HATI OH HATI: SINDROM MASALAH HATI

Rasulullah pernah bersabda,

"Sesungguhnya dalam diri manusia itu ada seketul daging. Jika daging itu baik, maka baiklah seluruh anggota badannya tetapi seandainya daging itu rosak dan kotor, maka kotor dan rosaklah seluruh anggota badannya. Daging yang dimaksudkan ini adalah hati."

(Riwayat Bukhari dan Muslim daripada Nu'man bin Basyir)


Wow! Betapa hebatnya makhluk Allah yg bernama HATI ini..dialah raja dalam batang tubuh seorang hamba Allah. Tapi malang sekali, organ yang paling barharga ini sangat susah utk dipelihara dgn baik..


Firman Allah SWT:

Hari (Akhirat adalah hari) yang tidak bermanfaat lagi harta mahu pun anak pinak. Kecuali seseorang yang datang kepada Allah dengan membawa hati yang sejahtera”


[AL-Shu'araa' 26: 88-89]

Bukan mudah sebenarnya utk mendapatkan hati yang sejahtera.hati yang sentiasa berzikir mengingati Yang Maha Pencipta. Hati yang tidak lalai dgn kecintaan dunia dan isinya.. Subhanallah, ingin sekali punya hati yg begitu..

Masalah hati

Masalah hati adalah satu sindrom yang sgt kurang sihat yg sering berlaku di kalangan kita. Luas sekali skop masalah hati ni sebenarnya.. segala penyakit yg berkaitan dengan jiwa manusia seperti hasad, dendam, iri, angau dll semuanya berpunca daripada hati yang kurang terjaga.. Allahu Rabbi.. sukarnya menjaga hati.. tapi skop yang saya ingin bawakan kali ini cukuplah mengenai masalah hati yang berlaku antara muslimin dan muslimat atau lebih lebih berkait rapat dengan masalah IKHTILAT.

Masalah hati dalam gerak kerja dakwah

Sejak awal penyertaan saya dalam jemaah kampus lagi, saya sering diperingatkan tentang pentingnya menjaga hati. Kerana kesannya cukup besar.. bukan hanya kepada individu terbabit bahkan turut memberi kesan terhadap gerak kerja dakwah sendiri. Allahu Akbar, bahaya rupanya masalah hati ni. Pada awalnya, saya beranggapan masalah begini tidak timbul di kalangan golongan yang bertudung labuh dan berserban/ berkopiah ni tapi kerana kita ni manusia, setiap orang takkan lepas dari kekurangan dan kelemahan masing2.

Persepsi dan tindakan terhadap masalah hati

Semenjak 2 menjak ni, banyak sekali cerita dan peristiwa yang Allah tunjukkan kepada saya (utk saya dan kita semua ambil pengajaran) betapa masalah hati antara muslimin dan muslimat semakin menjadi-jadi. Yang muslimat semakin hilang rasa malu dan harga diri dek kerana cair dgn pujukan si ‘ustaz’. Ish2, inikah yang kita mahukan?? Na’udzubillah. Tentunya tidak. Golongan yang mahu mentarbiyah orang lain, menterjemah keindahan Islam dalam amalan dan perkataan, tidak sepatutnya tewas dek ujian hati. Bagaimana hati yang dicemari titik hitam dek masalah hati ni mahu membersihkan hati-hati hitam yang lain? Mahu mengisi hati-hati lain dengan keimanan bagaimana andai yang menyeru itu tidak suci? Allahu Allah. Susah sebenarnya menjaga hati yang sering berbolak balik ni. Bukanlah perlu menunggu menjadi ma’sum maka barulah boleh bergelar da’ie, kerana yang ma’sum itu hanya para nabi dan rasul. Tapi penting untuk diperingat kepada para da’ie, yang namanya DAKWAH itu mesti bermula dengan diri sendiri. Ya, diri sendiri mesti diislahkan seiring dengan dakwah kepada mad’u. Pesan Imam Hassan Al Banna, “tegakkan Islam dalam dirimu, nescaya akan tertegak Islam di muka Bumi”.

Mencantas masalah hati

Oleh sebab itu pelbagai cara dan gaya yang telah diaplikasikan oleh muda mudi dalam kalangan ahli jemaah untuk membendung masalah hati daripada menjadi barah dalam diri. Setakat pemerhatian saya, setiap orang punya persepsi dan cara yang berbeza dalam mengendalikan masalah hati. Berikut yang dapat saya analisis berdasarkan pemerhatian & perkongsian dengan sahabat2;

1. Golongan yang dikatakan terlalu ‘syadid’

Bagaimana yang dikatakan terlalu syadid ni? Hurm.. berikut situasi yang pernah berlaku di sebuah kampus yang dirahsiakan identitinya sekitar tahun lalu.

“Ukhti, macammana dengan gerak kerja jamaah kampus enti? Ada tak berlaku masalah hati? kt kampus ana ni tak taulah macammana. Gerak kerja jemaah semua dah tak bergerak skarang.semua orang nk jaga hati & tak nak berurusan antara muslimin-muslimat langsung. At d end, semua perancangan terbantut. Apa pendapat enti?”

Apa pendapat anda? Baguskah berijtihad begini? Terlalu menjaga hati sehingga melambatkan gerak kerja dakwah, betulkah begini? Hurm, pada pendapat saya mereka telah merugikan peluang dakwah dan Islam sendiri sebenarnya. Wallahu’alam.

2. Golongan yang mensabotaj diri sendiri kononnya utk kepentingan jemaah

Golongan ni masih komited dengan gerak kerja tapi cuba menyelesaikan masalah hati dengan cara sendiri yang difikirkannya betul. Disebabkan terlalu bimbang masalah hati yang mengganggu nikmat beribadah dan sebagainya, sebahagian ahli jemaah yang saya temui sanggup sabotaj diri sendiri utk mencantas masalah hati yang mula membaja dalam diri tapi tanpa sedar kadang2 banyak menimbulkan masalah dalam jemaah. Contohnya..

“ana memang sengaja pun wujudkan konflik dengan dia, kalau boleh ana harap sangat kalau sampai bergaduh dengan dia. Ana buat semua ni supaya ana rasa benci pada dia. Ana ingatkan cara ni dapat bantu ana nk selesaikan masalah ana ni tapi tak sangka pulak jadi besar macam ni.”

“ya Allah, sampai macam tu sekali? Patutla hari tu enti pelik semacam je ana tengok. Padahal, enti yang ana kenal bukan macam tu orangnya. Takpela, enti janganlah risau, Allah tu kan Maha Mengetahui apa yang ada dalam hati kita. Allah tahu niat enti baik sebenarnya….”

Betul ke ijtihad golongan yang macam ni?? Kadang2 tindakan golongan begini mungkin menimbulkan lebih banyak masalah dalam gerek kerja dakwah. Konflik di sana- sini. Salah faham dan prasangka menular sehingga melibatkan mereka-mereka yang tidak bersalah. Semacam mementingkan diri sendiri tapi mungkin kerana memikirkan masalah hati yang dihadapi mereka semakin kronik, memaksa mereka bertidak sedemikian. Wallahu’alam.

3. Golongan yang mengambil kesempatan

Tidak dapat dinafikan kadang-kadang wujud di kalangan ahli jemaah yang menyertai gerakan dakwah atas kepentingan tertentu. Termasuklah dengan niat untuk memperoleh pasangan yang soleh dan solehah. Program-program jamaah dijadikan ruang untuk mengintai calon2 yang dirasakan sesuai dengan kehendak mereka. Akibatnya perjuangan Islam bukan lagi jadi matlamat utama bahkan hanya sebagai wasilah untuk membentuk baitul muslim yang diimpikan. Lebih teruk lagi apabila program dakwah dan gerak kerja amal islami dijadikan alasan untuk mencipta perhubungan dengan lebih dekat. Liqa’, meeting dan program menjadi tempat untuk melepaskan rindu masing2. Akhirnya terjadi fenomena ‘cinta anta-anti’. Allahu Rabbi. Syaitan telah menjadikan perkara mungkar dilihat baik dari kaca mata mereka. SMS, YM, Twitter, FB dan emel sentiasa membuka peluang untuk berhubung secara berlebih-lebihan dan kadang-kadang tanpa urusan yang diharuskan syara’ pun. Berhubung kerana ‘saja-saja’, langsung tiada kaitan dengan urusan jamaah, UKHUWAH MANTAP katanya. Astaghfirullahal ‘azim. Na’udzubillah.

4. Golongan yang moderate

Golongan ini yang saya kira patut dicontohi oleh ahli – ahli jemaah kampus. Golongan ini mungkin minoriti kerana bukan mudah untuk menjadi seperti mereka. Semua gerak kerja amal islami diusahakan ikhlas kerana Allah. Masa mereka sentiasa disibukkan dengan kerja dakwah. Apabila wujud masalah hati, terus dicantas sebaik mungkin. Sentiasa menundukkan pandangan dan menempatkan cinta mereka hanya untuk perkara yang dihalalkan sahaja. Owh, wujudkan golongan seumpama malaikat ni? Mohon difahami, bukanlah watak malaikat yang saya maksudkan di sini. Kerana kita manusia, sentiasa akan ada kelemahan dan kekurangan. Apatah lagi apabila memperkatakan soal HATI. Pada pengamatan saya, golongan ini memang wujud di sekeliling saya. Mereka ini yang saya istilahkan sebagai mereka yang punya HATI KERING. Betulkah? Hurm.. mereka punya hati yang sangat tulus. Hati dan fikiran sentiasa memikirkan dakwah dan Islam sehingga sangat kurang masa untuk melayan perasaan terhadap kaum yang berlawan jenis mereka. Dan yang lebih saya kagumi ialah, the way they manage UJIAN HATI.


“tapi perasaan tu kan anugerah daripada Allah. Nak kawal macam mana?”

Ya, memang benar perasaan menyukai dan menyintai seseorang itu datang dari Allah.tapi perlu diingat bahawa tindakan kita untuk membendung perasaan dan gelojak yang datang itu masih dalam kawalan akal kita, dan sudah pastinya mestilah berasaskan keimanan kita kepada Allah. Jawapannya MUJAHADAH! Memang betul sukar pada awalnya. Tapi jika dilatih selalu pasti akan jadi mudah kan??

Sangat perlu disedari bahawa masalah hati antara muslimin dan muslimat tidak pernah menguntungkan jemaah dan Islam. Perhubungan tanpa kawalan, pandangan mata yang tidak terjaga, kemesraan yang melampau atas nama ukhuwah akhirnya terjadinya barah masalah hati yang membawa kepada dosa-dosa kecil. Ya, dosa kecil! Tapi jika kerap kali berlaku? Orang beriman melihat dosa kecil ibarat gunung yang akan menghempap mereka, tapi orang fasiq melihat dosa kecil ibarat lalat yang hinggap di hidung, dikuis dengan tangan, terus akan hilang. Sayang 1000 kali sayang. Dosa dan titik hitam ini akhirnya melenyapkan keberkatan Allah SWT seterusnya mengundang 1001 masalah yang silih berganti dalam jamaah. Lebih malang lagi apabila dek kerana dosa-dosa ini kemenangan Islam semakin sukar diraih. Allahu Rabbi.

Mari kita singkap sejarah pahlawan zaman lampau. Sultan Muhammad Al Fateh begitu teliti memilih tenteranya untuk menawan Konstantinopel. Mengapakah?? Sultan Salahuddin Al ayubi tidak membenarkan pasukan tentera yang tidak menunaikan qiamullail mengikuti peperangan pada hari keempat peperangan menawan Jurusalem setelah mengalami kekalahan pada tiga hari berturut-turut. Mengapakah?? Bukankah kerana bimbangkan dosa-dosa kecil atau kesalahan-kesalahan kecil yang kelihatannya sangat remeh?? tapi kesannya akan melambatkan bantuan dari Allah SWT dan ini amatlah merugikan Islam.

Mungkin saya tidak adil dalam memerhati, menilai dan menganalisis. Mohon sejuta kemaafan andai tulisan ini terselit prasangka, bias dan sebagainya. Semua orang punya pendapat sendiri kan? Dan saya, saya sudah cukup muak dan rimas dengan 'rungutan', ‘luahan perasaan’, ‘cerita-cerita’ dan ‘kejadian depan mata’ yang melibatkan masalah hati di kalangan ahli jamaah. Di kalangan mereka yang mendokong perjuangan Islam, agama yang paling indah dan suci. Allahu Akbar. Bukanlah saya ‘bagus sangat’ dalam menguruskan masalah hati. Saya juga punya kelemahan yang banyak amat. Tapi atas kesedaran kita semua sentiasa perlu diperingatkan, hati saya meronta-ronta mendesak supaya menulis juga berkenaan masalah hati ini. Jadi sama-samalah kita mengambil pengajaran dalam kehidupan yang akan datang. Mohon diperingatkan saya andai saya lalai.


KURANGKAN MASALAH HATI, TINGKATKAN PRESTASI!!

ISLAM PASTI MENANG!! ISLAM PASTI DIJULANG!! NANTIKAN SAAT ITU… {]=)

Sesungguhnya Allah Maha Mangetahui apa yang kita tidak tahu.

Wallahu’alam.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...