Pernah dengar baitul muslim? bukan baitul muslim keluarga muslim yang baru nikah tu, tapi sistem baitul muslim dalam jemaah. Maksudnya ada satu badan yang menguruskan ahli-ahli jamaah yang ingin menikah, sebagai satu langkah menjaga tata tertib dan kesucian 'baitul muslim' yang bakal dibina.
Ikhwah akhwat yang ingin menikah, perlu/mesti mengisi borang, dan kemudian diserahkan pada lujnah 'baitul muslim', dan mereka ini dipasangkan mengikut kesesuaian dari segi gerak kerja, sifat dan lain-lain, kemudian ditemukan untuk berta'aruf, dengan kehadiran orang perantara.
Bunyinya nampak macam indah, subhanallah.. itulah kesucian Islam. Tapi ada satu masalah besar yang melanda lujnah-lujnah yang semacam ini, rasanya semua dapat mengagak, iaitu fenomena akhwat jauh lebih ramai yang mengisi borang berbanding ikhwah.
"Dunia ni perempuan semakin ramai, biasalah tu."
Tapi bila diteliti, dari segi pendataan, pada program-program, macam sama banyak ikhwah dengan akhwat. Tapi dimana ikhwah? Saya dah tak larat untuk berhusnu zon dengan mereka ini, kerana banyak kejadian-kejadian di depan mata saya, dan juga luahan dari makcik-makcik dan pakcik-pakcik.
Bak kata seorang makcik, yang tidak ingin dikenali, katanya "Sistem ada, tapi orang tak go through sistem. Biarlah proposal atau standard of procedure hebat macam mana pun, menang award sekalipun kalau orang tak guna sama saja macam takda. Bukan masalah sistem, tapi customer kepada sistem yang bermasalah."
Ya, bila daie sudah tidak percaya pada sistem, inilah padahnya. Sistem yang sepatutnya bertindak sebagai sebuah wasilah untuk menjaga kesucian muamalah lelaki perempuan akhirnya telah diratah awal-awal sebelum prosesnya lagi. Waktu-waktu berdakwah sebenarnya digunakan sepenuhnya untuk mengisi hati dengan menghala dada pada panahan syaitan. Di kala orang mencari redho Allah, mereka ini mencari pasangan.
Mentang-mentang janji Allah perempuan baik untuk lelaki baik, lalu datanglah konsep berdakwah kerana ingin jadi baik kerana ingin perempuan baik. Itu sahaja tujuannya. Tarbiyah jiwanya entah ke mana, keaslian dakwahnya jauh menghilang, diteruskan juga kerjanya dengan hati yang penuh mengharap. Tapi bukan mengharap rahmat Allah.
"Moga satu hari nanti akan ku temui cinta itu ya Allah.." katanya dengan penuh harap seperti cinta Allah itu baginya tiada makna apa-apa.
Sepanjang masa dalam hidupnya, itulah yang menjadi moto. Lalu sama-sama kita check and balance, kalau rasa terhantuk la. Kalau tak, alhamdulillah. Selama ini bagaimana perilaku kita dalam dakwah. Hanya kita saja yang tahu siapa diri kita yang sebenar selain Allah yang Maha Tahu.
Program bercampur ikhwah dan akhwat. Meeting bersama-sama, orang tu buat lawak, si dia gelak. sms dan call itu keperluan katanya. Sebab itu saya kata menghala dada kepada panahan syaitan. Sehingga sampai satu tahap ikhwah akhwat berbalas sms bertanya khabar, wish itu wish ini memberi nasihat dan lain-lain. Katanya kalau nasihat takpa, yang tak boleh bermadu asmara. Aduh, macam babi yang dipakaikan baju ayam. Dan ada yang saya lihat sendiri di tempat belajar saya siap bertukar hadiah hari jadi.
Belum lagi dikira kommunikasi di alam maya. Friendster, facebook, blog, dan lain-lain. Katanya jadi wasilah untuk berdakwah. Tapi ternyata hanya kulitnya sahaja. Tulisan atau paparan hanya untuk menarik orang. Jauh sekali cuba untuk benar-benar ikhlas. Bila dapat komen gelak tawa, mulut jadi lebar. Bahasanya indah sekali, akhi dan ukhti. Tapi isinya bukan sahaja kosong, tapi terlalu kotor bagi diri yang menggelar diri mereka da'ie.
Bila hati dah parah, macam orang hisap rokok boleh xray, tapi hati macam ni tak boleh xray, lalu sampailah adegan lamar-melamar. Yang ikhwan seronok dan rasa sungguh lelaki dengan tindakannya melamar terus si akhwat. Si akhwat langsung dalam delima, ini betul atau salah? Lalu dengan sepenuh hati, istikharah jadi jalan penyelsaian.
Sekarang kita dapat melihat kesannya secara jelas. Sistem baitul muslim dilambaki akhwat-akhwat yang rasa dirinya tak mampu nak cari sendiri, atau rasa-rasa tak laku (i.allah lebih ramai yang ikhlas). Yang ikhwannya samada menikah dengan pilihan akal dan otak yang ditune oleh syaitan lalu selepas nikah langsung menyepi dari arena dakwah, dan ada juga yang menikahi perempuan biasa, yang dapat memuaskan nafsu pandangan matanya, dengan alasan nanti boleh ditarbiyah, tambah akhwat lagi. Dan akhwat juga terpaksa tunggu giliran di kaunter baitul muslim. Dua-dua terkena tempiasnya.
Astaghfirullah, na'uzubillah min zalik. Mudah-mudah segala tekaan saya sekadar inferense awal yang salah. Jika betul, sama-sama kita perbaiki diri kita. Ikhlaskan niat kita dalam berdakwah. Tingkatkan amal ibadah kita. Jangan jadi orang bodoh sombong bila rasa seronok, kita terima. Bila rasa sakit terhantuk, langsung marah-marah dan terus menolak.
WA
sumber: http://www.halaqah-online.com/v3/index.php?option=com_content&view=article&id=685:baitul-muslim&catid=36:tazkiyatun-nafs&Itemid=84
demikian pandangan sesetengah pihak tentang Unit Baitul Muslim yg kurang berfungsi pada masa kini...huu....jom sama2 kita ambil iktibar & muhasabah andai ada yg telah terbabas & tergelincir dari landasan Islam yg sebenar....Astaghfirullahal'azim...moga2 ALLAH masih membuka pintu taubat buat kita semua....
No comments:
Post a Comment