GARIS PANDUAN UNTUK PEMEGANG LESEN JENIS A

A) PENGENALAN

Takrif Lesen A:

Lesen yang dikeluarkan untuk Ahli Farmasi berdaftar dengan Lembaga Farmasi Malaysia untuk mengimport, menyimpan dan berurusniaga dengan semua racun yang disenaraikan dalam Jadual Pertama Akta Racun 1952 secara runcit sahaja atau borong sahaja atau borong dan runcit.

B) CARA PERMOHONAN LESEN

  1. Mengisi borang permohonan Lesen A yang boleh diperolehi daripada laman web www.pharmacy.gov.my atau www.jknkl.moh.gov.my atau di pejabat Cawangan Penguatkuasa Farmasi Kuala Lumpur. Permohonan perlu dikemukakan sendiri oleh pemohon. Penghantaran permohonan secara pos atau ’despatch’ tidak diterima.
  2. Lengkapkan borang permohonan dan kemukakan bersama-sama dengan semua dokumen-dokumen sokongan yang disenaraikan dalam borang permohonan.Bagi premis baru, premis hendaklah sedia untuk diperiksa semasa permohonan dikemukakan.
  3. Borang permohonan yang tidak lengkap dan premis yang tidak bersedia (premis baru) serta tidak memenuhi keperluan permohonan lesen akan dikembalikan.

C) KEPERLUAN PERMOHONAN

  • Lokasi :
    • Premis mestilah terletak di dalam kawasan pengurusan Majlis Tempatan.
    • Tidak berkongsi premis dengan perniagaan lain.
  • Ruang Perniagaan:
  • Runcit Sahaja
    • Sila rujuk Panduan Penanda Aras Farmasi Komuniti yang dikeluarkan oleh Bahagian Perkhimatan Farmasi, KKM pada tahun 2005
    • Menyediakan ruang khas untuk kaunseling ubat-ubatan (bilik kaunseling).
    • Menyediakan kaunter mendispen/ kaunter preskripsi.
    • Menyediakan kabinet / rak berkunci di kawasan kaunter preskripsi yang tidak mudah dicapai/ dimasuki oleh pelanggan (kawasan preskripsi tertutup) bagi tujuan menyimpan semua racun berjadual
  • Borong Sahaja
    • Menyediakan satu stor berkunci untuk menyimpan bahan-bahan yang mengandungi racun berjadual yang berasingan dengan bahan-bahan lain.
  • Borong Dan Runcit
    • Memenuhi keperluan–keperluan kedua-dua premis runcit dan borong di atas.
  • Pemohon haruslah sentiasa menjaga kebersihan dan keselamatan premis.
  • Papan Tanda utama haruslah hanya mempamerkan profesyen FARMASI, DISPENSARY atau nama lain yang membawa maksud yang sama dan mempunyai saiz sekurang-kurangnya 80% daripada saiz keseluruhan papan anda termasuklah logo atau slogan syarikat (jika ada).
  • Buku Rekod / Dokumen
Jenis Lesen Dokumen/Rekod Runcit sahaja Borong sahaja Borong
A) Buku Preskripsi


B) Buku Rekod Jualan Borong


C) Daftar Preskripsi Bahan Psikotropik


D) Daftar Bekalan Bahan Psikotropik


E) Daftar Dadah Berbahaya

F) Buku Harian Dadah Berbahaya

G) Buku Rekod Berasingan Sediaan Yang Mengandungi Dextromethorphan


H) Fail Pesanan Asal (PSO)


D) PIAGAM PELANGGAN

  1. Setiap permohonan baru, lesen/permit racun yang LENGKAP akan diproses dalam tempoh 10 hari bekerja kecuali bagi permohonan pembaharuan.
  2. Setiap permohonan yang telah siap akan dimaklumkan kepada pemohon melalui surat dan lesen yang tidak diambil selepas 30 hari dari tarikh surat akan terbatal dengan sendirinya

E) PEMBATALAN LESEN

  1. Pembatalan lesen perlu dibuat jika pelesen bertukar@berhenti/perubahan nama dan alamat premis/perubahan pada senarai racun.
  2. Permohonan pembatalan lesen perlu dilakukan sekurang-kurangnya dalam tempoh 14 hari sebelum tarikh pembatalan lesen berkuatkuasa dan mengembalikan lesen asal kepada jabatan ini.
  3. Sekiranya tiada pengganti, pelesen perlu menyediakan senarai stok racun dan dikemukakan bersama dengan permohonan pembatalan. Satu pemeriksaan oleh Pegawai Penguatkuasa Farmasi akan dilakukan sebelum pembatalan lesen dilakukan.

F) PERINGATAN

  1. Pemohon dikehendaki mematuhi semua peruntukan yang terkandung dalam Akta Racun 1952 dan Akta Jualan Dadah 1952 serta syarat-syarat lesen yang ditetapkan termasuklah syarat perlabelan racun, penjualan dan penyimpanan racun.
  2. Pemohon dilarang menjalankan transaksi racun berjadual sebelum menerima lesen racun dari jabatan ini.
  3. Bagi premis baru, pemohon tidak dibenarkan menyimpan racun berjadual sebelum memperolehi lesen racun dari jabatan ini.
  4. Pemegang lesen hanya dibenarkan berkhidmat di alamat yang ditetapkan dalam lesen.
  5. Pemegang lesen hanya dibenarkan menyimpan racun berjadual di alamat yang ditetapkan dalam lesen berkenaan sahaja.
  6. Ahli Farmasi sambilan ( locum ) hanya dibenarkan bagi premis farmasi runcit yang mempunyai Ahli Farmasi tetap sahaja.
  7. Pemegang lesen dikehendaki mempamerkan dengan jelas Sijil Perakuan Pengekalan Tahunan di tempat berkhidmat (Seksyen 12(1)(b) Akta Pendaftaran Ahli Farmasi 1951).
  8. Bagi permohonan pembaharuan lesen, adalah menjadi tanggungjawab pemegang lesen sendiri untuk mengemukakan borong permohonan lengkap ke jabatan ini sebelum 1 Oktober setiap tahun.
  9. Permohonan pembaharuan yang lewat dikemukakan akan menyebabkan lesen tidak dapat diproses dan dikeluarkan sebelum 1 Januari tahun berikutnya dan pemohon dilarang mengendalikan sebarang transaksi racun tanpa lesen dan tindakan undang-undang boleh dikenakan ke atas pemohon.
sumber:http://jknkl.moh.gov.my/v2/bahagian-bahagian/farmasi/permohonan-lesen-racun/garis-panduan-untuk-pemegang-lesen-jenis-a/

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...