CERPEN ISLAMI 3 : CINTA ITU BUTA, PEKAK & BISU

Hakim memerhatikan ladang kelapa sawit Syed Ariff yang saujana mata memandang. Berdiri di atas kawasan tanah yang agak tinggi, dia memutarkan pandangannya 360 darjah untuk melihat kawasan sekeliling. Masya Allah, Subhanallah, memang luas dan subur. Dia tahu, selama ini ladang Syed Ariff merupakan ladang yang termaju di daerah itu.

Tiada yang dapat menandinginya dan kekayaan Syed Ariff yang semakin hari semakin bertambah berkat ketulusan dan sikap pemurah Syed Ariff dengan semua insan tanpa mengenal pangkat dan kedudukan. Benarlah janji tuhan dalam firmanNya yang bermaksud,



'Sekiranya engkau bersyukur, maka kami akan menambahkan lagi rezekimu, namun sekiranya kamu kufur ketahuilah sesungguhnya azab Kami amat pedih'

5 tahun di luar negara membuatkan dia rindu dengan ladang luas ini. Kepulangannya kali ini adalah untuk selama-lamanya. Di sebelah kanan ladang ini, Syed Ariff telah memperuntukkan kawasan seluas beberapa ekar untuk dibuat kebun bunga dan Hakim belum pernah menjejakkan kaki ke situ. Dia berhajat untuk melawat kawasan itu juga.

Hakim menapak ke arah kebun bunga yang diwar-warkan oleh kebanyakan pekerja sebagai kebun tercantik yang pernah mereka lihat. Hakim perlu menilai sendiri semua itu. Dan anehnya, kata mereka, mereka tidak tahu siapa yang menjaga kebun itu sebaik dan secantik itu kerana penjaga kebun itu tidak pernah keluar di khalayak. Dan Hakim merasa bertambah aneh apabila tiada sesiapa dibenarkan berada berdekatan dengan kawasan kebun itu di waktu malam.

Hakim teruja untuk menyelidik sendiri hal itu. Benarkah begitu? Kenapa mesti bersembunyi?

Hakim semakin menghampiri kawasan itu, dan dia terserempak dengan seorang lelaki separuh umur yang sedang membawa cangkul di bahunya.

"Assalamualaikum syeikh," tegur lelaki tua itu dengan wajah yang berseri-seri.

Hakim terpegun melihat keceriaan di wajah itu seolah-olah dia tidak pernah bersusah.

"Waalaikumussalam. Pakcik siapa?" tanya Hakim ramah. Lelaki tua itu tersenyum, keikhlasan terpancar di segenap wajahnya.

"Saya pekerja di sini. Syeikh siapa?"

"Saya Syed Hakim, anak Syed Ariff," jawab Hakim, perlahan. Tidak mahu riak terselit dalam bicaranya.

"Oh, yang baru pulang dari luar negara tu?" ujar lelaki tua itu sendiri dan perlahan. Hakim cuma tersenyum. Tiada apa yang patut dibanggakan baginya.

"Alhamdulillah pakcik. Ada rezeki saya," ujar Hakim.

"Betul, rezeki manusia ada di mana-mana, terpulang bagaimana kita mencarinya," ulas pakcik itu.

"Siapa nama pakcik?"

"Saya Habibullah. Panggil Pak Habib saja," jawabnya beserta senyuman di wajahnya.

Hakim mengangguk sendiri. Dia ini 'Kekasih Allah'. Dia menyimpulkan.

"Pak Habib baru di sini?"

"Ya, saya bekerja di kawasan ini, di sekeliling kebun ini."

"Oh begitu. Boleh saya tanya? Siapa yang menjaga kebun ini? Dengarnya dia tidak keluar dikhalayak. Kebun ni juga ditutup di waktu malam. Pak Habib tau mengenai hal ini?" tanya Hakim.

Pak Habib diam, seakan-akan memikirkan sesuatu dalam. Dia merenung dalam mata Hakim sehingga membuatkan Hakim tertanya-tanya salahkah bicaranya sebentar tadi? Adakah dia telah mengguris hati Pak Habib tanpa disedari?

"Penjaga kebun ini tidak keluar bertemu orang kerana dia buta, pekak, dan bisu," jawab Pak Habib, lambat-lambat namun mendalam.

Hakim terdiam mendengarnya. Dia merenung wajah tua itu, mencari-cari sesuatu yang akan memberitahunya bahawa dia sedang dipermainkan namun wajah itu tetap serius, tenang dan ceria seperti tadi.

"Betul pakcik? Mana pakcik tahu?" tanyanya lagi, meminta kepastian.

"Syed Hakim, Pak Habib ada kerja. Minta diri dulu. Assalamualaikum."

Belum sempat Hakim memberi keizinan, Pak Habib telah berlalu meninggalkan Hakim termangu-mangu. Buta, pekak dan bisu? Biar betul? Pak Habib ni tipu ke apa? Hakim terus-menerus memikirkan kembali kata Pak Habib yang tadi. Masih tidak dapat menerima rasional perkara itu. Lama dia di situ, sebelum dia meneruskan langkahnya ke arah tujuannya sebentar tadi. Dia perlu tahu setakat manakah kebenaran kata-kata Pak Habib.

Semakin dia menghampiri, Hakim sudah dapat menghidu bau haruman bunga yang menyegarkan dan menusuk ke hidung. Wanginya tidak terkata. Kebun itu dibina di dalam sebuah ruang yang berbumbungkan dan berdindingkan jaring hitam. Ada pintu yang berupa celahan tanpa jaring yang dikhaskan supaya pengunjung dapat keluar dan masuk dari satu jalan sahaja.

Hakim sudah berdiri di hadapan pintu kebun itu dan dia melangkah masuk. Hakim terpegun seketika. Subhanallah, dia memuji-muji di dalam hati. Kebun itu begitu indah, benar apa yang dikatakan pekerja di situ. Bunga pelbagai jenis ditanam di situ. Pelbagai rupa dan warna juga bau. Ada yang tergantung, yang di tanam di atas tanah dan juga disusun di para. Pengunjung perlu mengikuti laluan yang dibuat khas yang dibuat disekeliling kebun itu.

Hakim berjalan mengikut langkah kaki, tiada apa yang melekat di fikirannya kerana yang dia tahu tempat itu ibarat syurga sekiranya ia boleh dianggap begitu. Fikirannya lapang selapang-lapangnya. Air terjun buatan yang kecil dan unik juga dibuat di beberapa sudut. Ada juga tanaman hiasan lain yang menghiasi sudut-sudut seperti bonsai dan kaktus. Serangga bertebaran riang. Rama-rama berterbangan riang tiada gundah.

Apa yang dia tahu, kebun itu ibarat taman bunga yang sungguh indah yang wujud cuma dalam khayalan. Keindahannya tidak tergambar, dan ada ketenangan yang mengiringi setiap inci indah taman itu. Siapakah yang menjaga kebun ini? Mustahil dia buta, pekak dan bisu. Kebun ini tidak mungkin terjaga indah sekiranya benar penjaganya begitu.

Hakim melepaskan lelah di bangku kecil yang disediakan sambil menghayati deruan air yang menjadi muzik menghiburkan pengunjung taman. Hakim memejamkan matanya, cuba menghayati keindahan taman itu dengan segenap inci akalnya. Tenang dan damai. Itulah rasa yang meresap jauh ke sehingga ke lubuk hatinya. Selama ini, bukan dia tidak pernah mengunjungi taman-taman bunga terutamanya semasa dia di luar negara. Hampir semua taman bunga yang ada dia telah kunjungi namun taman ini sungguh berbeza.

Ada sesuatu yang mengiringi keindahan taman ini, sesuatu yang dia sendiri tidak pasti apakah itu. Dia mesti mencari penjaga kebun ini.

Mesti.

Hakim memasang tekad di hati, sambil memerhati seekor labah-labah kecil meniti atas sekuntum bunga mawar. Mawar indah.


"Abi, Hakim nak tanya sikit," Hakim memulakan sebaik mereka selesai solat isyak berjemaah malam itu.

Syed Ariff mengangkat muka, memandang ke wajah anak lelaki sulungnya. Anak yang menjadi penguat semangatnya sejak kematian isteri 10 tahun yang lalu. Anak yang menjadi kebanggaannya.

"Apa dia?" lembut dan tenang suara itu berbicara.

Hakim menunduk. Berat mahu memulakan. Akankah dia mendapat jawapan kepada persoalannya?

"Abi, Hakim dah melawat kebun bunga abi," Hakim memulakan.

Dia menelan liur. "Ya? Apa pendapat Hakim?"

"Taman itu taman yang paling cantik dan tenang yang Hakim pernah kunjungi. Hakim tertanya-tanya apakah yang membuatkan kebun itu istimewa walhal luarannya sama seperti kebun yang lain," ujar Hakim, memberi pendapat.

Syed Ariff mengukir senyum nipis. Reaksi itu sudah dijangkakan. "Jadi? Apa yang Hakim nak tau?"

"Err, Hakim ada bersembang dengan Pak Habib dan Hakim tanyakan pada dia, siapa penjaga kebun tu."

"Apa jawab Pak Habib?"

"Katanya, orangnya buta, pekak, dan bisu. Betul abi? Dan sebab tu dia tak pernah keluar di khalayak."

Syed Ariff tersenyum lagi. "Betul, dia buta, pekak dan bisu," Syed Ariff mengiyakan.

Hakim tergamam. "Tapi macam mana dia boleh jaga kebun itu seindah dan sebaik itu kalau betul dia buta, pekak dan bisu?" ujarnya lagi, meluahkan rasa hairan yang berbuku di dada.

Syed Ariff mengukir senyum nipis lalu meletakkan tangan kanannya di bahu Hakim. Hakim tersentak sedikit kerana seakan ada sesuatu yang mengalir dari tangan ayahanda tersayang. Rasa kasih seorang ayah.

"Hakim, dalam dunia ni, ada sesetengah benda Hakim perlu cari sendiri jawapannya. Dan bila Hakim dah dapat jawapannya, mungkin Hakim tak pernah jangka yang Hakim akan memperoleh kebaikan dari situ. Siapa tahu, dunia ini dan ciptaanNya, penuh rahsia. Abi serahkan pada Hakim untuk mencari jawapan kepada semua ni. Bila Hakim dah tahu, beritahu abi."

"Tapi abi..."

"Ingat Hakim. Setiap persoalan pasti ada jawapannya dan jawapan itu lebih indah jika kita mengetahuinya dari usaha kita sendiri," Syed Ariff bingkas lalu melipat sejadahnya. Hakim masih di situ, memikirkan erti kata-kata ayahnya.




Hakim berdiri di beranda rumahnya yang tersergam indah dan mengambil sebahagian kecil tanah di ladang luas itu. Dia memandang ke langit, di fikirannya pertanyaan itu masih belum terjawab. Siapa dia? Siapa dia yang menjaga kebun itu sebaik itu?

Hakim membuang pandang ke kejauhan. Bagaimana caranya untuk dia mendapatkan jawapan kepada semua itu? Ilham Allah tercetus di minda secara tiba-tiba. Hakim teringat yang kebun itu menjadi kawasan terlarang di waktu malam. Mungkinkah dia keluar di waktu malam? Dan untuk mengelakkan pertembungannya dengan orang lain, para pengunjung dilarang ke situ pada waktu malam. Mungkinkah? Hakim tahu dia perlu ke situ untuk mencari jawapannya.

Dia mencapai kunci motor dan dia melangkah keluar dari rumahnya. Syed Ariff yang sedang membaca akhbar tersenyum sendiri melihat Hakim yang tergesa-gesa keluar. Syed Ariff mencapai telefon lalu didailnya nombor seseorang. Sebentar kemudian, terdengar bicaranya.

"Habib, Hakim dah keluar. Perhatikan dia," ringkas tapi penuh makna.

Hakim menyusuri lorong di ladangnya sehingga dia menghampiri tepi jalan yang akan membawanya ke kebun itu. Dia memberhentikan motornya lalu ditongkatkan. Langkah kaki diatur pantas namun berhati-hati bagi mengelakkan kakinya tersadung apa-apa di atas tanah. Dari kejauhan, kebun itu yang disimbahi cahaya dari lampu di luar dan dalam kelihatan bercahaya. Dan ketenangan itu meresap kembali.

Hakim semakin menghampiri. Dan tiba-tiba langkah kakinya terhenti apabila dia cuma beberapa langkah sahaja lagi dari pintu. Telinganya menangkap alunan sesuatu dan jantungnya berdegup kencang. Hakim terkedu. Alunan itu sungguh indah dan lagunya begitu meresap ke dalam jiwa. Bukan alunan lagu terbaru dari radio-radio, tetapi alunan ayat suci Al-Quran yang begitu indah dan menusuk sekali. Suara yang mengalunkannya juga kedengaran begitu tenang dan mendamaikan.

Seperti tiada gundah dan hidup ini begitu indah. Siapakah dia?

Hakim mengatur langkah perlahan, dia mahu bersemuka dengan empunya suara itu, dan dia tidak mahu mengejutkannya. Hakim melangkah masuk ke taman itu sambil matanya cuba mencari arah datangnya suara itu. Dia menapak perlahan sehingga matanya tertangkap kelibat seseorang yang berdiri di sebalik bunga-bunga Anggerik dan Orkid yang tergantung dalam jarak 5 meter darinya.

Matanya cuma dapat melihat separuh sahaja susuk itu kerana ianya terlindung dek pokok-pokok hiasan. Seorang perempuan seperti yang dia jangkakan. Alunan itu masih kedengaran dari arahnya. Memang dia yang mengalunkannya. Kali ini alunan itu lebih jelas. Alunan surah an-Nisa'.

Hakim mengunci bibir, menghayati bacaan itu. Mengamati susuk itu yang berkelubung dari atas sampai ke bawah. Kelihatannya dia sedang menyiram bunga dengan paip. Hakim tidak berani mendekat lagi. dia memeluk tubuhnya. Dan tiba-tiba, gadis itu berpusing menghadap ke arah Hakim. Hakim tergamam melihat seraut wajah itu yang bertutup sehingga cuma menampakkan matanya. Mata yang memancar cahayanya, menyilaukan ketenangan.

Gadis itu tidak menyedari kehadirannya. Masih leka menyiram bunga-bunga dan tumbuhan di situ. Suara itu masih kedengaran biar bibir yang mengalunkan tidak kelihatan. Hakim terkedu. Siapa dia?

"Hakim!" Hakim tersentak mendengar suara itu.

Gadis itu yang turut mendengar suara itu mengangkat matanya. Jelas dia terkejut dengan melihat Hakim. Alunan itu terhenti. Hakim memandang ke sebelah kanannya sebelum mengalihkan pandang ke arah itu kembali namun dia sudah tiada. Ke mana dia?

"Hakim, kamu buat apa di sini?" tanya Pak Habib.

Hakim termangu-mangu. Mencari-cari kelibat itu namun sudah tidak kelihatan. Dia tahu dia tidak bermimpi.

"Kamu cari siapa?" tanya Pak Habib lagi setelah soalan pertamanya terbiar sepi.

"Perempuan tu. Pak Habib kenal dia?" tanya Hakim. Matanya masih melilau ke segenap sudut yang kelihatan di mata kasarnya namun dia sudah menghilang.

"Perempuan mana?" Hakim terkedu. "Pak Habib, perempuan yang siram pokok tadi kat sana tu. Dia pakai purdah. Dia baca surah an-Nisa'. Takkan Pak Habib tak dengar tadi?" tanya Hakim tidak percaya.

Pak Habib memandang ke arah yang ditunjukkannya. "Tak pun, biar betul kamu ni. Kamu salah dengar kot," tingkah Pak Habib.

Hakim mengetap bibir, tidak puas hati. Tak mungkin. Memang dia ada.

"Dah lewat ni, pergi balik," arah Pak Habib.

Hakim diam, tidak tahu apa yang perlu dibalas. Masih keliru. Namun diaturkan juga langkah keluar dari taman itu dengan diikuti Pak Habib yang setia di belakangnya.

"Pak Habib, takkan Pak Habib tak Nampak dan dengar dia tadi?" tanya Hakim lagi, tidak puas hati.

Pak Habib mengerut-ngerutkan dahinya. "Apa yang kamu merepek ni? Dah lewat ni, pergi balik," arah Pak Habib lagi sambil menggesa Hakim ke arah dari mana dia datang tadi.

Hakim menggaru kepala yang tidak gatal. Dia pulang juga bersama tekad baru. Malam esok aku akan datang lagi.

Keesokan harinya, Hakim keluar lagi pada waktu yang sama dengan harapan dia dapat melihat kembali dan sekiranya berpeluang, dapat berbicara dengan gadis itu. Namun Hakim hampa apabila setelah lebih sejam dia menanti, suara itu tiada lagi kedengaran. Hakim tetap setia menanti sehingga lima malam berturut-turut. Hakim tahu dia sudah jatuh cinta. Di fikirannya terbayang-bayang sepasang mata itu. Di manakah kau? Adakah benar kau bidadari dan aku hanya mampu melihat kau di dalam bayangan sahaja?

Malam keenam, Hakim sudah mengalah. Dia pasti kini gadis itu hanya bayangannya biar akal warasnya menidakkan. Jika dia ada ke mana dia? Syed Ariff yang memerhatikan gelagat Hakim selama 5 malam itu menghampiri Hakim yang sedang mengelamun di atas sofa.

"Hakim, abi tengok Hakim resah saja sekarang. Ada masalah dengan pekerja?" Syed Ariff melabuhkan punggung di sisi Hakim.

Hakim melepaskan keluhan berat. "Abi, Hakim pun tak tau nak cakap macam mana."

"Cakaplah, insyaAllah, abi akan cuba fahamkan."

Hakim berdehem kecil. Bimbang dengan penerimaan ayahnya. "Hakim, ternampak seorang perempuan di taman bunga tu 6 malam yang lalu," ujar Hakim, memulakan bicara yang teragak-agak.

"Perempuan? Di taman bunga kita?"

"Ya abi. Tapi, sekejap saja. Dia siram pokok kita, sambil mengalunkan surah An-Nisa'. Kalau abi tengok dan dengar suara dia, Hakim percaya abi pun akan terkedu. Alunan dia sangat indah dan tenang, menusuk ke dalam jiwa. Seumur hidup Hakim, Hakim tak pernah dengar alunan seindah tu yang tidak ditujukan kepada pendengaran manusia. Maksud Hakim, alunan dia kedengaran ikhlas dan penuh penghayatan. Dan lagi satu abi, dia tutup seluruh badan dia kecuali mata dia," ujar Hakim bersungguh-sungguh.

"Ok, jadi, apa yang Hakim runsingkan sekarang ni?"

Hakim diam lalu menunduk. "Hakim dah tak jumpa dia dah."

"Kenapa Hakim cari dia?" tanya Syed Ariff lagi, cuba mencungkil rahsia hati anak bujangnya.

"Hakim rasa Hakim dah jatuh hati pada dia abi," luah Hakim terus tanpa segan silu. Syed Ariff mengangguk-angguk.

"Tapi, Hakim dah tak jumpa dia. Hakim pasti memang dia wujud?" tanya Syed Ariff lagi. Hakim menggelengkan kepala.

"Entahlah abi."

Syed Ariff tersenyum lagi. Dia menepuk lembut bahu Hakim. "Hakim, kadang-kadang, mata kita nampak benda yang kita nak lihat, telinga kita dengar apa yang kita nak dengar dan mulut kita berbicara apa yang kita mahu bicarakan tanpa memikirkan natijahnya. Hakikat cinta itu sebenarnya cinta itu buta, pekak dan bisu. Cinta itu buta kerana kita tidak akan pernah tahu siapa dia yang akan memperoleh cinta kita. Cinta itu pekak kerana cinta yang suci tidak mendengar bicara manusia yang rapu. Cinta itu bisu kerana cinta itu tidak akan pernah terluah oleh kata-kata yang sia-sia. Hanya orang yang bercinta merasakannya dan hanya orang yang benar bercinta dan ikhlas bercinta akan merasakannya. Ayat-ayat cinta yang selalu terluah di bibir manusia hakikatnya kebanyakannya adalah bertunjangkan nafsu semata kerana cinta sebenar adalah buta, pekak dan bisu. Pada abi, cinta sebegitu memang sukar ditemui. Hakim, jangan biarkan perkara sebegitu merunsingkan pemikiran Hakim. Dunia ini masih banyak tawarannya."

"Maksud abi?"

"Abi mahu meminang anak perempuan Pak Habib untuk Hakim. Syafiyya namanya. Hakim setuju?" ujar Syed Ariff terus tanpa berlengah.

Hakim menunduk. Mungkin itu yang terbaik dari hidup dalam bayangan. "Hakim ikut sahaja abi. Baik pada abi, baiklah pada Hakim," ujarnya tulus. Syed Ariff mengangguk-angguk.

"Kalau begitu, abi tidak mahu berlengah lagi. Dalam 3 bulan lagi, Hakim akan dinikahkan dengan Syafiyya. Hakim mahu berjumpa dia sebelum bernikah?" Hakim tersenyum. Menggeleng.

"Hakim percaya pada abi."

"Tapi dia buta, pekak dan bisu. Betul Hakim mahu?" Hakim terdiam.

Cinta itu buta, pekak dan bisu. Mungkin Syafiyya itulah cintanya. Jodohkan di tangan Tuhan?

"Hakim terima dia bukan kerana fizikalnya tapi kerana dia Syafiyya. InsyaAllah, jika semuanya kerana Allah, Hakim tidak akan menyesal. Hakim terima dia bagaimanapun keadaannya abi. Abi uruskanlah," ujar Hakim tenang. Syed Ariff mengangguk.

Hakim mengukir senyum nipis. Harapannya Cuma perkahwinan itu kelak dirahmati dan diberkati.




Hakim berdebar kuat. Sekarang, dia akan masuk ke dalam bilik pengantin perempuan untuk upacara pembatalan air sembahyang. Pertama kali dia akan menatap wajah gadis yang sudah sah menjadi isterinya sebentar tadi, Syafiyya. Langkah kaki diatur tertib masuk ke dalam bilik yang terhias indah.

Syafiyya menanti di sisi katil, berkelubung dengan selendang emas nipis, menyukarkan pandangan Hakim. Dia mendekati, gementar jemarinya mahu membuka selendang itu.

"Assalamualaikum," ucap Hakim biar dia tahu salamnya tidak mungkin didengar dan berjawab.

Selendang yang menutupi wajah itu diangkat dan mata bertentangan. Hakim terkedu.

Gadis di taman bunga!


"Waalaikumussalam," tutur seulas bibir itu perlahan namun menusuk. Hakim tergamam. Dia tidak buta, pekak atau bisu! Hakim memandang abi di sebelah, yang tersenyum dan mengangguk.

******** "Hakim, Syafiyya bisu kerana dia tidak pernah bertutur dengan orang lelaki lain selain Pak Habib. Dia pekak kerana dia tidak pernah mendengar kata-kata yang tidak elok. Dan dia buta kerana dia tidak pernah melihat yang tak elok di atas muka bumi ini," terang Pak Habib.

Hakim terdiam, jemarinya menggenggam erat jemari Syafiyya di sisi. Pandangan mata bertaut.

"Kami memang mahu menjodohkan kamu berdua namun tak sangka Hakim terlebih dahulu bertemu Syafiyya malam itu. Kerana itulah Pak Habib dan abi mengambil keputusan untuk tidak membenarkan lagi Syafiyya bekerja dan tarikh perkahwinan pun dipercepatkan," sambung Syed Ariff pula.

"Jadi dialah penjaga kebun yang buta, pekak dan bisu itu?" ujar Hakim sambil tertawa kecil. Genggaman jari mereka bertambah erat. Syed Ariff dan Pak Habib cuma tersenyum.

Hakim memandang wajah kedua-dua ayahnya. "Abi, ayah Habib, Hakim memang orang yang paling bertuah dan bersyukur kerana dikurniakan isteri dan cinta yang buta, pekak dan bisu. Doakan kami, supaya hubungan ini sentiasa dalam rahmatNya," ujar Hakim penuh pengharapan, sambil merenung Syafiyya yang tersenyum manis di sisi.

Dalam diam dia memanjat syukur kerana ikhlasnya menghadiahkannya seorang isteri yang sempurna iman dan luaran. Alhamdulillah...


dipetik dari
www.iluvislam.com

Top 7 Reasons To Become A Pharmacist


1) flexible working
To tell the truth, there are not many other jobs, which offers attractive working conditions, schedules. As a pharmacist, you will control the planning of your work. You can choose from a variety of working hours. For most of the pharmacist with a family, they tend to opt for the regular 9AM to 5PM jobs in food chains and retail stores. For others, can a 7 on and 7 more behind schedule suits them. This works by the pharmacist is usually 7 days just for a12-hour shift. After 7 days of work, replaced by the pharmacist, either resting for the next 7 days or if he or she can choose to work more hours working for other companies. This type of planning is to control, pharmacists who earn more in interest income are.

2) Salary Great Working

Depending on the circumstances and needs of pharmacists in the region, as a rule they can anywhere from $ 75,000 to $ 150,000 per year. That's a lot of money, given the fact that you do not need to go,through all of the training to become a pharmacist compared to a medical doctor’s journey.


3) You will always have a job
As of this writing, the demand for pharmacist is much more than the supply. There is a current pharmacist shortage in most areas of the U.S. So therefore, pharmacists are currently enjoying a period of mobility, stability and flexibility as they practice their profession.


4) You will have great benefits
In order to attract new graduating pharmacist, Most companies offer lucrative and attractive retirement and health benefits. These include attractive packages 401k plan, medical insurance and even paid vacation to places like Hawaii and Alaska.

5) You can still involve, to help health and the people

Many students are interested in health care, but the feeling that they are either limited to a doctor or a nurse. Well, as a pharmacist, you are still in the life of a patient are involved. Pharmacists are not just people with a bright white lab coat-jacket, who was just "count, pour, lick and stick" all day. Rather than this, the pharmacist as an intermediary between the doctor and patient. They advise patients on their medications, contact doctors if drugs or drug-food interactions, contact your insurance to ensure proper billing and to do many things to save people's lives all day long. Of course, these measures are usually unnoticed by the stereotypical views of the common people of most Pharmacist.


6) You do not have to deal with body fluids

Pharmacist is aware that in a nice clean environment to work. As a rule, do not deal with blood or other body fluids nasty coming out of the system of the patient.


7) Enjoy the dynamics of this profession

Pharmacists can work everywhere from the corner drugstore to the research in collaboration with doctors and nurses at the hospital. There are many career opportunities for pharmacists to pursue. These include(but not limited to) career in community pharmacy, clinical pharmacy, research, managed care, drug utilization review, academic professor, pharmaceutical representatives, and even CEO of a major Fortune 500 companies.


info retrieved from http://thailand.iblog.my/2009/09/29/the-top-7-reasons-to-become-a-pharmacist/

from http://pharmacy.iiu.edu.my/ipha/news

HADIS QUDSI 1

Berfirman Allah Ta’ala yang bermaksud ;

Wahai anak Adam,

Aku hairan kepada mereka yang yakin terhadap kematian tetapi masih bergembira.

Aku hairan kepada mereka yang yakin terhadap hari perhitungan tetapi dia masih mengumpulkan harta.

Aku hairan kepada mereka yang yakin terhadap kubur tetapi masih tertawa.

Aku hairan kepada mereka yang yakin terhadap kehidupan akhirat tetapi dia masih istirahat.

Aku hairan kepada mereka yang yakin terhadap dunia dan kemusnahannya tetapi dia masih tenang dengannya.

Aku hairan kepada mereka yang alim pada lidahnya tetapi jahil pada hatinya.

Aku hairan kepada mereka yang sibuk bersuci dengan air tetapi hatinya tidak suci.

Aku hairan kepada mereka yang sibuk dengan keaiban orang lain tetapi dia lupa terhadap dirinya sendiri.

Aku hairan kepada mereka yang mengetahui bahawa sesungguhnya Allah itu mengawasinya tetapi dia masih boleh melakukan maksiat atau mereka yang mengetahui sesungguhnya dia akan mati keseorangan dan akan dihitung keseorangan tetapi dia masih berjinak bersama manusia.

Ketahuilah, tiada Tuhan yang sebenarnya melainkan Aku dan sesungguhnya Muhammad itu adalah hamba dan utusan-Ku.

(Petikan hadis Qudsi, Kitab Imam al-Ghazali: al-Mawa’iz Fil Ahadis al-Qudsiah)

CERPEN ISLAMI 2: Ana sudah bertunang..

Hari-hari berlalu yang dilewati seakan sudah bertahun lamanya, namun yang perlu diakui ialah ianya baru beberapa minggu lalu.


Iya, hanya beberapa minggu lalu. Berita itu aku sambut dengan hati yang diusahakan untuk berlapang dada.

Benar, aku berusaha berlapang dada. Terkadang, terasa nusrah Ilahi begitu hampir saat kita benar-benar berada di tepi tebing, tunggu saat untuk menjunam jatuh ke dalam gaung. Maha Suci Allah yang mengangkat aku, meletakkan aku kembali di jalan tarbiyyah dan terus memimpin untukku melangkah dengan tabah.



Aku hanya seorang Insyirah. Tiada kelebihan yang teristimewa, tidak juga punya apa-apa yang begitu menonjol. Jalan ku juga dua kaki, lihat ku juga menggunakan mata, sama seperti manusia lain yang menumpang di bumi Allah ini.

Aku tidak buta, tidak juga tuli mahupun bisu. Aku bisa melihat dengan sepasang mata pinjaman Allah, aku bisa mendengar dengan sepasang telinga pinjaman Allah juga aku bisa bercakap dengan lidahku yang lembut tidak bertulang. Sama seperti manusia lain.

Aku bukan seperti bondanya Syeikh Qadir al-Jailani, aku juga tidak sehebat srikandi Sayyidah Khadijah dalam berbakti, aku bukan sebaik Sayyidah Fatimah yang setia menjadi pengiring ayahanda dalam setiap langkah perjuangan memartabatkan Islam.

Aku hanya seorang Insyirah yang sedang mengembara di bumi Tuhan, jalanku kelak juga sama... Negeri Barzakh, insya Allah. Destinasi aku juga sama seperti kalian, Negeri Abadi. Tiada keraguan dalam perkara ini.



Sejak dari hari istimewa tersebut, ramai sahabiah yang memuji wajahku berseri dan mereka yakin benar aku sudah dikhitbah apabila melihat kedua tangan ku memakai cincin di jari manis. Aku hanya tersenyum, tidak mengiyakan dan tidak pula menidakkan. Diam ku bukan membuka pintu-pintu soalan yang maha banyak, tetapi diam ku kerana aku belum mampu memperkenalkan insan itu. Sehingga kini, aku tetap setia dalam penantian.



Ibu bertanyakan soalan yang sewajarnya aku jawab dengan penuh tatasusila.

"Hari menikah nanti nak pakai baju warna apa?"



Aku menjawab tenang..

"Warna putih, bersih..."



"Alhamdulillah, ibu akan usahakan dalam tempoh terdekat."

"Ibu, 4 meter sudah cukup untuk sepasang jubah. Jangan berlebihan."

Ibu angguk perlahan.



Beberapa hari ini, aku menyelak satu per satu... helaian demi helaian naskhah yang begitu menyentuh nubari aku sebagai hamba Allah.

”Malam Pertama...” Sukar sekali aku ungkapkan perasaan yang bersarang, mahu saja aku menangis semahunya tetapi sudah aku ikrarkan, biarlah Allah juga yang menetapkan tarikhnya kerana aku akan sabar menanti hari bahagia tersebut. Mudah-mudahan aku terus melangkah tanpa menoleh ke belakang lagi. Mudah-mudahan ya Allah.



Sejak hari pertunangan itu, aku semakin banyak mengulang al-Quran.

Aku mahu sebelum tibanya hari yang aku nantikan itu, aku sudah khatam al-Quran, setidak-tidaknya nanti hatiku akan tenang dengan kalamullah yang sudah meresap ke dalam darah yang mengalir dalam tubuh. Mudah-mudahan aku tenang... As-Syifa' aku adalah al-Quran, yang setia menemani dalam resah aku menanti. Benar, aku sedang memujuk gelora hati. Mahu pecah jantung menanti detik pernikahan tersebut, begini rasanya orang-orang yang mendahului.



"Kak Insyirah, siapa tunang akak? Mesti hebat orangnya. Kacak tak?"

Aku tersenyum, mengulum sendiri setiap rasa yang singgah. Maaf, aku masih mahu merahsiakan tentang perkara itu. Cukup mereka membuat penilaian sendiri bahawa aku sudah bertunang, kebenarannya itu antara aku dan keluarga.

"Insya Allah, 'dia' tiada rupa tetapi sangat mendekatkan akak dengan Allah. Itu yang paling utama."



Berita itu juga buat beberapa orang menjauhkan diri dariku. Kata mereka, aku senyapkan sesuatu yang perlu diraikan. Aku tersenyum lagi.



"Jangan lupa jemput ana di hari menikahnya, jangan lupa!"

Aku hanya tersenyum entah sekian kalinya. Apa yang mampu aku zahirkan ialah senyuman dan terus tersenyum. Mereka mengandai aku sedang berbahagia apabila sudah dikhitbahkan dengan 'dia' yang mendekatkan aku dengan Allah.



Sahabiah juga merasa kehilangan ku apabila setiap waktu terluang aku habiskan masa dengan as-Syifa' ku al-Quran, tidak lain kerana aku mahu kalamullah meresap dalam darahku, agar ketenangan akan menyelinap dalam setiap derap nafas ku menanti hari itu.



"Bila enti menikah?"

Aku tiada jawapan khusus.

"Insya Allah, tiba waktunya nanti enti akan tahu..."

Aku masih menyimpan tarikh keramat itu, bukan aku sengaja tetapi memang benar aku sendiri tidak tahu bila tarikhnya.



"Jemput ana tau!"

Khalilah tersenyum megah.



"Kalau enti tak datang pun ana tak berkecil hati, doakan ana banyak-banyak! "Itu saja pesanku. Aku juga tidak tahu di mana mahu melangsungkan pernikahan ku, aduh semuanya menjadi tanda tanya sendiri. Diam dan terus berdiam membuatkan ramai insan berkecil hati.


"Insya Allah, kalian PASTI akan tahu bila sampai waktunya nanti..."


Rahsia ku adalah rahsia Allah, kerana itu aku tidak mampu memberikan tarikhnya.


Cuma, hanya termampu aku menyiapkan diri sebaiknya. Untung aku dilamar dan dikhitbah dahulu tanpa menikah secara terkejut seperti orang lain. Semuanya aku sedaya upaya siapkan, baju menikahnya, dan aku katakan sekali lagi kepada ibu...

"Usah berlebihan ya..."

Ibu angguk perlahan dan terus berlalu, hilang dari pandangan mata.



"Insyirah, jom makan!"

Aku tersenyum lagi... Akhir-akhir ini aku begitu pemurah dengan senyuman.

"Tafaddal, ana puasa."

Sahabiah juga semakin galak mengusik.

"Wah, Insyirah diet ya. Maklumlah hari bahagia dah dekat... Tarikhnya tak tetap lagi ke?"

"Bukan diet, mahu mengosongkan perut. Maaf, tarikhnya belum ditetapkan lagi."


Sehingga kini, aku tidak tahu bila tarikhnya yang pasti. Maafkan aku sahabat, bersabarlah menanti hari tersebut. Aku juga menanti dengan penuh debaran, moga aku bersedia untuk hari pernikahan tersebut dan terus mengecap bahagia sepanjang alam berumahtangga kelak. Doakan aku, itu sahaja.





............ ......... ......... .........








"innalillahi wainna ilaihi rajiun..."


"Tenangnya.. . Subhanallah. Allahuakbar. "


"Ya Allah, tenangnya... "


"Moga Allah memberkatinya. ..."


Allah, itu suara sahabat-sahabat ku, teman-teman seperjuangan aku pada ibu.



Akhirnya, aku selamat dinikahkan setelah sabar dalam penantian. Sahabiah ramai yang datang di majlis walimah walaupun aku tidak menjemput sendiri.

Akhirnya, mereka ketahui sosok 'dia' yang mendekatkan aku kepada Allah.

Akhirnya, mereka kenali sosok 'dia' yang aku rahsiakan dari pengetahuan umum.

Akhirnya, mereka sama-sama mengambil 'ibrah dari sosok 'dia' yang mengkhitbah ku.



Dalam sedar tidak sedar...

Hampir setiap malam sebelum menjelang hari pernikahan ku...

Sentiasa ada suara sayu yang menangis sendu di hening malam, dalam sujud, dalam rafa'nya pada Rabbi, dalam sembahnya pada Ilahi.

Sayup-sayup hatinya merintih. Air matanya mengalir deras, hanya Tuhan yang tahu.

"Ya Allah, telah Engkau tunangkan aku tidak lain dengan 'dia' yang mendekatkan dengan Engkau. Yang menyedarkan aku untuk selalu berpuasa, yang menyedarkan aku tentang dunia sementara, yang menyedarkan aku tentang alam akhirat. Engkau satukan kami dalam majlis yang Engkau redhai, aku hamba Mu yang tak punya apa-apa selain Engkau sebagai sandaran harapan. Engkau maha mengetahui apa yang tidak aku ketahui..."





Akhirnya, Khalilah bertanya kepada ibu beberapa minggu kemudian...

"Insyirah bertunang dengan siapa, mak cik?"

Ibu tenang menjawab...

"Dengan kematian wahai anakku. Kanser tulang yang mulanya hanya pada tulang belakang sudah merebak dengan cepat pada tangan, kaki juga otaknya. Kata doktor, Insyirah hanya punya beberapa minggu sahaja sebelum kansernya membunuh."

"Allahuakbar. .."

Terduduk Khalilah mendengar, air matanya tak mampu ditahan.

"Buku yang sering dibacanya itu, malam pertama..."

Ibu angguk, tersenyum lembut...

"Ini nak, bukunya."

Senaskah buku bertukar tangan, karangan Dr 'Aidh Abdullah al-Qarni tertera tajuk 'Malam Pertama di Alam Kubur'.

"Ya Allah, patut la Insyirah selalu menangis... Khalilah tak tahu mak cik."

"Dan sejak dari hari 'khitbah' tersebut, selalu Insyirah mahu berpuasa. Katanya mahu mengosongkan perut, mudah untuk dimandikan.. ."

Khalilah masih kaku. Tiada suara yang terlontar. Matanya basah menatap kalam dari diari Insyirah yang diberikan oleh ibu.



"Satu cincin ini aku pakai sebagai tanda aku di risik oleh MAUT. Dan satu cincin ini aku pakai sebagai tanda aku sudah bertunang dengan MAUT. Dan aku akan sabar menanti tarikhnya dengan mendekatkan diri ku kepada ALLAH. Aku tahu ibu akan tenang menghadapinya, kerana ibuku bernama Ummu Sulaim, baginya anak adalah pinjaman dari ALLAH yang perlu dipulangkan apabila ALLAH meminta. Dan ibu mengambil 'ibrah bukan dari namanya (Ummu Sulaim) malah akhlaqnya sekali. Ummu Sulaim, seteguh dan setabah hati seorang ibu."





* Kisah ini bukan kisah ana , ianya kisah KITA (semua yang sedang membaca/tak) *


Mulai hari ini, jangan bersoal tika melihat ana memakai cincin. Kerana, ana sudah bertunang! Bertunang dengan kematian, tidak tahu bila ana akan dinikahkan dan tidak tahu bagaimana rezeki di malam pertama. Tetapi, sekurang-kurangnya apabila sudah dirisik dan bertunang, kita sama-sama akan mempersiapkan diri sebaik-baiknya walaupun bukan yang terbaik untuk hari pernikahan dengan KEMATIAN.

Wallahua'lam.

Cukuplah kematian itu mengingatkan kita... Cukuplah kita sedar kita akan berpisah dengan segala nikmat dunia. Cukuplah kita sedar bahawa ada hari yang lebih kekal, oleh itu sentiasalah berwaspada. Bimbang menikah tergesa-gesa, tahu-tahu sudah disanding dan diarak seluruh kampung walau hanya dengan sehelai kain putih tak berharga.

Setidak-tidaknya, Insyirah (watak di atas) sudah 'membeli' baju pernikahannya. .. Arh... Untungnya Insyirah.

~ Kullu nafsin za'iqatul maut ~

CERPEN ISLAMI 1 : Hati Mukmin Pasti Menangis

Suatu petang, di Tahun 1525. Penjara tempat tahanan orang-orang di situ terasa hening mencengkam. Jeneral Adolf Roberto, pemimpin penjara yang terkenal bengis, tengah memeriksa setiap kamar tahanan. Setiap banduan penjara membongkokkan badannya rendah-rendah ketika 'algojo penjara' itu melintasi di hadapan mereka. Kerana kalau tidak, sepatu 'boot keras' milik tuan Roberto yang fanatik Kristian itu akan mendarat di wajah mereka.

Roberto marah besar ketika dari sebuah kamar tahanan terdengar seseorang mengumandangkan suara-suara yang amat ia benci.

"Hai... hentikan suara jelekmu! Hentikan... !" Teriak Roberto sekeras-kerasnya sambil membelalakkan mata.

Namun apa yang terjadi? Laki-laki dikamar tahanan tadi tetap saja bersenandung dengan khusyu'nya. Roberto bertambah berang. Algojo penjara itu menghampiri kamar tahanan yang luasnya tak lebih sekadar cukup untuk satu orang. Dengan marah ia menyemburkan ludahnya ke wajah tua sang tahanan yang keriput hanya tinggal tulang. Tak puas sampai di situ, ia lalu menyucuh wajah dan seluruh badan orang tua renta itu dengan rokoknya yang menyala. Sungguh ajaib... Tak terdengar secuil pun keluh kesakitan.

Bibir yang pucat kering milik sang tahanan amat galak untuk meneriakkan kata Rabbi, wa ana 'abduka... Tahanan lain yang menyaksikan kebiadaban itu serentak bertakbir sambil berkata, "Bersabarlah wahai ustaz... InsyaALlah tempatmu di Syurga."

Melihat kegigihan orang tua yang dipanggil ustaz oleh sesama tahanan, 'algojo penjara' itu bertambah memuncak marahnya. Ia memerintahkan pegawai penjara untuk membuka sel, dan ditariknya tubuh orang tua itu keras-kerasnya sehingga terjerembab di lantai.

"Hai orang tua busuk! Bukankah engkau tahu, aku tidak suka bahasa hinamu itu?! Aku tidak suka apa-apa yang berhubung dengan agamamu! Ketahuilah orang tua dungu, bumi Sepanyol ini kini telah berada dalam kekuasaan bapa kami, Tuhan Jesus. Anda telah membuat aku benci dan geram dengan 'suara-suara' yang seharusnya tidak didengari lagi di sini. Sebagai balasannya engkau akan kubunuh. Kecuali, kalau engkau mahu minta maaf dan masuk agama kami."

Mendengar "khutbah" itu orang tua itu mendongakkan kepala, menatap Roberto dengan tatapan yang tajam dan dingin. Ia lalu berucap, "Sungguh... aku sangat merindukan kematian, agar aku segera dapat menjumpai kekasihku yang amat kucintai, Allah. Bila kini aku berada di puncak kebahagiaan karena akan segera menemuiNya, patutkah aku berlutut kepadamu, hai manusia busuk? Jika aku turuti kemahuanmu, tentu aku termasuk manusia yang amat bodoh."

Sejurus sahaja kata-kata itu terhenti, sepatu lars Roberto sudah mendarat di wajahnya. Laki-laki itu terhuyung. Kemudian jatuh terkapar di lantai penjara dengan wajah berlumuran darah. Ketika itulah dari saku baju penjaranya yang telah lusuh, meluncur sebuah 'buku kecil'. Adolf Roberto berusaha memungutnya. Namun tangan sang Ustaz telah terlebih dahulu mengambil dan menggenggamnya erat-erat.

"Berikan buku itu, hai laki-laki dungu!" bentak Roberto.

"Haram bagi tanganmu yang kafir dan berlumuran dosa untuk menyentuh barang suci ini!" ucap sang ustaz dengan tatapan menghina pada Roberto.

Tak ada jalan lain, akhirnya Roberto mengambil jalan paksa untuk mendapatkan buku itu. Sepatu lars seberat dua kilogram itu ia gunakan untuk menginjak jari-jari tangan sang ustaz yang telah lemah. Suara gemeretak tulang yang patah terdengar menggetarkan hati. Namun tidak demikian bagi Roberto. Laki-laki bengis itu malah merasa bangga mendengar gemeretak tulang yang terputus. Bahkan 'algojo penjara' itu merasa lebih puas lagi ketika melihat tetesan darah mengalir dari jari-jari musuhnya yang telah hancur. Setelah tangan tua itu tak berdaya, Roberto memungut buku kecil yang membuatnya baran. Perlahan Roberto membuka sampul buku yang telah lusuh. Mendadak algojo itu termenung.

"Ah... seperti aku pernah mengenal buku ini. Tetapi bila? Ya, aku pernah mengenal buku ini."

Suara hati Roberto bertanya-tanya. Perlahan Roberto membuka lembaran pertama itu. Pemuda berumur tiga puluh tahun itu bertambah terkejut tatkala melihat tulisan-tulisan "aneh" dalam buku itu. Rasanya ia pernah mengenal tulisan seperti itu dahulu. Namun, sekarang tak pernah dilihatnya di bumi Sepanyol.

Akhirnya Roberto duduk di samping sang ustaz yang sedang melepaskan nafas-nafas terakhirnya. Wajah bengis sang algojo kini diliputi tanda tanya yang dalam. Mata Roberto rapat terpejam. Ia berusaha keras mengingat peristiwa yang dialaminya sewaktu masih kanak-kanak. Perlahan, sketsa masa lalu itu tergambar kembali dalam ingatan Roberto.

Pemuda itu teringat ketika suatu petang di masa kanak-kanaknya terjadi kekecohan besar di negeri tempat kelahirannya ini. Petang itu ia melihat peristiwa yang mengerikan di lapangan Inkuisisi (lapangan tempat pembantaian kaum muslimin di Andalusia). Di tempat itu tengah berlangsung pesta darah dan nyawa. Beribu-ribu jiwa tak berdosa gugur di bumi Andalusia. Di hujung kiri lapangan, beberapa puluh wanita berhijab (jilbab) digantung pada tiang-tiang besi yang terpancang tinggi. Tubuh mereka gelantungan tertiup angin petang yang kencang, membuat pakaian muslimah yang dikenakan berkibar-kibar di udara.

Sementara, di tengah lapangan ratusan pemuda Islam dibakar hidup-hidup pada tiang-tiang salib, hanya karena tidak mahu memasuki agama yang dibawa oleh para rahib. Seorang kanak- kanak laki-laki comel dan tampan, berumur sekitar tujuh tahun, malam itu masih berdiri tegak di lapangan Inkuisisi yang telah senyap. Korban-korban kebiadaban itu telah syahid semua. Kanak kanak comel itu melimpahkan airmatanya menatap sang ibu yang terkulai lemah di tiang gantungan. Perlahan-lahan kanak - kanak itu mendekati tubuh sang ummi yang tak sudah bernyawa, sambil menggayuti abinya.

Sang anak itu berkata dengan suara parau, "Ummi, ummi, mari kita pulang. Hari telah malam. Bukankah ummi telah berjanji malam ini akan mengajariku lagi tentang alif, ba, ta, tsa... .? Ummi, cepat pulang ke rumah ummi... "

Budak kecil itu akhirnya menangis keras, ketika sang ummi tak jua menjawab ucapannya. Ia semakin bingung dan takut, tak tahu apa yang harus dibuat . Untuk pulang ke rumah pun ia tak tahu arah. Akhirnya budak itu berteriak memanggil bapaknya, "Abi... Abi... Abi... " Namun ia segera terhenti berteriak memanggil sang bapa ketika teringat petang kelmarin bapanya diseret dari rumah oleh beberapa orang berseragam.

"Hai... siapa kamu?!" jerit segerombolan orang yang tiba-tiba mendekati budak tersebut. "Saya Ahmad Izzah, sedang menunggu Ummi... " jawabnya memohon belas kasih.

"Hah... siapa namamu budak, cuba ulangi!" bentak salah seorang dari mereka. "Saya Ahmad Izzah... " dia kembali menjawab dengan agak kasar. Tiba-tiba, Plak! sebuah tamparan mendarat di pipi si kecil.

"Hai budak... ! Wajahmu cantik tapi namamu hodoh. Aku benci namamu. Sekarang kutukar namamu dengan nama yang lebih baik. Namamu sekarang 'Adolf Roberto'... Awas! Jangan kau sebut lagi namamu yang buruk itu. Kalau kau sebut lagi nama lamamu itu, nanti akan kubunuh!" ancam laki-laki itu.

Budak itu mengigil ketakutan, sembari tetap menitiskan air mata. Dia hanya menurut ketika gerombolan itu membawanya keluar lapangan Inkuisisi. Akhirnya budak tampan itu hidup bersama mereka. Roberto sedar dari renungannya yang panjang. Pemuda itu melompat ke arah sang tahanan. Secepat kilat dirobeknya baju penjara yang melekat pada tubuh sang ustaz. Ia mencari-cari sesuatu di pusat laki-laki itu. Ketika ia menemukan sebuah 'tanda hitam' ia berteriak histeria, "Abi... Abi... Abi... "

Ia pun menangis keras, tak ubahnya seperti Ahmad Izzah dulu. Fikirannya terus bergelut dengan masa lalunya. Ia masih ingat betul, bahwa buku kecil yang ada di dalam genggamannya adalah Kitab Suci milik bapanya, yang dulu sering dibawa dan dibaca ayahnya ketika hendak menidurkannya. Ia jua ingat betul ayahnya mempunyai 'tanda hitam' pada bahagian pusat. Pemuda bengis itu terus meraung dan memeluk erat tubuh tua nan lemah. Tampak sekali ada penyesalan yang amat dalam atas tingkah-lakunya selama ini.

Lidahnya yang sudah berpuluh-puluh tahun lupa akan Islam, saat itu dengan spontan menyebut, "Abi... aku masih ingat alif, ba, ta, tha... " Hanya sebatas kata itu yang masih terakam dalam benaknya. Sang ustaz segera membuka mata ketika merasakan ada tetesan hangat yang membasahi wajahnya. Dengan tatapan samar dia masih dapat melihat seseorang yang tadi menyeksanya habis-habisan kini sedang memeluknya.

"Tunjuki aku pada jalan yang telah engkau tempuhi Abi, tunjukkan aku pada jalan itu... " Terdengar suara Roberto meminta belas. Sang ustaz tengah mengatur nafas untuk berkata-kata, lalu memejamkan matanya. Air matanya pun turut berlinang. Betapa tidak, jika setelah puluhan tahun, ternyata ia masih sempat berjumpa dengan buah hatinya, di tempat ini. Sungguh tak masuk akal. Ini semata-mata bukti kebesaran Allah.


Sang Abi dengan susah payah masih boleh berucap. "Anakku, pergilah engkau ke Mesir. Di sana banyak saudaramu. Katakan saja bahwa engkau kenal dengan Syaikh Abdullah Fattah Ismail Al-Andalusy. Belajarlah engkau di negeri itu,"

Setelah selesai berpesan sang ustaz menghembuskan nafas terakhir dengan berbekal kalimah indah "Asyahadu anla IllaahailALlah, wa asyahadu anna Muhammad Rasullullah... '.

Beliau pergi dengan menemui Rabbnya dengan tersenyum, setelah sekian lama berjuang dibumi yang fana ini. Kini Ahmah Izzah telah menjadi seorang alim di Mesir. Seluruh hidupnya dibaktikan untuk agamanya, Islam, sebagai ganti kekafiran yang di masa muda sempat disandangnya. Banyak pemuda Islam dari berbagai penjuru berguru dengannya..

orang ikhlas itu tertindas?

Jika kita memberi kebaikan kepada seseorang, kebaikan itu akan dibalas walaupun yang membalasnya bukan orang yang kita berikan kebaikan itu. Hakikat ini mengingatkan saya kepada satu perbualan yang berlaku sewaktu saya mengendalikan program latihan beberapa tahun lalu di sebuah organisasi.

“Saya tidak mempunyai apa-apa harapan lagi pada organisasi ini,” kata seorang kakak berterus-terang.
“Mengapa?” balas saya.
“Organisasi ini dipenuhi oleh kaki bodek dan kaki ampu. Saya terseksa bekerja secara ikhlas di sini. Tidak pernah dihargai, tidak ada ganjaran yang wajar. Saya bukannya orang yang bermuka-muka. Tak pandai saya nak ampu-ampu orang atas, Fokus saya kepada kerja sahaja.”

Kakak itu sebenarnya adalah peserta program yang paling senior. Telah berpuluh tahun bekerja dalam organisasi tersebut. Itu adalah kali terakhir dia mengikuti program latihan. Enam bulan lagi dia akan bersara. Kesempatan yang diberikan kepadanya dalam sesi memperkenalkan diri itu telah digunakannya sepenuhnya untuk meluahkan rasa kecewa dan marahnya sepanjang berkhidmat di situ. Sungguh, dia kecewa sekali. Siapa tidak marah, jika bekerja secara ikhlas dan gigih tetapi tidak pernah dinaikkan pangkat atau mendapat kenaikan gaji?

Sewaktu rehat, sambil minum-minum dan berbual santai saya bertanya kepadanya, “kakak punya berapa orang anak?”
Sengaja saya bertanya soal-soal “di luar kotak” agar ketegangan dalam sesi sebelumnya dapat diredakan.
“Oh ramai encik…”
“Bagaimana dengan anak-anak kakak?”

Wah, saya lihat dia begitu ceria apabila mula menceritakan tentang anak-anaknya. Boleh dikatakan semua anak-anaknya berjaya dalam profesion masing-masing. Ada yang menjadi doktor, jurutera, pensyarah dan sebagainya. Malah seorang anaknya telah menjadi hafiz.
“Kakak, boleh saya bertanya?”
“Tanyalah encik…” ujar kakak itu sambil tersenyum. Mendung di wajahnya sudah berlalu. Dia begitu teruja bila bercerita tentang anak-anaknya. Memang, semua anak-anaknya menjadi.

“Jika kakak diberi pilihan, antara anak-anak yang “menjadi” dengan naik gaji, mana yang kakak pilih?”
Belum sempat dia menjawab, saya bertanya lagi, “antara kakak naik pangkat dengan anak-anak berjaya dalam karier mereka, mana yang kakak pilih?”

Dengan cepat kakak itu menjawab, “hati ibu encik… tentulah saya pilih anak-anak saya menjadi walaupun tidak naik gaji atau dapat pangkat. Anak-anak adalah harta kita yang paling berharga!”
Saya tersenyum. Hati ibu, begitulah semestinya.

“Kakak, sebenarnya keikhlasan dan kegigihan kakak bekerja dalam organisasi ini telah mendapat ganjaran…” kata saya perlahan. Hampir berbisik.
“Maksud encik?”
“Allah telah membalas dengan ganjaran yang lebih baik dan lebih kakak lebih sukai. Bila kakak ikhlas bekerja dalam organisasi ini, Allah berikan kepada kakak anak-anak yang menjadi.”
“Tidak pernah saya terfikir begitu encik…”

“Allah Maha Berkuasa. Ada kalanya takdir dan perbuatan-Nya terlalu misteri dan rahsia untuk dijangkau oleh pemikiran kita. Tetapi yakinlah what you give, you get back. Itu hukum sunatullah dalam hubungan sesama manusia. Kebaikan yang kita buat akan kembali kepada kita. Yakinlah.”
“Walaupun bukan daripada seseorang atau sesuatu pihak yang kita berikan kebaikan itu?”
“Maksud kakak?”

“Macam ni, saya buat kebaikan kepada organisasi tempat saya bekerja, tapi Allah berikan kebaikan kepada keluarga. Pembalasan Allah bukan di tempat saya bekerja, sebaliknya diberikan dalam keluarga saya. Begitukah encik?”
“Itulah yang saya katakan tadi, takdir Allah kekadang terlalu misteri. Tetapi ketetapannya mutlak dan muktamad, siapa yang memberi kebaikan akan dibalas dengan kebaikan. Dalam istilah biasa itu dipanggil golden rule!”

Kakak itu termenung. Mungkin memikirkan pertalian dan kaitan antara apa yang berlaku dalam organisasi dengan familinya.
“Metafora atau analoginya begini. Katalah kita sedang memandu di satu jalan yang mempunyai dua atau tiga lorong. Penuh sesak. Tiba-tiba sebuah kereta yang tersalah lorong di sebelah memberi isyarat untuk masuk ke lorong kita. Kerana simpati melihat dia terkial-kial memberi isyarat, kita pun beralah, lalu memberi laluan untuk kereta itu masuk di hadapan kita…”

Saya berhenti seketika mengambil nafas sambil mencari reaksi. Saya lihat kakak itu mendengar penuh minat. Dia meneliti metafora yang saya sampaikan dengan begitu teliti.

“Kemudian kita terus memandu ke hadapan. Mungkin sejam kemudian atau setelah berpuluh-puluh kilometer, tiba-tiba kita pula yang tersalah lorong. Kita pula yang memberi lampu isyarat untuk masuk ke lorong sebelah. Soalnya logikkah kalau kita mengharapkan kereta yang kita bantu sebelumnya memberi laluan untuk kita?”
Kakak itu tersenyum dan berkata, “tak logik encik. Kereta yang kita bantu tadi entah ke mana perginya.”
“Tapi ada tak kereta lain yang simpati dan memberi laluan untuk kita?’
“Pasti ada! Insya-Allah.”
“Ya, begitulah. Padahal kereta itu tidak pernah sekali pun kita tolong. Tetapi Allahlah yang menggerakkan hati pemandunya untuk memberi laluan kepada kita. Orang yang kita beri kebaikan, tidak ada di situ untuk membalas kebaikan kita… Tetapi Allah menggerakkan hati orang lain, yang tidak pernah merasa kebaikan kita untuk membalas kebaikan kita tadi.”

“Subhanallah!”
“Begitu dalam litar di jalan raya dan begitu jualah litar dalam kehidupan manusia. Kita buat baik kepada A, tetapi kerap kali bukan A yang membalas kebaikan kita tetapi B atau C atau D atau lain-lainnya yang membalasnya. Inilah hakikat yang berlaku dalam kehidupan ini.”
“Kita tidak boleh kecewa bila keikhlasan kita dipersiakan?” tanya kakak itu lagi. Lebih kepada satu respons minta diiyakan.

“Kakak, ikhlas sebenar tidak pinta dibalas. Tetapi Allah Maha Kaya dan Maha Pengasih, siapa yang ikhlas akan diberi ganjaran walaupun mereka tidak memintanya kerana setiap kebaikan itu akan dikembalikan kepada orang yang melakukannya. Ia umpama bola yang dibaling ke dinding, akan melantun semula kepada pembalingnya!”
“Selalunya saya dengar, orang ikhlas akan dibalas di akhirat.”
“Itulah balasan yang lebih baik dan kekal. Tetapi saya katakan tadi, Allah Maha kaya, Allah mahu dan mampu membalas keikhlasan hamba-Nya di dunia lagi.”

“Maksud encik?”
“Orang yang ikhlas akan diberi ketenangan dan kebahagiaan dalam hidup. Anak-anak yang soleh dan solehah. Isteri yang taat atau suami yang setia. Dan paling penting… hati yang sejahtera. Inilah kekayaan dan kelebihan yang lebih utama daripada pangkat, gaji dan jawatan.”
“Jadi orang ikhlas akan terus ditindas, tidak dapat kenaikan pangkat atau gaji? Bukan apa, saya terfikir kenapa nasib kaki ampu dan kaki bodek lebih baik dalam organisasi. Mereka dapat naik pangkat!”

Giliran saya pula tersenyum.
“Tidak ada kebaikan yang akan kita dapat melalui jalan yang salah. Percayalah, kalau benar mereka kaki ampu dan bodek sahaja… pangkat yang mereka dapat akan menyebabkan mereka melarat. Gaji naik, tetapi ketenangan hati menurun. Ingat apa yang saya kata tadi, what you give you get back… Golden rule itu bukan untuk kebaikan sahaja, tetapi untuk kejahatan juga. Kalau kita berikan kejahatan, kejahatan itu akan kembali semula kepada kita. Kaki ampu, mungkin akan dapat anak yang pandai bermuka-muka. Kaki bodek mungkin dibalas dengan isteri yang berpura-pura!” terang saya panjang lebar.

“Jadi apa yang harus saya lakukan dengan baki masa perkhidmatan yang tinggal tidak beberapa bulan lagi ni?”
“Bekerjalah dengan gigih. Walaupun mungkin bos tidak melihatnya, tetapi Allah Maha Melihat. Bekerja itu satu ibadah. God is our “ceo”, kata orang sekarang. Insya-Allah, satu hari nanti manusia juga akan diperlihatkan oleh Allah tentang keikhlasan manusia yang lain. Jangan berhenti memberi kebaikan hanya kerana tidak dapat penghargaan…”
“Maksud encik?”

“Jangan mengharap terima kasih daripada manusia atas kebaikan yang kita buat kepadanya.”
“Kenapa?”
“Kita akan sakit jiwa!”
“Kenapa?”
“Kerana umumnya manusia tidak pandai berterima kasih. Lihatlah, kalau kepada Allah yang Maha Memberi pun manusia tidak pandai bersyukur dan berterima kasih, apalagi kepada manusia yang pemberiannya terbatas dan berkala. Sedikit sekali daripada manusia yang bersyukur,” balas saya mengulangi apa yang maktub dalam Al Quran.

“Tetapi Allah tidak berhenti memberi… “ kata kakak itu perlahan.
“Walaupun manusia tidak berterima kasih kepada-Nya. Sekalipun kepada yang derhaka dan kafir, tetapi Allah terus memberi… Justeru siapa kita yang tergamak berhenti memberi hanya kerana tidak mendapat penghargaan dan ucapan terima kasih?”
“Ah, kita terlalu ego…”

Dan itulah kesimpulan perbualan yang saya kira sangat bermakna dan besar impaknya dalam hidup saya. Saya terasa “diperingatkan” semasa memberi peringatan kerana pada hakikatnya saya juga tidak terlepas daripada lintasan hati oleh satu pertanyaan… orang ikhlas tertindas

kembali menulis....

fuh2!! ish2,berhabuk n bersawang2 dh blog...lame btl x update...huuu..alhamdulillah,dgn izinNYA mood nk berblog dh kembali semula...walaupun bakat menulis belum dapat ditingkatkan setelah berbulan lamenye tp xpela..yg penting usaha mesti berterusan....insyaALLAH.....

Salam Imtihan

“Ilmu itu bagai cahaya, tidak dapat menembusi hati yang gelap dan kotor dengan debu2 dosa…”
-Imam Ghazali-

“Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum selagi mana mereka tidak mengubahnya sendiri…”

“Allahumma najjahna fil imtihaan……”

“Faizaa ‘azamta fatawakkal ‘alallah..”

Salam imtihan buat semua sahabat2 yang dikasihi….semoga dapat melakukan yang terbaik…sama2lah kita ikhlaskan niat dan bersihkan hati serta menambahdekatkan lagi diri dengan Allah…Ingatlah, banyak mana pun usaha kita sedikit pun tidak menjamin kecemerlangan andai redha ALLAH tidak bersama kita..

Tarbiyah ahli yang kian meruncing

Jika melihat pada peribadi, akhlak, ilmu yang sangat cetek dan segala kekurangan diri ni, sememangnya tidak layak sekali untuk seseorang seperti saya menulis mengenai tarbiyah; sesuatu yang amat berat untuk dibicarakan apatah lagi untuk dikupas oleh seseorang yang baru nak bertatih dalam jemaah di saat orang lain dah pun pecut berlari ke depan… Bagaimanapun, sejurus membaca sebuah penulisan oleh seorang sahabat berkaitan tarbiyah yang penuh dengan persoalan untuk dimuhasabah dan saya kira cukup terkesan kpd setiap ahli gerakan, hati saya meronta-ronta meminta jari2 untuk mencoret sedikit perkongsian sebagai peringatan bersama terutamanya untuk diri yang sering lalai dalam menjaga tarbiyah diri ni….

Jika dperhatikan sirah perjuangan Rasulullah,lihatlah betapa hebatnya kesan pentarbiyahan yang diperoleh sahabat2 Rasulullah SAW sehingga melahirkan golongan Muslimin yang sanggup berjuang bermati-matian untuk mempertahankan Islam tercinta. Mantapnya semangat jihad sahabat2 yang telah dibentuk oleh Rasulullah SAW sehingga berebut2 mereka untuk syahid dalam setiap peperangan..Tapi alangkah sedihnya pada hari ini gejala keruncingan pentarbiyahan diri kian menebal di kalangan ahli gerakan sendiri..bagaimana nak melahirkan figure2 yang gigih berjuang menegakkan agama Allah seperti Khalid Al-Walid, Salahuddin Al- Ayubi, Sultan Muhammad Al-Fateh, Abu Ubaidah Al Jarrah dan ramai lagi yang lain jika hari ini ada di antara kita berperang dengan hawa nafsu untuk ke usrah mahupun program pun sudah kalah??? Astaghfirullahal’azim…betapa lalainya kita..

Matlamat untuk menegakkan daulah Islam sungguh tinggi dan jauh tidak selari dengan sikap dan akhlak kebanyakan ahli gerakan pada hari ini..Dalam nak menegakkan syariat Allah di bumi ini keberkatan dan keredhaanNYA yang perlu kita raih terlebih dahulu..Malang sekali pada hari ini wujudnya pebagai masalah dan rintangan dalam sesebuah jemaah kerana hilangnya keredhaan ALLAH disebabkan sikap dan peribadi golongan pendokong perjuangan itu sendiri..Masalah muamalat yang tidak terjaga, niat yang tidak ikhlas kerana ALLAH, amalan ruhiyah yang terabai membawa kepada hilangnya keberkatan dalam berjemaah..

Sejarah telah membuktikan betapa pentingnya menjaga tarbiyah ruhiyah di kalangan ahli gerakan untuk menjulang kemenangan Islam. Kita lihat bagaimana Sultan Muhammad Al Fateh begitu teliti memilih tentera2 muslimin untuk menawan Kota Konstantinopel….Sejarah juga turut menceritakan keadaan yang berlaku semasa peperangan antara tentera Islam dan tentera salib untuk menawan Jurusalem yang dipimpin oleh Sultan Salahudin Al ayubi…Pada hari pertama ,kedua dan ketiga tentera Muslimin mengalami kekalahan….Sultan Salahudin Al Ayubi bermunajat pada malam ketiga memohon petunjuk daripada Allah swt….Pada malam itu apabila beliau memeriksa khemah2 tenteranya lalu ALLAH SWT tunjukkan kepadanya factor yang mungkin menyebabkan kekalahan tentera Muslimin pada tiga hari itu; satu daripada khemah2 tenteranya gelap dan tentera2 di dalam khemah itu tidak bangun untuk bertahajjud….Jadi pada keesokan harinya beliau mengarahkan tentera2 dari khemah tersebut untuk tidak ikut berperang dan hanya melakukan kerja2 dalaman di kubu pertahanan sahaja..Dengan izin Allah pada hari tersebut tentera Islam mendapat kemenangan besar…

Peristiwa ini jelas membuktikan betapa pentingnya tarbiyah ruhiyah dalam proses mencapai dan meneruskan perjuangan Islam di muka bumi ini kerana yang paling utama untuk mencapai kemenangan Islam ialah keredhaan ALLAH SWT...Jika dilihat pada hari ini, di mana2 sahaja fenomena keruncingan tarbiyah di kalangan ahli gerakan semakin membimbangkan….jemaah2 Islam semakin lemah bukan dari sudut kuantitinya semata2 bahkan sebenarnya lemah dari sudut kualitinya yang mana dari sudut kekuatan yang sebenar..iaitu kekuatan ruhiyyah yang tiada pada penganut agama lain…Siapa yang patut dipersalahkan?? Pimpinan jemaah kah?? Diri sendiri kah?? Tepuk dada tanyalah iman masing2…

Saya teringat fakta sejarah yang menyebut bahawa Belanda pernah mengutus 2 orang figure; Snouck Hourgronye dan Van Der Plass ke Indonesia untuk mengkaji di mana kekuatan umat Islam yang sebenar..mereka menyamar sebagai orang Islam dan mempelajari Islam bertahun lamanya dengan agenda untuk mencari teras kekuatan umat Islam seterusnya merancang strategi untuk melemahkan kekuatan utama umat Islam….Ternyata kekuatan umat Islam yang sebenar bukanlah terletak pada kemodenan senjata,kekuatan fizikal dan sebagainya tapi adalah pada kekuatan ruhani mereka; hubungan mereka dengan Allah…Akhirnya dengan perancangan yang tersusun rapi Belanda Berjaya melumpuhkan teras kekuatan umat Islam dan menawan Indonesia kira2 abad ke15….

Jadi, lihatlah betapa besarnya kesan pengabaian tarbiyah ruhiyah diri terhadap masa depan Islam sendiri….jika masalah tarbiyah masih menjadi masalah pokok dalam jemaah, mungkin kemenagan Islam masih jauh untuk dicapai….sama2lah kita pertingkat tarbiyah diri kita….semoga kita tidak menjadi sebahagian yang menyebabkan lambatnya kemenangan Islam di Negara ini, na’udzubillah….segala peringatan dan sindiran khas untuk diri penulis yang hina dan banyak dosa…Wallahu’alam…

"ingat kan mati"

"TANDA 100 HARI"
Ini adalah tanda pertama dari ALLAH SWT
kepada hambanya dan hanya akan di sadari oleh mereka yang
dikehendakinya......
Walau bagaimanapun semua orang akan mendapat tanda ini hanya saja mereka
menyadari atau tidak.....
Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu ashar, seluruh tubuh yaitu
dari ujung rambut hingga ke ujung kaki akan mengalami getaran atau
seakan-akan menggigil, contohnya seperti daging lembu yang baru saja
disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti, kita akan mendapati
daging tersebut seakan -akan bergetar......
Tanda ini rasanya nikmat dan bagi mereka yang sadar dan berdetik dihati
bahwa mungkin ini adalah
tanda mati, maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sadar
akan kehadiran tanda ini.
Bagi mereka yang tidak diberi kesadaran atau mereka yang hanyut dengan
kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akan lenyap begitu
saja tanpa sembarang manfaat...
Bagi yang sadar dengan kehadiran tanda ini, maka ini adalah peluang terbaik
untuk memanfaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan
urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.


"TANDA 40 HARI"
Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu ashar, bahagian pusat kita akan
berdenyut-denyut pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur
dari pokok yang letaknya diatas arash
ALLAH SWT, maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mulai membuat
persediaannya ke atas kita, antaranya ialah ia akan mulai mengikuti kita
sepanjang masa..
Akan terjadi malaikat maut ini memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika
ini terjadi, mereka yang pilih ini akan merasakan seakan-akan bingung
seketika..
Adapun malaikat maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk
mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya..


"TANDA 7 HARI"
Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan
musibah kesaktian dimana orang sakit yang tidak makan, secara tiba-tiba ia
berselera untuk makan..


"TANDA 3 HARI"
Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita yaitu
diantara dahi kanan dan kiri, ka tanda ini didapat maka berpuasalah kita
selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan
memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti..
Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang
sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini didapat jika kita
melihatnya dari bahagian sisi..
Telinganya akan layu dimana bagian ujungnya akan beransur-ansur masuk ke
dalam..
Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar
ditegakan..


"TANDA 1 HARI"
Akan berlaku sesudah ashar dimana kita akan merasakan satu denyutan di
sebelah belakang yaitu di
kawasan ubun-ubun dimana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui
waktu ahsar
keesokan harinya..


"TANDA AKHIR"
Akan terjadi keadaan dimana kita akan merasakan sejuk dibahagian pusat dan
rasa itu akan turun
pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian Halkum..
Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimat SYAHADAT dan berdiam diri
dan menantikan datangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada
ALLAH SWT yang telah
menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula..
SESUNGGUHNYA MENGINGAT MATI ITU ADALAH BIJAK


Forward this msg...may ALLAH SWT bless you..
Saling berpesan-pesanlah sesama kita..
Semoga kita tetap sadar...hingga pada akhirnya..
Amien..

Tragedi 21 Oktober



Pantasnya masa berlalu sehingga saya sendiri tidak sedar tarikh tragedy 21 Okt yang saya tunggu dah pun berlalu…Maka genaplah setahun berlalunya peristiwa pahit yang menyebabkan ma sampai sekarang masih tidak boleh rukuk dan sujud dengan sempurna seperti orang lain..Masih fresh dalam ingatan kira2 jam 4.45ptg, saya bersama ma and abh on da way nak balik rumah kami yang terletak di Felda Keratong, Pahang…sedang kami berbincang perancangan hendak mnyempurnakan puasa 6 yang masih berbaki, tiba2 di sebuah selekoh yang kurang bahaya, sebuah van dari arah bertentangan ingin memotong kereta2 di depannya dan jaraknya sangat dekat dengan kereta kami..…kami sangat terkejut dan dalam masa beberapa saat abh cuba mengelak ke bahu jalan untuk mengelakkan pertembungan…. Bagaimanapun sangat2 tak disangka dalam masa yang sama van tu pun turun ke bahu jalan laluan kami dan…………………..saya pun tak sedarkan diri…sedar2 saya dah pun berada dalam kereta seseorang yg baik hati kerana sudi bawa kami ke klinik Gambang…menurutnya, orang ramai yang mengerumuni tempat kemalangan tidak pun berusaha untuk cepat2 bawa kami ke klinik or hospital berdekatan krn menyangka ketiga2 kami sudah meninggal dunia sebab semua tak sedarkan diri dan darah terlalu banyak membasahi setiap drpd kami..alhamdulillah, Allah masih bagi peluang untuk saya hidup di dunia ni..bersyukur tak terhingga juga krn Allah timpakan kifarah yang memberi saya 1001 pengajaran berguna ni….
Mungkin kerana terlalu terkejut, saya masih bingung walaupun dah sedarkan diri..perkara pertama yang saya fikir ialah tentang sembahyang….saya ambil masa yang agak lame untuk mengingat samada saya sudah sembahyang atau belum..pada ketika itu saya sangat bimbang jika umur dah sampai ke penghujung krn saya rasa sangat2 lemah..bagaimanapun,alhamdulilah saya dapat mengingat yang saya telah jamakkan asar dengan zuhur..tiba2 saya cemas kembali bila teringat bagaimana la keadaan ma dan abah…dalam hati saya tak putus2 doakan smoga ma dan abh selamat….


Kira2 jam 6.00ptg kami smua dbawa masuk ke wad kecemasan HTAA..Operasi menjahit luka di muka saya bermula dan dan tetap diteruskan walaupun saya dengar azan maghrib dan isya berkumandang… kira2 jam 1030mlm saya dibawa ke wad…alhamdulillah saya hanya fracture right clavicle dan berjahit di muka kira2 30 jahitan..menurut bro yg bawa kami ke klinik gambang tu, dia menyangka bahawa saya mungkin patah batang hidung kerana dia tpaksa pegang hidung saya yang mcam nak jatuh masa nak bawa ke klinik,mungkin kerana luka yang agak dalam….Alhamdulillah krn Allah masih lagi beri nikmat hidung kpd saya…




Kira2 jam 130 pagi abh dibawa keluar dari wad kecemasan dan dibawa ke wad rawatan biasa..ma yang mengalami kcederaan paling teruk dibawa keluar kira2 jam 3pagi dari wad kcmasan…saya sangat sedih mendengar keadaan ma apabila diberitahu ma patah 5 tulang rusuk, patah tulang ulna n radius tangan kanan,patah smua gigi kecuali 2batang, tercabut tulang pinggul, dan terbelah dari dalam mulut hingga ke bawah dagu…MasyaALLAH, hebatnya ujian Allah beri untuk ma..

Malam itu saya tak dapat tidur krn menahan kesakitan yang teramat sangat pada bahagian bahu yang patah..alhamdulillah,kesakitan itulah membawa saya untuk berfikir sejenak….mungkin inilah kifarah untuk2 dosa2 saya yang terbilang banyaknya selama ni…dalam masa beberapa bulan Allah tarik nikmat tangan kanan saya yang selama ni dah banyak membuat maksiat terhadapnya…tangan kanan yang mungkin lebih banyak memegang handset berbanding memegang tasbih, tangan kanan yang lebih banyak membeli perkara2 keduniaan berbanding bersedekah, tangan kanan ni juga yang mungkin lebih banyak memegang buku keduniaan berbanding kitab suci al Quran dan banyak lagi kejahatan tangan kanan ni yang tersenarai rasanya di sini…..Astaghfirullahal’azim…mujurlah Allah masih lagi beri peluang untuk saya mengambil pengajaran dan memohon ampun daripadanya,Alhamdulillah…masih menggunung kasih Allah terhadap hambaNya yang kotor ni..
Keesokan harinya ramai sahabat2 ma, abah dan sahabat2 dari uia datang melawat kami..semuanya menunjukkan riak terkejut bila memandang saya…paling mengharukan apabila 2orang sahabat yang sangat saya sayang kerana Allah menangis melihat kedaan saya…saya rase sangat pelik kerana saya dah menunjukkan reaksi paling ceria kepada setiap pelawat yang datang ziarah…rupa2nya saya terlupa bahawasanya terdapat 30 jahitan dan bengkak2 pada wajah saya..tiba2 saya teringat dialog MA semasa di wad kecemasan semasa menjahit luka2 di muka saya…




“teruk jgk luka kat muka adik ni, habis la lepas ni, jatuh dh saham adik…adik dah bagitahu pakwe adik??”
“xde pun…”
“bagus2..belajar dulu sampai berjaya..”
Tiba2 datang lagi sorang MA..
“emh comey..tapi tak dok mende doh lepas ni,jatuh dh harga kalu gini…kih3”

Macam2 usikan saya dengar sepanjang lebih kurang 3jam lebih mereka menjahit..tapi ntah knape waktu tu saya rase macam xde perasaan pun…mungkin sebab banyak perkara lain yang saya fikir waktu tu dan mereka pun nampak macam bergurau je….tapi rupa2nya rupa saya memang agak menakutkan pun tanpa saya sedar…Maha Pengasihnya Allah kerana melindungi saya dari rasa sakit pada bahagian2 yang luka even dari masa saya sedarkan diri langsung tiada kesakitan yang dirasai sedangkan darah tak terkata banyaknya sehingga jubah dan tudung kelabu yang saya pakai berubah menjadi warna maroon..saya hanya rasa sakit pada bahagian yang patah setelah berada di wad pada malam itu…lagi mengejutkan apabila ma pun mengalami perkara yang sama..tiada pun rasa sakit melainkan selepas dibawa ke wad dan ma pun hanya rasa sakit pada bahagian tangan yang patah….Subhanallah, kuasa Allah mengatasi segala-galanya….
Lebih menggembirakan saya apabila Allah mengurniakan ketabahan dan kesabaran yang luar biasa pada ma..Satu hari saya berbual dengan ma dan saya minta maaf kerana menjadi asbab menyebabkan 5 tulang rusuk ma patah kerana saya tercampak ke atas ma semasa kemalangan berlaku..Hikmah besar Allah menjadikan saya tak berapa besar berbanding manusia lain yang seusia saya..terfikir juga saya,dengan berat x sampai 40kg pun dah 5 tulang rusuk patah, kalu berat lebih 50kg bagaimana agaknya??tapi Allah memang tahu apa yang terbaik untuk setiap kejadianNYA… Bagaimanapun ma sedikit pun tak menunjuk riak sedih atau kecewa sejak hari pertama di wad walaupun terpaksa telantar di atas katil selama berbulan..

ma kata, “ma x sedih pun..ma bersyukur sangat sebab Allah makbulkan doa ma..sepanjang bulan Ramadhan hari tu ma doa mintak Tuhan balas dosa2 ma atas dunia ni…Alhamdulillah,mungkin ni salah se cara Allah balas dosa2 ma..” berair mata saya bila dengar pengakuan ma yang begitu menyentuh hati..ma memang seorang yang tabah dan cekal…kalau boleh saya pun nak jadi setabah ma..

Satu perkara lagi yang sangat mengagumkan saya ialah kebanjiran orang2 yang datang melawat ma saban hari memandangkan abah dan saya hanya ditahan wad selama beberapa hari..setiap hari setiap kali masa melawat tempat ma pasti dikerumuni oleh ramai orang terutamanya sahabat2 sejemaah ma n abh..tidak cukup sahabat2 sejemaah dari Keratong, sahabat2 dari kawasan Rompin termasuk pimpinan2 Pas juga turut hadir menziarah…sehinggakan menimbulkan kehairanan orang lain berada di wad tersebut apabila yang datang melawat rata2 berkopiah dan bertudung labuh..hebatnya ukhuwah dalam berjemaah walaupun apa yang saya perasan ma dan abh dh agk kurang aktif dalam penglibatan gerak kerja Pas 2,3 menjak ni..tidak ketinggalan juga saudara-mara dari jauh, jiran2,wanita UMNO Keratong dan anak didik kuliyah2 abah dari kawasan Jempol, Muadzam Shah dan sebagainya… Hebatnya ma dan abah membina ukhuwah dengan semua golongan dalam masyarakat…Yang paling menggembirakan saya pada hari kedua saya di wad, Ustazah Wan Hamidah, zaujah Ust Nasrudin Al-Tantawi juga turut hadir melawat..Bagaimanapun, Ust Nasrudin tak dapat datang kerana ada urusan yang tak dapat dielakkan….lama sungguh rasanya tak bertemu mata dengan Ustazah Wan Hamidah yang lebih mesra saya panggil Kak Dah memandangkan keluarga saya dan keluarga Pak Hj Hassan, ayahanda Ust Nasrudin agak rapat sejak dari dulu… Ni juga salah satu hikmah besar Allah timpakan ujian ni kepada kami sekeluarga…Alhamdulillah…
Setiap perkara yang Allah takdirkan tu pasti ada hikmah lebih besar yang menanti…Walaupun ma kini masih kene solat di atas kerusi namun kami sekeluarga bersyukur tak terhingga kepada Allah kerana sekurang2nya ma dah tak perlu lagi pakai kerusi roda macam sebelum2 ni…peristiwa ni memberi iktibar yang sangat berguna untuk saya kerana mengajar saya bahawa kematian tu bleh datang bile2 msa je walaupun saya masih di awal dewasa…tak dapat saya bayangkan jikalau Allah tarik nyawa pada waktu itu, saya sendiri tak tahu apa nasib saya di sana….tapi kalaupun Allah bagi 10 tahun lagi untuk kita hidup di dunia ni, adakah kita akan cukup bersedia untuk bertemuNya????sama2 lah kita renungkan bersama.. Wallahu’alam…

Berakhirnya sebuah kesepian

Huh, lame sungguh tak update blog ni… lebih kurang 4 bulan lamenye blog tidak berubah wajah mahupun isi kandungannya….. melihatkan blog sahabat2 yang jauh lebih advance n maju kedepan; dengan layout yang begitu menarik perhatian umum dan entri2 yang sentiasa ‘up to date’ dan menyentuh hati, semangat untuk menulis kian pudar memandangkan blog saya yang sangat simple dan jauh ke belakang…. Huh, ni la padahnya kalau jadi golongan yang rabun IT pada era globalisasi ni…

Jadi sehubungan dengan itu, saya dengan serendah hati memohon sumbangan bantuan dari sahabat2 untuk memberi sedikit tunjuk ajar bagi membaik pulih blog yang tak berapa menarik ni…. Budi baik sahabat2 amt saya hargai….

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...