ALLAH LEBIH CINTA KEPADA 3 GOLONGAN MANUSIA

Allah berfirman yang bermaksud, “..Dan berbuat baiklah, kerana sesungguhnya Allah menyukai(mencintai) orang yang berbuat baik.” (Al-Baqarah:195)

Jelas bahawa Allah memang mengasihi orang yang melakukan kebaikan. Orang yang baik bererti baik akhlak dan tingkah lakunya. Dia akan melakukan yang baik-baik saja. Ini kerana dia sedar hidup ini adalah kesempatan untuk mengumpul kebaikan. Dengan kebaikan itu, maka turunlah rahmat Allah. Sebaliknya Allah membenci orang yang berperi laku jahat dan berakhlak buruk. Kederhakaan manusia menyebabkan turunnya kemurkaan dan bala dari Allah s.w.t.

Dalam sebuah hadis Qudsi, Allah berfirman yang bermaksud:
Aku cintakan tiga jenis manusia, tetapi Aku jauh lebih cinta kepada tiga jenis manusia lainnya iaitu:

1. Aku cintakan orang yang bersifat pemurah, tetapi Aku lebih cinta orang miskin yang pemurah.
2. Aku cintakan orang yang rendah hati dan diri, tetapi Aku lebih cinta orang kaya yang rendah hati.
3. Aku cintakan orang yang bertaubat, tetapi Aku lebih cinta orang muda yang bertaubat.

Peluang berbuat kebaikan memang banyak, tidak terhad kepada orang kaya sahaja. Malah orang miskin dan kurang berada juga berpeluang untuk melakukan kebaikan. Allah sememangnya tidak memandang pada darjat dan kedudukan.

BEST OF LUCK RX8!

"ALLAHUMMA NAJJAHNA FI KULLI IMTIHANAT"

"sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib
sesuatu kaum itu sehingga mereka sendiri mengubah nasib mereka….”
(Surah Ar-Ra’ad:11)


“…..Faiza ‘azamta fatawakkal ‘alallah,Innallaha yuhibbul mutawaakilin.” (Surah ali Imran:159)


“Maka sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan. Sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan.” (Al-Insyirah:5-6)

Berakit-rakit ke hulu,
Berenang-renang ketepian,
Bersakit-sakit dahulu,
Bersenang-senang kemudian..

saya dgn rendah hatinya memohon kemaafan kepada sume yg mengenali andai ade tersalh & tersilap..mohon halalkan yg mane terlebih & terkurang.

~MOGA DIPERMUDAHKAN SEGALANYA,AMINN YA RABB~

Jika Terfikir Lakukan Maksiat...

by Zaharuddin.net on Wednesday, October 20, 2010 at 4:54pm

Semua individu pasti akan terlintas untuk melakukan maksiat dan dosa, khususnya yang melibatkan dorongan seksual. Lantaran itu hasil kerja professional Syaitan dan itu juga ajakan nafsu kebinatangan yang ada di dalam diri kita. Setiap kali terfikir maksiat terbabit pasakkan dalam hati dan minda akibat buruk yang menunggu akibat darinya sepert

______________________________________________

Jika Terfikir Lakukan Maksiat...

Oleh

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

www.zaharuddin.blogspot.com

Semua individu pasti akan terlintas untuk melakukan maksiat dan dosa, khususnya yang melibatkan dorongan seksual. Lantaran itu hasil kerja professional Syaitan dan itu juga ajakan nafsu kebinatangan yang ada di dalam diri kita. Setiap kali terfikir maksiat terbabit pasakkan dalam hati dan minda akibat buruk yang menunggu akibat darinya seperti :

  1. azab api neraka,
  2. azab kubur,
  3. mati buruk (suul khatimah) dalam kemaksiatan
  4. kejauhan dari rahmat Allah swt serta
  5. tiada peruntukan Syafaat baginda nabi s.a.w
  6. dan lain-lainnya.

Memang benar, implikasi buruk ini semuanya berupa hal-hal ghaib, namun bukan itu sahaja, terdapat banyak pula implikasi buruk di dunia yang mesti disenaraikan di dalam minda dan hati seperti:-

  1. penceraian akan berlaku akibatnya,
  2. pasangan zina mengandung,
  3. bunuh anak luar nikah akhirnya mungkin berlaku akibat malu,
  4. mungkin penceraian akan berlaku akibat darinya,
  5. apa akan jadi kepada anak-anak ?,
  6. kejian masyarakat,
  7. ditangkap basah dan diumum di media,
  8. adik beradik mengeji,
  9. akan dijangkiti HIV dan seterusnya AIDS & mati,
  10. dibuang kerja kerana imej buruk kepada syarikat,
  11. mati ketika zina dan khalwat dilakukan,
  12. dan banyak lagi boleh disenaraikan.

Pasakkan semua implikasi negatif berbentuk spiritual (ghaib) dan fizikal ini di dalam minda setiap kali nafsu syahwat itu ingin dituruti atau mempengaruhi, harapannya ia nyalaannya akan mengecil.

KAWALAN

Panduan Kawalah nafsu syahwat secara ringkas dan padat (tidak mengikut aturan tertib) :-

  1. Fikirkan target kehidupan dan usahalah melaksanakannya, pinggirkan pemikiran berkenaan seks dan syahwat, sedaya mungkin. Sibukkan diri mencapai target tersebut.
  2. Datangkan keyakinan Allah maha melihat apa yang dilakukan di ketika ramai dan sendirian ,Allah swt sedang melihat apa yang sedang kita lakukan.
  3. Sedarkan diri malaikat turut sentiasa bersama kita mencatat apa yang ditulis, diucap dan dilakukan.
  4. Rapatkan hubungan dengan ahli keluarga yang baik dan soleh.
  5. Putuskan hubungan ‘songsang' dan ‘gelap' sama ada yang dibuat secara suka-suka atau serius, yang diperolehi melalui internet atau fizikal, melalui laman chat, email, web dan sebagainya. Putuskan semua medium yang boleh mendorong kepada peningkatan syahwat. Jika berseorangan di hadapan komputer itu boleh menyebabkan pemikiran syahwat naik, maka elakkan diri berseroangan di hadapan komputer. Jika berbual mesra dan makan tengahari bersama dengan rakan sekerja lain jantina itu puncanya, elakkan diri darinya dan makan sendirian bersama yang sama jantina sahaja. Begitulah seterusnya.
  6. Putuskan hubungan adik, kakak dan abang angkat berlainan jantina kerana ia tidak lain kecuali haram dan pendorong maksiat.
  7. Ubah rutin kehidupan yang mendorong kepada peningkatan syahwat, semua orang tahu dan sedar apa jenis tindakan yang boleh mendorong syahwatnya, ia mungkin tidak sama antara satu sama lain.
  8. Hadiri majlis ilmu dan sibukkan diri membuat target baru seperti membuat blog dan update, menulis buku dan majalah, menghasilkan karya seni lukisan dan sebagainya. Buat satu target lain dalam hidup yang boleh menyibukkan diri anda untuk mencapainya. Tanpa target dalam kehidupan, keinginan syahwat akan membiak dan berkembang akibat waktu kosong.
  9. Sertai kumpulan bersifat keagamaan yang boleh membawa kepada ingatan kepada Allah, tapi awas elakkan kumpulan songsang dan ajaran sesat.
  10. Sertai kumpulan NGO atau kumpulan berasaskan dakwah dan kegamaan, dengannya membuka ruang mendapat rakan dan sahabat yang baik, selain itu masa kosong dan pemikiran syahwat akan dapat dibendung hasil kesibukan menganjur program dalam kumpulan terbabit. Sekarng, mulakan usaha mencari kumpulan-kumpulan sebegini, sebagai contoh JIM, TABLIGH, ABIM, GAMIS, Persatuan Peguam Syarie, Persatuan Pengguna Islam, Yayasan AMAL, NISA , KARISMA dan sebagainya. Diharapkan dengannya waktu akan lebih terisi dengan program yang baik.
  11. Kalau anda sedang bekerja atau belajar, target untuk cemerlang dalam pelajaran dan kerja anda, dengan itu anda akan lebih sibuk dari biasa dan pemikiran akan lebih terarah kepada tujuan yang digariskan, dengan itu, pemikiran kepada syahwat akan mula menurun atau ruangannya disempitkan
  12. Ziarahi kubur secara kerap agar syahwat menjadi tawar akibat pemikiran kepada kematian.
  13. Fikirkan bahawa anda akan mati ketika sedang melakukan maksiat itu, adakah redha untuk menerima kematian dalam situasi itu?. Fikirkan selalu.
  14. Kalau sedang anda bersyahwat kepada seorang wanita sama ada di kaca internet, tv atau fizikal, segeralah berfikir tentang yang hodoh tentangnya agar syahwat menjadi menurun, seperti fikirkan mulut dan nafasnya berbau busuk, giginya kotor, muntahnya busuk, ada penyakit keputihan dan lendir, najis tidak dibasuh bersih, ada AIDS dan banyak lagi. Lawan nafsu yang sedang meningkat dengan mereka cipta perkara yang bertentangan dengan keseronokan nafsu. Ini diperlukan jika pemikiran terhadap alam ghaib dan akibat buruk gagal membendung perasaan.
  15. Kalau komputer dan internet kerap menjadi asbab peningkatan syahwat, perdengarkan bacaan Al-Quran setiap kali di hadapan komputer, InshaAllah dengannya rasa malu akan timbul, kalau tidak banyak, sedikit. Kalau syahwat masih menggila di hadapan komputer itu, segera berhenti dan keluarlah dari bilik dan melihat awan, langit, pokok dan laut dan ingtakan kebesaran Allah.
  16. Jangan sesekali membiarkan diri terus menerus dipukau nafsu dan syaitan, satu jurus langkah kepada maksiat adalah kunci untuk Syaitan menjerumuskan kepada maksiat yang lebih besar. Apa sahaja perbuatan yang mampu mendorong kepada kehampiran kepada maksiat yang lebih besar mesti disekat segera. Kerana itu Allah swt mengingatkan :-

وَلاَ تَتَّبِعُوا خُطُوَاتِ الشَّيْطَانِ إِنَّهُ لَكُمْ عَدُوٌّ مُّبِينٌ

Ertinya : Dan janganlah kamu menuruti langkah-langkah Syaitan, sesungguhnya dia adalah musuh kamu yang amat jelas ( Al-Baqarah : 168 )

17. Menjaga pemakanan, pastikan makan makan yang halal dan bersih. Makanan haram mendorong kepada syahwat yang lebih liar.

18. Memastikan harta yang perolehan adalah dari sumber halal. Sumber haram menambah perisa syahwat kepada yang lebih kuat dan dahsyat. IBarat mutasi virus yang lebih merbahaya kepada kesihatan.

20. Amalkan puasa sunat, zikir secara berdisplin setiap kali (baca zikir mathurat contohnya) selepas solat dan doa sebanyak mungkin semasa sujud di dalam solat agar diberikan kekuatan untuk mengawal nafsu syahwat.

21. Segara beristighfar dan bertaubat walau belum jatuh dalam maksiat yang berat.

وَسَارِعُوا إِلَى مَغْفِرَةٍ مِّن رَّبِّكُمْ وَجَنَّةٍ عَرْضُهَا السَّمَاوَاتُ وَالأَرْضُ أُعِدِّتْ لِلْمُتَّقِينَ

Ertinya : dan bersegeralah kamu kepada keampunan dari Tuhanmu dan syurga yang terbentang seluas langit dan bumi, disediakan bagi orang bertaqwa ( Al-Imran )

Demikian beberapa cara, usaha dan kaedah yang mampu saya senaraikan demi membantu sesiapa sahaja untuk mengawal dan mengekang nafsu. Sekali nafsu sudah merasuk hati dan aqal, seseorang individu akan lupa hakikat sebenar dan ditipu oleh kenikmatan sementara. Lupa kepada keburukan kekal yang menanti. Sama-sama kita ingat-mengingati. Akhirnya Allah berfirman :-

قَدْ أَفْلَحَ مَن زَكَّاهَا * وَقَدْ خَابَ مَن دَسَّاهَا

Ertinya : Telah berjayalah orang yang membersihkan hatinya dan telah rugilah mereka yang mengotorkannya (Al-Shams : 9-10)

Sekian

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

29 Julai 2009

POHON SEMALU & WANITA

Pohon Semalu & Wanita
www.murabbi.net
Dihantar Oleh : KAKLONG
Editor: KAKLONG






Pada suatu hari, Rasulullah s. a. w berjalan-jalan bersama puteri baginda, Saidatina Fatimah r. a. Setibanya mereka berdua di bawah sebatang pohon tamar, Fatimah terpijak pohon semalu, kakinya berdarah lalu mengadu kesakitan.


Fatimah mengatakan kepada bapanya apalah gunanya pohon semalu itu berada di situ dengan nada yang sedikit marah. Rasulullah dengan tenang berkata kepada puteri kesayangannya itu bahawasanya pohon semalu itu amat berkait rapat dengan wanita.


Fatimah terkejut. Rasulullah menyambung kata-katanya lagi. Para wanita hendaklah mengambil pengajaran daripada pohon semalu ini dari 4 aspek.



Pertama, pohon semalu akan kuncup apabila disentuh. Ini boleh diibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai perasaan malu (pada tempatnya).


Kedua, semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya. Oleh itu, wanita perlu tahu mempertahankan diri dan maruah sebagai seorang wanita muslim.


Ketiga, semalu juga mempunyai akar tunjang yang sangat kuat dan mencengkam bumi. Ini bermakna wanita solehah hendaklah mempunyai keterikatan yang sangat kuat dengan Allah Rabbul Alamin.


Dan akhir sekali, semalu akan kuncup dengan sendirinya apabila senja menjelang. Oleh itu, para wanita sekalian, kembalilah ke rumahmu apabila waktu semakin senja.


Ambillah pengajaran dari semalu walaupun ia hanya sepohon tumbuhan yang kecil.


Wahai kaum hawa jadilah seperti semalu.



Sumber: Link

Bajet 2011 mentransformasi negara

Fri, Oct 15, 2010

Bajet 2011bmOleh M Jegathesan

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Najib Tun Razak hari ini membentangkan Belanjawan 2011 bertujuan untuk menarik pelabur asing yang enggan "mendarat" di negara ini berbanding negara-negara jiran yang lebih dinamik.

Najib menjanjikan projek infrastruktur berskala besar, liberalisasi pasaran kewangan dan "gula-gula" menjelang pilihan raya umum (PRU) seperti perumahan dan pengangkutan, bajet terakhir beliau sebelum PRU yang dijangka tahun depan.

"Belanjawan 2011 meliputi usaha untuk mentransformasi negara ini menjadi negara maju dan ekonomi berpendapatan tinggi dengan pembangunan yang inklusif dan berdaya tahan," kata Najib di Dewan Rakyat.

Malaysia sedang mengalami kemorosotan pelaburan langsung asing (FDI) yang teruk, jatuh 81% kepada US$1.4 bilion (RM4.3 bilion) pada 2009 dari US$7.3 bilion pada 2008.

Ekonomi negara jiran di Asia Tenggara seperti Singapura, Thailand dan Indonesia mengatasi Malaysia dengan lebih banyak aliran masuk modal luar.

BN kalah teruk

Najib, yang juga menteri kewangan, berusaha untuk menyuntik pertumbuhan ekonomi dan pekerjaan sebelum PRU, selepas Barisan Nasional menerima kekalahan teruk dalam PRU 2008 di mana parti-parti pembangkang mencapai kejayaan besar.

Kerajaan telah mengumumkan penangguhan pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang telah tiba masanya tahun depan berikutan protes daripada orang ramai.

Bajet ini termasuk skim untuk pembeli rumah buat pertama kali di mana deposit 10% dijamin oleh kerajaan, dan rebat 50% atas duti setem.

Kenaikan kadar tol yang dijadualkan untuk lebuhraya-lebuhraya utama di negara ini telah dibekukan untuk selama lima tahun.

Malaysia baru-baru ini mengumumkan pelan yang begitu optimistik untuk menggandakan jumlah pelaburan swasta dalam tempuh 10 tahun akan datang dan memacu pertumbuhan purata sebanyak 6% setahun bagi mencapai status negara maju menjelang 2020.

Ekonomi dijangka berkembang 5%-6%

Najib berkata, unjuran pertumbuhan ekonomi untuk 2011 telah dinaikkan kepada 7% dari 6%, cita-cita yang begitu tinggi bagi merubah dari penguncupan 1.7% pada 2009. Ekonomi dijangka berkembang 5% – 6% pada 2011.

Beliau berkata, untuk menarik dana asing, syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC) – yang dipersalahkan kerana menyekat persaingan – akan menjual pegangan mereka dalam syarikat-syarikat tersenarai, menambah "kecairan dan keaktifan urus niaga di pasaran".

Terdapat saham-saham utama yang ditawarkan, termasuk penjualan anak syarikat Petronas yang terlibat dalam aktiviti kimia, dianggarkan bernilai US$4.0 bilion.

Di antara projek-projek prasarana, sebuah syarikat pelaburan milik kerajaan akan membangunkan sebuah bangunan setinggi 100 tingkat yang dijangka siap pada 2015 pada harga US$1.6 bilion.

Bangunan ini akan menjadi bangunan yang tertinggi di Malaysia, mengatasi Bangunan Berkembar Petronas.

BN hilang majoriti dua pertiga di Parlimen dan lima buah negeri pada PRU 2008. Kini parti pemerintah sedang bergelut untuk menawan kembali sokongan masyarakat Cina dan India.

Ia juga bimbang tentang kemungkinan kehilangan para pengundi tradisional iaitu orang-orang Melayu yang dominan dalam masyarakat berbilang kaum, kepada parti konservatif PAS, dalam Pakatan Rakyat.

- AFP

http://freemalaysiatoday.com/bahasa/?p=9098

Siapakah yang paling awal ke neraka??

Akan keluar pada akhir zaman satu kaum yang mencari agama dengan menjual agama, memakai pakaian bulu (mewah dan mahal), lidah mereka lebih manis dari madu, sedangkan hati mereka bagaikan serigala.


Dari Abu Hurairah r.a., Rasulullah s.a.w bersabda: Apabila hari Khiamat maka Allah akan menghukum diantara para makhluk dan semua umat dalam keadaan bertekuk lutut. Yang pertama akan dipanggil ialah orang yang pandai alQur'an, orang yang mati fisabilillah dan orang kaya.



Maka Allah bertanya kepada orang yang pandai alQur'an: Tidak kah Aku telah mengajarkan kepada mu atas apa yang Aku turunkan kepada utusanku.

Jawab orang itu: Benar Tuhan ku.

Firman Allah: Lalu apakah yang telah kamu lakukan atas apa yang kamu ketahui itu.

Jawabnya: Aku telah mempelajarinya di waktu malam dan mengamalkannya di waktu siang.

Firman Allah: Dusta kau.

Malaikat juga berkata: Dusta kau, sebenarnya engkau hanya ingin di gelar qari dan ahli dalam alQur'an, dan sudah disebut sedemikian itu.



Lalu dipanggil orang kaya dan ditanya: Apa yang engkau telah perbuatkan terhadap harta yang telah Aku kurniakan itu?

Jawabnya: Aku telah mengunakannya untuk membantu sanak saudara dan bersedekah.

Firman Allah: Dusta kau.

Para Malaikat juga berkata: Dusta kau, kau berbuat begitu hanya ingin disebut sebagai dermawan, dan sudah terkenal demikina itu.



Lalu dihadapkan orang yang mati syahid berjihad fisabilillah, ditanya: Kenapa kamu terbunuh?

Jawabnya: Aku telah berperang untuk menegakkan agama Mu sehingga aku terbunuh.

Allah berfirman: Dusta engkau.

Malaikat juga berkata: Dusta engkau, engkau hanya ingin disebut pahlawan yang gagah berani dan sudah disebut demikian itu.



Kemudian Nabi s.a.w memukul paha ku sambil bersabda: HaiAbu Hurairah, ketiga-tiga orang itu lah yang pertama di bakar didalam api neraka pada hari khiamat.


Nabi s.a.w. telah bersabda: "Yang sangat aku takuti atas kamu adalah syirik kecil". Sahabat bertanya: "Ya Rasulullah apakah syirik kecil itu." Jawab baginda: "Riya'. Pada hari pembalasan kelak Allah berkata kepada mereka; pergi lah kamu kepada orang-orang yang dahulu kamu beramal kerana mereka di dunia, lihatlah disana kalau-kalau kamu mendapat kebaikkan dari mereka."


Nau`zubillahi min zalik.


Tarbiah agenda paling penting jemaah Islam

Hazayani Zakaria

MARANG, 3 Okt: Ijtima' Tarbawi Dewan Pemuda PAS Peringkat Kebangsaan 2010 berakhir hari ini dengan enam deklarasi.

Enam deklarasi itu disampaikan Timbalan Ketua DPPP, Azman Shapawi Abdul Rani, selaku pengarah program.

Deklarasi itu antaranya ialah DPPP bertekad untuk memperkasakan tarbiah di kalangan pemuda.

"Pemuda mesti memahami semua peringkat tarbiah dalam parti kerana tarbiah merupakan agenda yang paling penting dalam jemaah Islam," kata Azman di majlis penutup ijtima' di Masjid Rusila.

Majlis penutup disempurnakan oleh Ahli Parlimen Mesir dari Ikhwan Muslimin, Sheikh Al-Syed Abdul Mas’ud Mohamed Asqar.

DPPP turut bersetuju untuk mengukuhkan program usram sebagai asas kepada segala gerak kerja parti.

Selain itu, program ijtima' akan dijadikan sebagai program tahunan DPPP sebagai salah satu langkah untuk mengukuhkan tarbiah di kalangan pemuda di semua peringkat.

DPPP turut mengulangi pendirian mereka sebelum ini untuk memberikan sokongan penuh kepada kepimpinan ulama yang merupakan tunjang kepada PAS yang memperjuangkan Islam berdasarkan ajaran al-Quran dan hadis Rasulullah s.a.w.

Menurut Azman juga, DPPP berazam untuk membina sahsiah dalam diri setiap pemuda dengan mendalami segala ilmu pengetahuan merangkumi ilmu dunia dan juga ilmu akhirat.

Selain itu, DPPP akan menjadikan tarbiah merentasi tanzim iaitu semua gerak kerja parti adalah berorentasikan tarbiah bagi mengukuhkan kekuatan dalaman setiap ahli.

Azman dalam pada itu mengucapkan tahniah kepada semua pemuda dan pemudi yang berjaya menghadirkan diri sehingga ke akhir program berkenaan.

Kehadiran peserta yang mencecah 5,000 orang disifatkan sebagai kejayaan awal DPPP dalam memobilisasi seluruh pemuda ke setiap program dan gerak kerja.

"Saya mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada peserta yang hadir dan istiqamah sehingga berakhirnya program.

"Kehadiran peserta ternyata melebihi jumlah yang kita sasarkan dan ini menunjukkan kejayaan awal DPPP dalam menganjurkan program sebegini," katanya.

Beliau turut memberitahu, ijtima' pemuda pada tahun hadapan akan diadakan di Pulau Melaka, Kelantan.


sumber : www.harakahdaily.net
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...