ISLAM AKAN SENTIASA MENANG

Keputusan Penuh Pilihanraya Negeri Sarawak

Keputusan keseluruhannya, BN memenangi 55 kerusi, DAP (12), PKR (3) dan Bebas (1). Keputusan itu menunjukkan BN kehilangan lapan kerusi, berbanding 63 kerusi yang dimenanginya pada 2006.

DAP menambah enam kerusi kepada 12 kerusi, manakala PKR juga menambah satu kerusi menjadi tiga. DAP dan PKR juga menyapu bersih semua lima kerusi di Kuching. Jumlah pemilih keluar mengundi ialah 70 peratus.

Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), BN mendapat undi terbanyak dengan 372,379 undi, diikuti DAP (134,847), Snap (15,663), PKR (117,100), PAS (9,719), PCM (2,895) dan Bebas (20,064). Manakala seramai 71 calon telah hilang wang deposit. -Malaysiakini-


Wahai pendokong dan pejuang Islam,
ketahuilah bahawasanya ISLAM TAK PERNAH KALAH,
ISLAM AKAN SENTIASA MENANG & MENANG & TERUS MENANG..

"kerana perjuangan Islam itu hanya berakhir dengan
SYAHID ataupun KEMENANGAN"


"Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan harta benda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada besertanya: "Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?"
Ketahuilah, sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat
(asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada ugama Allah)."
(2:214)


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...