Pencarian Imam Muda Unggul Musim Kedua kembali menghangatkan suasana. Jika pada musim pertama Imam Muda Asyraf terpilih sebagai Imam Muda terbaik, tetapi untuk musim kedua ini siapa pula yang akan menempah nama?
Haish! Saya paling tak suka sebenarnya mengongkong diri dengan rancangan TV yang bersiri seperti drama bersiri atau apa saje rancangan yang ditayangkan setiap hari, setiap minggu atau setiap hari-hari tertentu. Sebab saya ni sangat lemah dan sangat takut bila berjangkit symptom ‘addicted’ pada tv. Kalau tengok rancangan yang tiada tertulis ‘bersambung’ pada hujungnya lebih baik bagi saya kerana kita tidak terikat dan tidak tertunggu-tunggu episode yang akan datang. Penantian tu kan satu penyiksaan,hehe.. Maklum sajalah rancangan tv hari ini, terlalu sedikit yang berfaedah berbanding yang tidak berfaedah. Alangkah ruginya diri kalau setiap hari memperuntukkan masa yang lama untuk terikat dengan tv! Allahu Allah. Tapi alangkah baiknya jika setiap hari atau setiap minggu kita terikat dengan rancangan-rancangan yang berfaedah seperti ‘Tanyalah Ustaz’, ‘Qiraatul Quran’, ‘Halaqah’, ‘Usrah’, ‘Tanyalah Ustazah’, ‘Muqaddimah’, ‘Alkuliyyah’, ‘AlHidayah’, ‘Mata ke Hati’ dan seumpamanya. Jom persiapkan temu janji kita dengan rancangan2 sebegini! (sekiranya punya waktu yang berkelapangan)
Berbalik kepada tajuk, semasa program Imam Muda musim pertama yang lalu berjalan, saya sangat kurang mengikuti. Malah saya tak kenal dengan 10 Imam Muda yang saya kira cukup femez nih. Saya hanya kenal IM Asyraf dan IM Hizbur selepas mereka diketahui umum mendapat tempat pertama dan kedua. Saya hanya tahu bila menonton liputan perjalanan 10 Imam Muda musim pertama menunaikan haji semasa Aidiladha yang lalu. Tapi entah angin monsoon apa yang melanda saya kali ini, tiba-tiba saya jadi terlalu cakna dan bersemangat menonton rancangan Imam Muda pada musim kedua ni. Kenapa ya? Saya pun tak pasti kenapa..hehe..
IM musim kedua yang baru berjalan beberapa episode, blum pernah saya miss lagi takat ni. Dasyat kan? Walaupun baru 2 kali yang ditonton betul-betul pada waktunya (yang lain tengok ulangan jer.. astro kan suka ulang-ulang..hehe), tapi saya kira saya sangat bersemangat. Sebabnya sebelum ni saya bukanlah yang jenis cakna sangat rancangan-rancangan tv except rancangan kegemaran ma atau yang ma ikuti (sebab ma akan cerita skit2, hehe..). kalau sebelum ni takde rancangan yang saya semangat menunggu setiap minggu (padahal punyela banyak rancangan yang berfaedah ka atas tu, ish2..) tapi sekarang ni saya ternanti-nati datangnya hari Jumaat sebab nk tengok Imam Muda! Ish! Terasa seperti rancangan ni telah mencuri kemerdekaan saya kerana ia telah mengikat saya supaya memperuntukkan sekurang-kurangnya sejam untuk Medan IM dan setengah jam untuk Mimbar IM. Tapi rugikah saya sebenarnya? Saya pun teringin nak jadi hebat seperti mereka. Nak belajar dan contohi perkara-perkara yang baik daripada mereka. Betulkah? Hurm, ia akan jadi sangat rugi bila ada perkara yang lebih aula untuk saya buat ditangguhkan disebabkan nk tengok tv. Sedangkan kewajipan yang tergalas sentiasa melebihi masa yang ada. Astaghfirullah. moga-moga tontonan kita juga dikira sebagai ibadah jika diniatkan dengan betul, insyaALLAH.
Apa yang menyebabkan saya jadi semangat ya?
Sejak menonton episode pertama beberapa minggu lalu, saya jadi tertarik untuk terus jadi penonton tetap Imam Muda. Tapi apa yang menarik saya sebenarnya? Kalau tengok dari setakat ni, ma, kakak dan kebanyakan yang saya dengar, berpendapat imam muda kali ni kurang hebat berbanding imam muda pada musim pertama.bagaimanapun, saya tak dapat nk compare sebab tak pernah tonton yang pertama. Eh, yeke tak pernah? Tak tahula. Mungkin pernah tapi tak terlekat dalam memori, hehe..
2 orang IM yang menarik perhatian saya!
Wow! Dasyatnya tarikan magnet 2 orang imam muda ni. Saya sendiri tak tahu kenapa, sejak dari awal, saya sangat mengagumi mereka. Bila dengar mereka bercakap saya rasa 2 orang ni je yang akan tahan lama,hehe.. (teka je ni). Entah kenapa saya cukup yakin dengan kebolehan 2 orang IM ni. Siapakah mereka? Sebab apa saya tertarik pada mereka? Eh, bukan tertarik tapi terasa kagum dan yakin yang mereka layak untuk jadi Imam Muda Unggul jika dengan izinNYA. Hehe, pandai-pandai je saya. Tapi sebab apa ya? Hurm……
Sebab ada aura yang saya punya persamaan dengan mereka rupanya.
Persamaan apa? Gender? Sure lain sebab mereka semua kaum Adam.hehe.. Status? Pun lain jgk sebab 2 orang IM yang saya kagum ni dua-dua dah pun berkahwin. Negeri? Takde pun yang dari Pahang masalahnya,hehe.. Jadi persamaan apa?
Ya! Persamaan fikrah rupanya. Dari segi penampilan, cara bercakap dan air muka mereka seperti memberi klu yang mereka ni bukan sebarangan orang. Yeke? Mungkin hanya saya yang merasa begitu. Tapi beberapa kebetulan berlaku menjadikan saya tahu yang mereka terlibat dengan harakah islamiyah. Ya, gerakan Islam! Tarbiyah yang dilalui menjadikan mereka kelihatan hebat di mata penonton mungkin. Dan saya malah bangga bila golongan yang mendokong perjuangan Islam ni mendapat tempat di hati masyarakat negara ni. Betapa semangatnya saya bila tahu tentang itu. Dalam kepala saya sudah terbayang betapa mudah mereka berdakwah mendekati masyarakat utk menyebarkan fikrah Islam selepas ni dengan ikon Imam Muda yang mereka bawa. Ini satu bonus kepada Islam! Allahu Akbar!
Jadi, apa tunggu lagi?? Jom bagi sokongan padu kepada mereka!! Tapi siapakah??
Jeng!! Jeng!! Jeng!!
Jom sokong IMAM MUDA NAZRUL dan IMAM MUDA FAKHRUL!!
Wallahu 'alam! :)
kattang adik akak mempromote Imam Muda :)\
ReplyDeleteakk setuju ngn aisyah, tmbhn skg ni rncgn IM disaingi dgn AF jugak..tp akk yakin rakyat Msia skg ni pun dh pandai menilai rncgn mn yg bermanfaat..patutla akk pun mcm suka dgr Imam 2 org ni berhujah, ada persamaan fikrah rupanya, alhamdulillah..terbaik Aisyah, blh jd pengulas dan promoter handalan Islam :)
p/s: rindu Aisyah sgt2, smg diberi izin utk jmp Aisyah, akk rs mcm nk tny bnyk benda kt Aisyah :), jg dr molek adikku..
hehe..malunye dgn akak..aisyah bukan pandai pon mengulas sebenarnya.. mengarut jer.. hehe.. xtau la nape minat sgt nengok imam muda kali ni.. seb bek imam muda 2 org ni dh kawen. kalu tak lagi semangat rasenye.. hahaha..:)
ReplyDeleteaisyah pun rindu sgt nk jumpe akak.
byk perkara mau dikongsi.. jom dating! hehe..