KONSEP NEGARA BERKEBAJIKAN KHALIFAH UMAR ABDUL AZIZ

Sudah berabad telah berlalu, namun keadaan umat Islam jauh sekali berbeza berbanding dengan zaman Rasulullah s.a.w. dan para sahabatnya dahulu. Bibit-bibit jahiliyah yang dihapuskan Rasulullah s.a.w. telah mula berputik kembali.

Sifat suka mementingkan kabilah, semangat berpuak dan mengutamakan Kroni menjadi ciri-ciri baru kerajaan pada masa kini. Kerajaan tidak lagi dinilai dengan neraca al-Quran dan as-Sunnah, tetapi diukur atas keperluan semasa dan kepentingan negara. Para Pemimpin-pemimpin
sudah pandai bermewah-mewah dengan Rasuah, melakukan penindasan dan bermegah diri. Sehinggakan Wang Rakyat dijadikan sebagai harta peribadi mereka.

Masyarakat terutamanya bangsa Melayu Islam pula semakin lalai dan leka, mereka semakin meninggalkan penghayatan ilmu dan nilai-nilai Islam. Kekuatan hawa nafsu dan bisikan syaitan telah mencampak mereka ke lembah kealpaan sehingga tidak nampak keadilan system pemerintahan Islam. Oleh itu marilah sama-sama kita merungkai Pemerintahan Umar Abdul Aziz yang menggunakan konsep Negara Berkebajikan.


SIAPA UMAR ABDUL AZIZ??
Umar Abdul Aziz adalah seorang bangsawan yang berbudi halus dan warak. Walaupun dikelilingi dengan kekayaan dan kemewaha
n, beliau tidak hanyut dan leka. Beliau menjadi kegilaan anak gadis kerana ketampanannya, dan sering menjadi ikutan pemuda pada zaman itu. Sejak kecil lagi beliau didik dengan ilmu agama. Minat dan kecenderungan beliau kepada ilmu, membawa beliau ke kota Madinah. Di sanalah beliau mempelajari dan mendalami ilmu agama dari tokoh-tokoh Islam zaman itu.

PEMIMPIN ISLAM SEJATI
Semasa pemerintahan al-Walid ibn Abdul Aziz, beliau telah menjadi gabenor Madinah selama 7 tahun. Di sini beliau telah menunjukkan ciri-ciri seorang pemimpin Islam sejati. Sehingga Anas ibn Malik berkata: “Aku tidak pernah menjumpai Imam selepas Rasulullah s.a.w. yang menyerupai sembahyangnya seperti Rasulullah s.a.w. kecuali pemuda ini, Umar Abdul Azi
z iaitu gabenor Madinah”

Sebaik saja dilantik sebagai khalifah, Umar Abdul Aziz terus membersihkan kerajaan dengan memecat gabenor dan pegawai yang kejam dan tidak adil. Hamba sahaya milik keluarga di raja juga telah dimerdekakan, semua barang kemas dan hadiah yang diterima beliau dan isterinya semasa pertabalan telah diserahkan semuanya kepada Baitul Mal. Istana pula telah dihias secara sederhana sahaja. Umar Abdul Aziz menganggap dirinya sebagai pengganti kepada datuknya iaitu khalifah Umar al-Khattab. Kerana itulah beliau digelar sebagai Umar II. Hidup beliau telah berubah sama sekali, kemewahan dan kemegahan telah ditanggalkan dan digantikan dengan kehidupan yang penuh zuhud dan kesederhanaan.


Pernah suatu ketika, Umar Abdul Aziz memerhatikan anak-anak perempuannya menutup mulut dengan tangan ketika berbual dengannya. Selepas menyiasat, beliau dapati hanya bawang dan kacang sahaja yang terdapat di rumahnya. Anak-anaknya berbuat demikian kerana takut mengganggu beliau dengan bau bawang. Dengan berlinangan air mata beliau berkata: “Wahai anakku adakah kamu inginkan makanan yang enak sedangkan ayahmu dihumban ke dalam neraka?".

Beliau adalah khalifah kepada sebuah empayar terbesar zaman itu, namun tidak mempunyai duit yang mencukupi untuk menunaikan haji. Sehinggalah sampai satu masa, beliau diberitahu khadamnya, duit u
ntuk menunaikan haji telah mencukupi hasil dari pendapatannya sebagai khalifah. Akan tetapi Umar menjawab: “Kami telah mengambil manfaat harta ini sekalian lama. Sekarang orang Islam berhak menikmati hasilnya.” Kemudian beliau memasukkan semua hasil pendapatan itu ke dalam Baitul Mal. Pernah juga Umar Abdul Aziz datang untuk lewat menghadiri solat Jumaat kerana terpaksa menunggu bajunya yang sehelai itu kering.

TIDAK MENYALAHGUNAKAN HARTA NEGARA
Beliau adalah seorang yang zuhud dan sangat berhati-hati. Jika ada mana-mana pegawai dan ahli keluarga yang ingin menemuinya atas urusan peribadi, serta merta beliau memadamkan lilin yang dibekalkan kerajaan dan menggunakan lilinnya sendiri. Beliau tidak pernah mengguna ai
r panas daripada dapur awam atau menghidu wangi-wangian milik Baitul Mal.

KEBAJIKAN RAKYAT MATLAMAT UTAMA
Dalam pentadbiran pula, Umar Abdul Aziz telah mengubah kerajaannya sehingga kebajikan rakyat menjadi matlamat utama. Sebelum Umar, perhatian negara hanya terhad kepada memungut hasil cukai dan pembangunan material tanpa memberi penumpuan kepada pembangunan rohani dan keagamaan. Sebaliknya, semasa pemerintahan beliau, sangat sukar untuk berjumpa dengan pengemis atau fakir miskin yang berhak menerima zakat. Pernah Yahya Ibn Sa’id meriwayatkan, Umar melantik beliau memungut zakat di Afrika, setelah selesai memungut zakat beliau mencari orang-orang yang berhajat kepada zakat, tetapi gagal bertemu seorang pun yang boleh diberi bantuan. La
lu beliau membeli beberapa orang hamba sahaya dan memerdekakan mereka bagi pihak kaum Muslimin.

MENDAHULUKAN KEPENTINGAN AGAMA
Umar Abdul Aziz selalu mengutamakan prinsip, tuntutan moral dan kehendak agama daripada keuntungan politik yang berbentuk duniawi. Dengan keunggulan peribadi dan kehebatan kerajaan yang dipimpinnya, semakin ramai orang bukan Islam memeluk Islam.


MENINGKATKAN PERBINCANGAN TENTANG AGAMA
Selain daripada kemakmuran hidup, Umar Abdul Aziz telah membawa perubahan yang lebih besar lagi dalam kerajaannya iaitu menguba
h kecenderungan dan sikap rakyat jelata. Jika semasa zaman Khalifah al-Walid, perbincangan rakyat lebih tertumpu kepada bangunan dan seni bina kerana itulah kecenderungan al-Walid, Khalifah Sulaiman pula minat kepada perempuan dan majlis makan yang besar, dan itulah menjadi keasyikan dan perbualan rakyatnya. Tetapi dalam masa pemerintahan Umar Abdul Aziz, tajuk-tajuk yang berkaitan dengan sembahyang, doa dan ibadah menjadi topik perbualan utama. Masing-masing bermuhasabah untuk meningkatkan nilai ibadah mereka.

PEMIMPIN AGUNG YANG ADIL
Pembaharuan yang beliau lakukan dalam masyarakat Islam a
dalah hasil pancaran cahaya rohani dalam dirinya. Keimanan yang teguh, cinta dan takut kepada Allah s.w.t. dan keyakinan terhadap hari pembalasan menjadikan beliau seorang pemimpin agung dalam sejarah Islam. Sehingga ada orang mengatakan beliau adalah khalifah Islam yang kelima daripada Khulafa ar-Rasyidin selepas Sayidina Abu Bakar, Umar, Othman dan Ali. Andai kata beliau ditakdirkan memerintah lebih lama, sudah pasti dunia Islam akan menyaksikan perubahan yang menyeluruh dalam semua aspek kehidupan. Tetapi kehendak tuhan mengatasi keinginan dan impian manusia. Beliau telah dipanggil menghadap Ilahi setelah dua tahun lima bulan memayungi umat Islam dengan al-Quran dan sunnah Rasulullah s.a.w.
Semoga apa yang dicadangkan oleh Tuan Guru Presiden untuk menumpukan Negara Berkebajikan akan menjadi kenyataan, I.Allah pemerintahan ala Umar Abdul Aziz akan kembali menyinari Bumi Malaysia.

Renungan Sabda Rasulullah SAW :

Maksudnya: “Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkatnya. Lalu berlakulah zaman pemerintahan yang menggigit (Zaman Fitnah). Berlakulah zaman itu sepertimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkatnya. Kemudian berlakulah zaman penindasan dan penzaliman (Zaman Diktator) dan berlakulah zaman itu sepertimana yang Allah kehendaki. Kemudian berlaku pula Zaman Kekhalifahan (Kebangkitan Gerakan Islam, Imam Mahdi dan Nabi Isa a.s.) yang berjalan di atas cara hidup Zaman Kenabian.”
(Riwayat Ahmad)

"Dan Allah telah berjanji kepada orang-orang yang beriman di antara kamu dan mengerjakan amal-amal yang soleh bahawa Dia sungguh-sungguh akan menjadikan mereka berkuasa dimuka bumi, sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang sebelum mereka berkuasa, dan sungguh Dia akan meneguhkan bagi mereka agama yang telah diredhai-Nya untuk mereka, dan Dia benar-benar akan menukar (keadaan) mereka, sesudah mereka dalam ketakutan menjadi aman sentosa. Mereka tetap menyembahku-Ku dengan tiada mempersekutukan sesuatu apapun dengan Aku. Dan barangsiapa yang (tetap) kafir sesudah (janji) itu, maka mereka itulah orang-orang yang Derhaka!!. "
(Annur:55)



^^MEMBANGUN NEGARA BERKEBAJIKAN^^
~ISLAM MEMIMPIN PERUBAHAN~






PERNIKAHAN & PERKAHWINAN


Kasihmu Amanahku

-Inteam-

Pernikahan menyingkap tabir rahsia
Suami isteri inginkan keluarga yang bahagia
Dan mengharapkan sebuah bahtera indah
Untuk bersama belayar ke muara

Pernikahan, menginsafkan kita
Perlunya iman dan takwa, meniti sabar dan redha
B
ila masa senang syukuri nikmat Tuhan

Susah mendatang tempuhi dengan tabah

Isteri janji telah dipateri
Diijab kabulkan dan dirahmati
Detik pertemuan dan pernikahan
Yang dihujani air mata kasih
Demi syurga Ilahi

C/o
Suami jangan menagih setia
Umpama Hajar dan setianya Zulaikha
Terimalah seadanya yang terindah
Di lubuk hatimu
Isteri adalah amanah buatmu

Pernikahan mengajar tanggung
jawab bersama suami dan isteri

Isteri hamparan dunia
Suami langit penaungnya
Isteri ladang tanaman
Suamilah pemagarnya
Isteri bagai kejora
Suami menjadi purnama
Tika isteri beri hempedu
Suami tabah menelannya

Tika suami terteguk racun
Isteri carilah penawarnya
Sungguh isteri rusuk yang rapuh
Berhati-hatilah meluruskannya

-------------------------------------------------------------------------------------------------

Dedikasi buat sahabat2 yang baru dan akan mendirikan rumahtangga...mudah-mudahan rahmat dan kasih sayang Allah sentiasa mengiringi baitul muslim yang dibina, amiinn!

--PERNIKAHAN MEMBUKA TABIR RAHSIA--

untuk suami.....renungkanlah...

Isteri yang kamu nikahi tidaklah semulia Khadijah, tidaklah setaqwa Aisyah, pun tidaklah setabah Fatimah.

Justeru isterimu hanyalah wanita akhir zaman yang punya cita-cita menjadi solehah…

Pernikahan atau perkahwinan mengajar kita kewajiban bersama.

Isteri menjadi tanah kamu langit penaungnya.

Isteri ladang tanaman kamu pemagarnya.

Isteri kiasan ternakan kamu gembalanya.

Isteri adalah murid kamu mursyidnya.

Isteri bagaikan anak kecil kamu tempat bermanjanya.

Saat isteri menjadi madu kamu teguklah sepuasnya.

Seketika isteri menjadi racun kamulah penawar bisanya.

Seandainya isteri tulang yang bengkok berhatilah meluruskannya.

Pernikahan atau perkahwinan menginsafkan kita perlunya iman dan taqwa.

Untuk belajar meniti sabar dan redha Allah s.w.t. kerana memiliki isteri yang tak sehebat mana.

Justeru kamu akan tersentak dari alpa.

Kamu bukanlah Rasulullah s.a.w.

Pun bukanlah Sayyidina Ali Karamallahhuwajhah.

Cuma suami akhir zaman yang berusaha menjadi soleh… amin..!

========================

Untuk isteri…. renungkanlah…

Suami yang menikahi kamu tidaklah semulia Muhammad saw.

Tidaklah setaqwa Ibrahim.

Pun tidak setabah Ayyub

Atau pun segagah Musa… apalagi setampan Yusuf.

Justeru suamimu hanyalah lelaki akhir zaman yang punya cita-cita membangunkan keturunan yang soleh…

Pernikahan atau perkahwinan mengajar kita kewajiban bersama.

Suami menjadi pelindung kamu penghuninya.

Suami adalah nahkoda kapal kamu pengemudinya.

Suami bagaikan pelakon yang nakal kamu adalah penonton kenakalannya.

Saat suami menjadi raja kamu nikmati anggur singgahsananya.

Seketika suami menjadi bisa kamulah penawar ubatnya.

Seandainya suami bengis lagi lancang sabarlah memperingatkannya.

Pernikahan ataupun perkahwinan mengajarkan kita perlunya iman dan taqwa. Untuk belajar meniti sabar dan redha Allah s.w.t. kerana memiliki suami yang tak segagah mana…

Justeru kamu akan tersentak dari alpa.

Kamu bukanlah Khadijah yang begitu sempurna dalam menjaga.

Pun bukanlah Hajar yang begitu setia dalam sengsara .

Cuma wanita akhir zaman yang berusaha menjadi solehah… amin!

Justeru itu wahai para suami dan isteri,

Jangan menuntut terlalu tinggi seandainya diri sendiri jelas tidak berupaya.

Mengapa mendambakan isteri sehebat Khadijah andai diri tidak semulia Rasulullah?

Mengapa mengharapkan suami setampan Yusof seandainya kasih tak setulus Zulaikha?

Tidak perlu mencari isteri secantik Balqis andai diri tidak sehebat Sulaiman,

DAN Tidak perlu mencari suami seteguh Ibrahim andai diri tidak sekuat Hajar dan Sarah.


Semoga baitul muslim yang dibentuk membantu kalian untuk terus istiqamah dalam perjuangan menegakkan agama Allah di bumi ini.

Allahu Akbar!

SAAT MUKTAMAR ITU DATANG KEMBALI!!




Malam dengan bintang bergantung di perut langit.. teman2 mula bertali arus mudik ke kota utk menghadiri muktamar.Taman Melewar spt.seorang bapa tersenyum girang menyambut tetamu yg datang dr seluruh negara.Puluhan ribu yg akan hadir,inilah saatnya kami merajut ukhuwwah dan cinta pada perjuangan.Masjid dan surau lembah kelang ini turut berkerlipan sinar kerana turut mengambil kesempatan dgn ratusan para asatizah yg hadir.


Masjid surau di sekitar Gombak dan Batu juga akan menjadi medan persinggahan,meningkatnya jemaah yg bersusun mengumam dan menasbih nama Tuhan.Solat berjemaah dan menganyam doa.


Muktamar spt sebuah pesta pertemuan alumni "sekolah besar" dgn pelbagai jalur pemikiran,bertanya khabar melepas rindu yg panjang.Juga dgn khabar sedih kehilangan rakan yg telah dijemput ke alam abadi.


Muktamar dgn titik pesona terbesar dalam setahun,merapatkan jurang pimpinan dan pengikut..kami semua menyimpul erat tali ikrar utk menegakkan agama Allah di tanah leluhur ini..rongga dada kami bergelombang saat bersenandung dgn lagu AMAL,,laungan takbir yg menakluki angkasa melantunkan ruh kami yg menyatu dgn seluruh pergerakan Islam yg lain diseluruh belahan dunia ini.


Air mata kami tumpah saat menutup tirai muktamar dgn tangan mengenggam erat dan melaungkan doa wehdah dan doa Rabitah...Tuhan,,anugerahkanlah kami kemenangan atau kami syahid dikubangan darah utk menjulang Agama ini......selamat bermuktamar teman.... Harakatul ummah ini akan terus menerjang badai jahiliah di belantara gelap politik ciptaan penguasa.

- Ust Riduan Mohd Noor-


SEMOGA REDHA DAN KASIH SAYANG ALLAH MENGIRINGI PERJALANAN MUKTAMAR TAHUNAN PAS KALI INI,

AMINNN YA RABB!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...