahnya ma dan abah tidak benarkan saya ke SMA atau SMKA yang ditawarkan dan saya tidak dapat untuk memilih bidang agama sebagai masa depan saya.. Apa pun saya tetap redha setiap yang telah ditakdirkan oleh NYA..Mungkin ma dan abah pun ada perancangan sendiri kerana 4 daripada 9 orang adik beradik kami dihantar ke sekolah agama,4 lagi ke MRSM dan seorang lagi ke sekolah biasa..tapi saya rasa cukup terkilan bila ketiga-tiga abang yang dihantar ke sekolah agama turut memilih bidang sains akhirnya..hanya kakak yang meneruskan hingga memperoleh ijazah dalam bidang syariah..Dan sekarang saya sering mendengar keluhan dan rintihan abah yang mungkin terkilan kerana tiada seorang pun anaknya yang menghafaz al Quran mahupun yang faqih dalam bidang agama..Dan kini dia mula memasang harapan kepada cucu yang 2orang itu..Mudah-mudahan impian abah menjadi kenyataan, insyaALLAH..

Saya juga mula merancang masa depan saya….Dalam merancang inilah saya diburu resah apabila hati melonjak-lonjak meminta saya tinggalkan bidang sains dan tumpukan 100% ngaji agama..hati saya teringin sekali nak belajar di pondok..pernah sekali saya nyatakan hasrat itu kepada sahabat seperjuaangan tapi bertubi-tubi saya disyarah sehingga saya sendiri kehilangan hujah..Saya akui pendapatnya yang mengatakan students sains pun masih boleh blajar agama melalui kuliyah agama, pembacaan buku dan belajar di pondok bila cuti semester tiba..bagaimanapun hati saya tetap merasakan bahawa saya berlaku tidak adil pada diri sendiri bila mengutamakan ilmu dunia lebih dari ilmu akhirat..saya semakin buntu..saya tanyakan pula pendapatnya jika saya ingin belajar agama dengan cara berkahwin dengan seseorang yang faqih spt golongan lepasan pondok dan sebagainya..namun saya dihentam semula bila dia mempersoalkan soal sekufu dan fikrah…..huh, begitu pula….jadi bagaimana???setiap saat berlalu tanpa menunggu saya….tapi saya masih di sini…masih terus diburu dilemma…………

Tudung Labuh??

Kes 1 :

Pelanggan 1 : Ok ke ubat ni??leh tahan ke resdung?

Staff 1 : InsyaALLAH, dengan izin ALLAH..ubat ni ikhtiar je.. lagipun resdung ni yang penting kene jaga pemakanan...

Pelanggan 1 : Kalau adik yang jaga makan minum abang takpela..

Pelanggan 2 : La..aku baru nak suruh ko ejas yang ni (tunjuk staff 2), tapi dah kawin pulak..yang tu dah ada anak sorang tu..

Pelanggan 1 : Ish, takkan la...baru umur 21 ni..betul tak??

Staff 2 : Eh, takdela, baru 19 umur die..

Staff 1 : ( terus diam tak bersuara )

Pelanggan 1 : La..yeke?? tu la,pakai tudung labuh nampak macam 21.cuba pakai tudung singkat, baru nampak macam 19..kih3...


Kes 2 :

Seorang mak cik ingin membuat pemeriksaan tekanan darah dan ditemani oleh seorang anaknya..

Staff 1 : Mak cik duduk dulu ye...erm makcik ada darah tinggi ke sebelum ni??

Mak cik : A'a,memang ada..tapi tu lah dah lame tak datang cek..

Anak Mak cik : Akak ni dah kawin ke??

Staff 1 : Eh, takde la..saya muda lagi(ops,perasan), belajar pun tak habis lagi..

Anak Mak cik : Umur berapa?

Staff 1 : Hehe..takde la muda sangat.. 20 tahun..

Anak Mak cik : Eh, sebaya la kita rupanya..hik2..( malu sendiri sebab panggil akak)



Kes 3 :

Pelanggan 1 : EPO ni untuk apa dik?

Staff 2 : EPO ni Evening Primerose Oil, minyak yang diekstrak dari pokok primerose..baik untuk kulit dan seimbangkan hormon wanita..ni ade offer, RM10 je, ade 30 biji untuk sebulan..

Pelanggan 2 : Orang2 yang tak mampu je beli yang packing macam ni..yang dalam pack originalnya ada?

Staff 1 : (ambil EPO+Fish Oil Blackmores berharga RM98) kami takde yang kecik, yang ni untuk 4 bulan, ada 120 biji dalamnya...

Pelanggan 2 : Ha..kalau aku nak beli aku beli yang macam 'makcik' tu tunjuk tadi..

Pelanggan 1 : Eh, taraf anak dah dengan engkau, panggil makcik pulak..



Bertudung labuh di kalangan orang yang berpenampilan biasa memang sangat asing di mata masyarakat..betul ke pakai tudung labuh nampak tua ?? hati saya sememangnya tidak bersetuju lantas bersungguh-sungguh menidakkannya..mungkin bertudung labuh kelihatan lebih matang..ataupun raut wajah saya yang sememangnya kelihatan tua dari usia sebenar walaupun bilogical age saya baru 18tahun,hehe.. apa pun Alhamdulillah, bila seseorang mengatakan saya kelihatan lebih tua dari usia, ia mengingatkan saya tentang kematian yang semakin hampir dengan saya..inilah peringatan dari ALLAH dan wasilahnya melalui mereka yang menyindir begitu..Alhamdulillah...yang penting,bukan tudung labuh yang patut dipersalahkan..

Bagaimanapun, telinga saya semakin lama semakin masak dengan sindiran masyarakat umum tentang golongan yang bertudung labuh ni.. sejak awal bekerja di farmasi itu lagi telinga saya dah diserbu 1001 bentuk sindiran dan persepsi buruk terhadap golongan bertudung labuh..hakikatnya bukan sejak bekerja di situ malah sejak dari awal saya berhijrah kepada penampilan sebegini, termasuklah ahli keluarga dan saudara mara sendiri yang turut menyindir...tidak mengapa, cukuplah saya ada ma dan abah yang sentiasa menyokong saya berpenampilan begini..kadang2 terdetik juga di dalam hati, mengapa begitu ramai yang concern dan memberi nasihat disamping sindiran bila seseorang tu nak buat baik??yang berpakaian tak cukup kain tu kurang pula yang nak mengambil berat..hurm, salahkah mereka yang bertudung labuh ni?salahkah mereka jika ingin mencari kesempurnaan dalam menutup aurat?bukankah ALLAH suka sesuatu yang sempurna??Wallahu'alam...saya pun tiada jawapannya..

Jauh di sudut hati saya bukanlah hendak menyalahkan masyarakat umum yang sering berpersepsi negatif terhadap golongan yang bertudung labuh ini..namun rasa sedih sekali bila fenomena ini terus berlarutan hingga ke hari ni..hakikatnya, golongan yang bertudung labuh ni belum mampu membuktikan mereka lah yang sepatutnya menjadi contoh terbaik kepada seluruh manusia yang bergelar muslimah di dunia ni..saya tidak pernah salahkan mereka(masyarakat umum) kerana saya juga pernah mempunyai persepsi negatif terhadap golongan bertudung labuh satu masa dahulu.. keadaan dan individu2 di sekeliling saya memaksa saya berfikiran begitu..Inilah dikatakan kerana nila setitik, rosak susu sebelanga..

Satu masa dahulu, saya pernah tinggal bersama golongan yang bertudung labuh kerana diterima untuk mengajar murid darjah 2 di sebuah sekolah agama swasta semasa cuti lepas spm..ketika itu hanya saya yang tidak bertudung labuh..pada awalnya saya sangat respect kepada mereka namun bila saya mendengar sendiri pengakuan mereka seperti pernah berpegangan tangan dengan lelaki yang bukan muhrim dan melihat sendiri mereka keluar berdating saban minggu,sms dan bergayut di telefon saban malam dan waktu(Na'uzubillahi min dzaalik..)..saya jadi semakin meluat dan hilang respect terhadap mereka...Malah persepsi saya terhadap mereka yang bertudung labuh pada waktu itu sangat buruk..Saya rasa sangat marah kerana mereka tidak menunjukkan contoh tauladan yang baik buat saya sedangkan mereka bertudung labuh dan berpelajaran bidang agama walhal saya adalah sebaliknya....sehinggakan pada waktu itu saya rasakan bahawa golongan yang bertudung pendek lebih baik daripada mereka yang berkelakuan sedemikian..

Bagaimanapun Alhamdulillah, tanggapan saya mula berubah bila saya melangkah masuk ke uia..kehadiran Kak Ilyani dan Kak Siti Hafriza sejak awal saya di uia merupakan hadiah paling berharga dari ALLAH SWT kepada saya untuk membuktikan betapa indahnya akhlak seorang muslimah yang bertudung labuh.. Alhamdulillah,inilah yang saya cari selama ini... Alhamdulillah,kerana sahsiah dan peribadi mereka yang sangat baik la menyebabkan hasrat saya untuk memakai tudung labuh melonjak kembali setelah sekian lama terkubur...sebab saya juga ingin sekali jadi baik seperti mereka,InsyaALLAH..Mudah2an ALLAH akan istiqamahkan saya untuk terus mencari kesempurnaan dalam menutup aurat disamping terus kuat menghadapi sindiran dan halangan yang datang..Amiiin.....

Masyarakat Hadhari



'' tak sabar nak tunggu minggu depan,"
kata seorang staff yang lebih mesra dipanggil Angah..

'memangla tak sabar sebab 26hb kan gaji...'
bisik hati saya yang turut rasa tertunggu2 minggu depan datang..

Hmm,dah hampir 2bulan rupanya saya bekerja sebagai salah seorang staff di sebuah farmasi di negeri ikan patin ni..Farmasi Al-Syifaa' , indah namanya seindah layanan staff2nya terhadap setiap pelanggan yang masuk ke farmasi tersebut..



Dalam tempoh 2 bulan ni saya telah belajar tentang pelbagai jenis ubat dan supplement yang dijual di situ..Dalam tempoh itu juga saya berhadapan dengan karenah masyarakat sekitar yang pelbagai gaya dan ragam..Sepanjang 2 bulan ini pemerhatian saya terhadap masyarakat di sini sungguh menyedihkan dan menyayat hati..

Bagaimanapun, saya rasakan tiada kekuatan untuk berusaha membantu masyarakat di sini..Walaupun iman saban hari terus memberontak kerana benci apa yang dilihat namun bila keseorangan terasa diri sangat lemah untuk mengajak kepada yang ma'ruf dan mencegah setiap yang mungkar....Ya ALLAH, bantulah hamba MU ini..


Apa yang saya perhatikan , boleh dikatakan 60% pelanggan di sini tidak bertudung bagi golongan wanita..lebih menyedihkan apabila saya perhatikan golongan suami yang kelihatan orang baik2 dan berjanggut sanggup membiarkan isteri2 mendedahkan aurat di sana sini..yang pakai tudung pun hampir separuh yang masih memakai baju lengan pendek..belum masuk yang menunjukkan bentuk tubuh badan yang sememangnya menjadi tarikan golongan lelaki.. tidak ketinggalan juga bagi golongan lelaki pula hampir 50% yang datang dengan berseluar pendek... Kesemua mereka adalah Melayu Islam..

Tapi apa sudah jadi dengan masyarakat kini??Tidak takutkah mereka pada hukuman ALLAH??Atau adakah mereka tidak pernah diberitahu tentang batas2 aurat lelaki dan perempuan?? Bertubi-tubi persoalan menerjah fikiran saya setiap kali terpandangkan aurat lelaki dan perempuan di sana sini..Astaghfirullahal 'aziim..siapa yang bersalah??
Aku kah?? "Ya ALLAH, kurniakanlah mereka hidayah dan petunjukMU.." Hanya itu yang mampu saya lakukan...hanya berdoa..saya tidak tahu mengapa lidah ini begitu kelu bila berhadapan dengan situasi begitu..Mungkin kerana diri masih diselaputi dosa yang menebal...Astaghfirullahal'aziim..sampai kapan harus begini??Hati saya sebak,kesal dengan kelemahan diri....

Di saat dunia memerlukan pejuang2 ISLAM yang gagah dan teguh berjihad menegakkan kalimah 'Laa ila ha illALLAH' , anak2 muda di sini terus lalai diulit bisikan2 syaitan laknatullah..yang leka berkhayal terus menerus memburu ubat batuk Promethazine..yang sudah terlanjur dengan ketagihan tanpa segan silu terus menjadi pelanggan tetap membeli Tramadol seperti Pengesic, Domadol dan sebagainya..

Di saat Islam memerlukan mujahidah2 yang boleh menjadi sayap kiri kepada perjuangan para mujahid, anak2 gadis di sini terus lalai bersama cinta sang kumbang liar sehingga akhirnya membawa kepada pembelian Urine Pregnancy Test , sedangkan diri belum lagi berkahwin..Pil datang haid yang pelbagai jenis turut menjadi sasaran bila bimbang haid tidak kunjung tiba pada masanya..

Astaghfirullahal'aziim..mana pemuda harapan ISLAM??mana pemudi penggoncang dunia??Siapa yang harus bertanggungjawab ke atas semua ini??Tepuk dada, tanya iman..

Rasa bersalah tak terhingga sering menghantui diri bila golongan yang sangat meragukan datang untuk membeli ubat yang turut saya ragu...kalau beri bererti saya bersubahat, kalau tak beri bagaimana jika mereka benar2 memerlukan?? Kadang2 bila diberi pelbagai alasan , ada pula yang mengamuk tak tentu pasal...sebabkan takut mereka bertindak di luar kawalan, terpaksa juga saya dan staff2 lain jualkan ..kadang2 budak2 sekolah, golongan belasan tahun..sedih rasa hati hanya ALLAH yang tahu..mereka sedikitpun tidak gentar walaupun maklumat peribadi mereka direkod setiap kali membeli ubat yang mempunyai kandungan seperti Dextromethorphan dan sebagainya.. Mungkin terlalu ghairah memenuhi tuntutan nafsu, apa2 pun sudah tidak penting bagi mereka..

Ya ALLAH, beginikah keadaan generasi yang akan mengisi kemenangan ISLAM satu hari nanti??berikanlah petunjuk dan hidayah kepada mereka ya ALLAH...
mudah2an segalanya akan berubah bila tertegaknya syariatMU di muka bumi Malaysia ini ..Amiin..

kembali jadi MB hanya selama 19 jam???

Lega yang bertandang di hati rakyat jelata di sebuah negeri Darul Ridzuwan itu hanyalah seketika cuma apabila berita mengejutkan mengenai penangguhan keputusan Mahkamah Tinggi itu diumumkan..

"Apa nak jadi dengan negeri Perak Darul Ridzuwan ni?? Pening..pening…"

Pelbagai rungutan dan sungutan didengari bukan saje di kalangan rakyat di negeri Perak bahkan seluruh rakyat Malaysia dan mungkin juga rakyat dari negara sekitar Malaysia yang turut setia mengikuti kemelut yang melanda negeri yang menjadi rebutan ni. Itu mungkin bagi yang mengikuti berita semasa. Macammane pula yang tidak mengikuti??

Kata mereka , "yang penting tak ganggu periuk nasi aku.."

Masalahnya, bukan sedikit golongan yang sebegini, bahkan berrlambak2 di merata-rata tempat..sehinggakan kewujudan golongan inilah yang menyebabkan proses membentuk Daulah Islamiyah di negara ni semakin rumit dan lambat..
Masya Allah..semoga Allah memberi petunjuk dan hidayah kepada mereka..

Tapi bagi yang mengikuti pulak, setakat mana mereka faham dengan apa yang berlaku sebenarnya?? Sebahagian yang mengikuti pun hanya mengikuti berita melalui media arus perdana yang sentiasa mempositivekan kerajaan BN dan menegativekan kerajaan Pakatan Rakyat di negeri itu khususnya.. bleh pcaye lagi ke media2 arus perdana ni?? Bukankah sudah terang lagi berspotlight Berita Harian, Utusan Malaya, TV1,TV2 dan TV3 sekalipun hanya memaparkan berita yang menyebelahi pihak kerajaan..Tujuannya utk mendungukan dan mem'pak pandir'kan lagi rakyat Malaysia terutamanya yang duk kat tanah2 rancangan spt felda, risda dan sebagainya..Kebanyakan mereka terus absorb 100% berita yang disampaikan tanpa mengkaji terlebih dahulu pokok pangkalnya..Mudah mudahan Allah akan bukakan hati mereka utk menilai yang mane yang hak dan yang mane yang batil…

Kecoh satu malaya mengenai isu di negeri Perak... Dato Seri Ir Nizar hanya jadi MB 19 jam??? Ish2, permainan ape ni?? Kejap Dato Zamri jadi MB, kejap Dato Seri Ir Nizar...Hurm, siapa sangka, kerana terlalu pelahapkan negeri yang satu tu perlembagaan negara pun mereka tolak tepi..Ape yang nak dihairankan, hukum Al Quran yang Allah turunkan pun mereka tolak mentah2, inikan pula perlembagaan yang ciptaan manusia semata-mata..kalau tak, takkan la hukum hudud jadi bahan sindiran, bahan untuk takut2kan rakyat yang cetek pengetahuan agama..Ya Allah, tunjukkanlah kekuasaanMu kepada mereka yang sengaja mencari kemurkaanMu ini Ya ALLAH..Berikanlah mereka hidayah...

Apa yang saya tahu daripada seseorang yang arif dan pakar, menurut perlembagaan negara, MB hanya boleh digugurkan hanya dengan 3 sebab – meninggal dunia, letak jawatan atau melalui usul undi tak percaya..Bagaimanapun ini langsung tak diendahkan oleh Dato Zamri dan kuncu2nya lantaran terlalu ghairah utk jadi MB..

Bersabarlah wahai golongan yang mempertahankan kebenaran..Sesungguhnya kebenaran itu pasti datang ..perjuangan yang diredhai Allah itu sememangnya pahit dan dihujani dengan mehnah dan ujian yang tiada surut..Hanya orang2 yang dipilihNya sahaja dapat menghadapi setiap ujian dengan tenang dan sabar..Bagaimanapun, yakinlah...ISLAM pasti dan mesti akan menang satu hari nanti..Rugilah kita andai tidak berada bersama golongan yang memperjuangkan ISLAM di saat ISLAM berada di puncak kejayaan...
takbir!! ALLAHU AKBAR!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...