Oh Ramadhan!

Bismillahirrahmanirrahim.


Alhamdulillah wa syukrulillah. Masih diberi nafas untuk menikmati madrasah tarbiyah hadiah daripada Yang Maha Memberi Nikmat. Dalam diam, masa terus pantas berlalu. Sedar tak sedar hari ni telah pun masuk 14 Ramadhan. Fasa kedua Ramadhan semakin pantas meninggalkan kita. Moga2 kita tidak ketinggalan menggandakan amalan seiring dengan kepantasan waktu yang berlalu. Allahu Rabbi. Mungkin agak terlewat sy postkan entri mengenai Ramadhan. Menjalani Madrasah Ramadhan dalam keadaan bekerja bukan mudah rupanya. Jika sebelum2 ni saya berpuasa sebagai student yang ke kelas setiap hari tapi apa yang istimewa pada Ramadhan kali ini, saya berpuasa sebagai orang yang bekerja. Lebih menguji kesabaran rupanya apabila setiap hari terpaksa berhadapan dengan pelbagai karenah manusia. Mujurlah barakah Ramadhan dapat memujuk hati untuk terus tingkatkan kesabaran. Allahu Allah. Kesibukan rutin harian telah ‘melupakan’ saya untuk mengupdate blog tentang indahnya Ramadhan. Benarkah? Atau alasan? Astaghfirullah. Walhal kekasih yang dirindui ni hanya datang setahun sekali sahaja.. Allahu Akbar.


“Wahai orang beriman! Diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas kaum sebelummu, agar kalian berTAQWA.” (Al Baqarah: 183)


TAQWA! TAQWA! TAQWA!

Yup, TAQWA! TAQWA lah matlamat akhir kita. Ramadhan datang seperti satu madrasah untuk membentuk kita menjadi hamba yang berTAQWA!

Teringat tazkirah abah semasa kami berbuka puasa beramai-ramai pada minggu lepas. Saya istilahkan ramai sebab saya punya 9 orang adik beradik dan ditambah pula dengan 4 org kakak ipar, seorang abg ipar, dan 3 orang anak sedara, ramai la tu kan? Hehe, Alhamdulillah. Sgt menyeronokkan bila dapat berkumpul. Dalam satu tazkirah abah kata, kalau sesebuah jabatan atau organisasi akan menghantar staffnya berkursus secara berkala mungkin setahun sekali, satu tenure sekali, 3 bulan sekali dan sebagainya, tak lain dan tak bukan adalah utk menambah baik kualiti kerja dan mungkin untuk dinaikkan pangkat mereka.

Begitu jugalah kita sebagai hambaNya. Setahun sekali kita pasti akan diwajibkan menjalani kursus selama sebulan untuk menambah baik kualiti ibadah dan menaikkan level kita di sisiNya Yang Maha Pencipta. Ya, kursus inilah yang disebut Madrasah Ramadhan. Kursus yang membentuk pesertanya untuk menjadi lebih baik untuk tempoh 11 bulan yang akan datang. Teralu banyak kemudahan yang disediakan oleh pihak Penganjur ‘kursus’ utk memastikan semua peserta berjaya lulus hingga ke akhir kursus serta mencapai peringkat TAQWA seperti yang dalam ayat Quran di atas.

Disediakan pelbagai peluang menambah ibadah sunat seperti solat tarawikh, melakukan sahur, membanyakkan sedeqah dan sebagainya dan ditutup pula ruang menambah dosa apabila syaitan dan jin dibelenggu sepanjang bulan yang mulia ini. Pahala digandakan beratus kali ganda. Amalan sunat diberi ganjaran seperti amalan wajib. Pintu2 syurga pula dibuka dgn luasnya manakala pintu neraka ditutup dgn rapatnya. Diberi pula hadiah LailatulQadr kepada yang bertuah. Allahu Rabbi. baik sungguh Penganjur kursus RAMADHAN ni.

Jika dilihat segala kemudahan yang disediakan sepertinya mudah sekali nak capai level TAQWA dalam bulan ni. Benarkah?? Allahu Allah.. Tak semudah itu..

Jika tidak bersama mujahadah yang mantap, mana mungkin semuanya dapat dilakukan dengan mudah. Walaupun peluang terbuka luas di depan mata.

Kata abah lagi, Ramadhan adalah kursus utk bentuk hamba supaya berjiwa besar. Ya, berjiwa besar! Kenapa berjiwa besar?

Supaya semua ujian dan halangan yang datang kepadanya dianggap kecil kerana hanya Allah yang Maha Besar dan semua yang berlaku hanya dengan izinNya. Supaya kita tidak mudah tewas dengan ujian dunia yang melalaikan, yang sentiasa menipu hingga ke hari Qiamat.

Kursus ini juga melatih supaya kita tingkatkan kesabaran. Allahu Rabbi. Memang mudah mengatakan tentang sabar saat diri tidak diuji. Tapi bila tiba-tiba diuji dengan kemarahan, keletihan, kelaparan dan sebagainya, hanya mujahadah yang mampu membantu kita menghadapi semuanya.

Bukan mudah nak mengekang nafsu. Lagi-lagi dengan persediaan rohani yang kurang mantap. Nafsu apabila dikekang atau disekat, ia akan terus merengek, meraung, meronta, merayu dan sebagainya. Kata Ust Syed Abdul Kadir dalam kuliah beliau tempoh hari, nafsu ni ibarat anak kecil. Bila dihalang atau tak diberi apa yang diminta dia akan meraung, meronta, menangis, menjerit sepuas-puasnya. Tapi berapa lama dia akan bertindak sedemikian jika dibiarkan?? Adakah selamanya begitu?? Tidak.. ia akan berakhir begitu sahaja jika kita terus bersabar menahannya. Ya, kita perlu tingkatkan KESABARAN!

Ya,memang bukan mudah sebenarnya. Tapi paling penting, MUJAHADAH!


Gunakanlah segala kemudahan yang diberikan dalam bulan paling mulia ini sebaiknya. Masih belum terlambat untuk kita berubah. Kata orang putih, Better late than never!

Kita masih punya kurang lebih 16 hari bersama Ramadhan. Jom refresh semula kelebihan2 yang mungkin kadang2 kita lupa atau kita ter'abaikan' saat nafsu yang mengawal diri kita. Allahu Allah.


1) "Diriwayatkan dari Sahl bin Saad r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Sesungguhnya di dalam Surga itu terdapat pintu yang dinamakan Ar-Rayyan. Orang yang berpuasa akan masuk melalui pintu tersebut pada Hari Kiamat kelak. Tidak boleh masuk seorangpun kecuali mereka. Kelak akan ada pengumuman: Di manakah orang yang berpuasa? Mereka lalu berduyun-duyun masuk melalui pintu tersebut. Setelah orang yang terakhir dari mereka telah masuk, pintu tadi ditutup kembali. Tiada lagi orang lain yang akan memasukinya" [Bukhari-Muslim]

2) "Diriwayatkan dari Abu Said al-Khudri r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Setiap hamba yang berpuasa di jalan Allah, Allah akan menjauhkannya dari api Neraka sejauh perjalanan tujuh puluh tahun" [Bukhari-Muslim]

3) Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud: Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu. (Diriwayat oleh imam Nasai'e, Ibn majah, Ibn Habban dan Baihaqi)

4) “Tiga orang yang tidak ditolak doa mereka: Pemimpin Yang Adil,Orang yang berpuasa hingga dia berbuka dan doa orang yang dizalim…..diangkat oleh Allah di atas awan pada hari qiamat dan dibuka baginya pintu-pintu langit dan Allah berfirman, “ Demi kemuliaanKU pasti AKU menolong engkau walaupun hanya menunggu masa sahaja”.
(Riwayat Imam Ahmad, Tirmizi dan an-Nasai dan Ibn Majah )

5) “Daripada Salman r.a. ia berkata: Telah berkhutbah Rasulullah S.A.W. pada hari terakhir bulan Syaaban dan sabdanya:- Wahai manusia sesungguhnya telah datang kepada kamu satu bulan yang agung lagi penuh keberkatan (bulan Ramadhan) iaitu bulan yang ada padanya satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan, bulan yang Allah jadikan berpuasa padanya suatu kewajipan dan berqiamullail (beribadat pada malam-malamnya) sebagai amalan sunat. Sesiapa yang mendekatkan dirinya kepada Allah pada bulan itu dengan melakukan amalan kebajikan (amalan sunat) maka ia mendapat pahala seperti melaksanakan perintah yang wajib dan sesiapa yang melakukan suatu amalan yang wajib pada bulan Ramadhan maka ia mendapat pahala seperti orang yang melakukan tujuh puluh (70) amalan fardhu.”.

6) Dari Abi Hurairah radhiallahu 'anhu juga Rasulullah Shalallahu 'alaihi wasalam pernah bersabda (yang ertinya): “Solat yang lima waktu, Juma'at ke Juma'at, Ramadhan ke Ramadhan adalah penghapus dosa yang terjadi di antara senggang waktu tersebut jika menjauhi dosa besar”. (Hadis Riwayat Muslim (233))

7) Sahl bin Sa'ad r.a. mengatakan bahwa Nabi saw. bersabda,
"Sesungguhnya di dalam syurga terdapat satu pintu yang disebut Rayyan, yg pada hari kiamat akan dimasuki oleh orang2 yang berpuasa. Tidak seorang selain mereka yang memasukinya. Dikatakan, 'Dimanakah orang-orang yang berpuasa?' Lalu mereka berdiri, tidak ada seorang pun selain mereka yang masuk darinya. Apabila mereka telah masuk, maka pintu itu ditutup.
Barangsiapa yg masuk akan minum, dan barangsiapa yg minum tidak akan merasa haus utk selamanya." (HR Bukhari (4/95), Muslim (1152) tambahan akhir dalam riwayat Ibnu Khuzaimah dalam kitab Sahihnya (1903) )


Allahu Allah. Terlalu banyak kelebihan yang Allah hadiahkan kepada kita dalam bulan yang sangat dirindui orang beriman ni. Tak tersenarai di sini rasanya semua hadis dan kalam Allah mengenai Ramadhan. Menarik sungguh! Rebutlah peluang ini sebaiknya dan mudah-mudahan kita tidak tergolong dalam golongan yang menyesal tatkala Ramadhan telah berlalu, wa na’udzubillah.


Berkata Nabi SAW (bermaksud): “Telah datang Jibril dan dia berkata, “Wahai Muhammad, barang siapa menemui bulan Ramadhan dan kemudian mati dan tidak diampuni (dosanya), maka dia akan dimasukkan ke dalam neraka dan Allah akan mengabaikannya (jauh darinya), katakan Amin.” Maka aku berkata: “Amin.” (Hadith Sahih, diriwayatkan oleh Ibn Khuzaymah dan Ibn Hibban dari Jabir ra).

"Dari Abu Hurairah ra: katanya Rasulullah saw berabda: "Barang siapa tidak meninggalkan ucapan dusta dan berbuat jahat (padahal dia puasa), maka Allah tidak butuh ia meninggalkan makan dan minum" [Bukhari]

Nabi Muhammad s.a.w bersabda yang bermaksud: "Berapa ramai orang yang berpuasa mereka tidak mendapat apa-apa balasan melainkan lapar dan dahaga." (HR Ahmad)


Ayuh! Bersamalah kita berlumba-lumba merebut maghfirah dan mengejar rahmah serta barakah dari-Nya. Peluang terbuka luas! Nak 1000 daya, tak nak 1000 dalih! Ingat misi utama kita, TAQWA!!

Berusahalah bersungguh-sungguh untuk mencapainya. Andai ini Ramadhan terakhir kita bagaimana??? Allahu Rabbi.

Moga bermanfaat untuk semua. Allahu‘alam.

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...