Mati Itu Pasti, Usah Didustakan Lagi!!

Allahu Akbar.. dalam menghadapi kesibukan final exam yang sgt padat, tiba-tiba tersentak seketika apabila terbaca post di blog seorang sahabat tentang kematian.. ya, tersentak dari lamunan kelalaian dunia...kelalaian akibat wujudnya dalam diri symptom2 virus kasihkan dunia yg sementara.. Allahu Rabbi.. terima kasih sahabat!

"dunia ibarat air laut,
diminum hanya menambah haus"

ya, DUNIA memang begitu sifatnya.. semakin dikejar semakin tidak puas..sampai bila-bila pun tak akan pernah cukup..tapi sungguh menyedihkan, berapa ramai di antara kita yg sedar akan hakikat dunia tapi seringkali tertipu dgn nikmat sementara..

"Allah meluaskan rezeki dan menyempitkannya bagi siapa yang Dia kehendaki. Mereka bergembira dengan kehidupan dunia, padahal kehidupan dunia itu (berbanding dengan) kehidupan akhirat, hanyalah kesenangan (yang sedikit)". (surah Ar-Ra'd: 26)

"Saudara-saudara dapat menyaksikan sendiri bahawa ramai orang yang tertipu dengan dunia, padahal orang yang layak bergembira tidak lain kecuali orang yang selamat daripada siksaan Allah SWT dan orang yang lepas dari tragedi hari qiamat."
-Khalifah Umar Abdul Aziz-

semua antara kita mengetahui bahawa dunia ni hanya persinggahan yg sementara dan semua org beriman mengimani bahawa MATI ITU PASTI.. tapi masih tidak segan silu melakukan maksiat saban hari dan saban waktu..sibuk memikirkan hal2 dunia sehingga lalai daripada mengingati PENCIPTA dunia, PENCIPTA kita dan PENCIPTA segala-galanya di alam ini..

kadang kala sibuk memikirkan itu dan ini sehingga hilang kekhusyukan dalam solat..sibuk itu, sibuk ini, sibuk dgn pelbagai perkara.. ya Allah, cukup berimankah kita dgn kematian?? andai benar kita beriman dgn benarnya kematian, pasti satu saat pun tak akan kita bazirkan utk perkara yg melalaikan.. setiap saat akan kita digunakan utk menanam hasil utk dituai di akhirat kelak..

Allahu Rabbi..yakinlah wahai diri yg lalai, sungguh! KEMATIAN ITU PASTI..telah dicatatkan di dalam Al Quran yg mulia sejak sekian lama.


فَإِذَا جَاء أَجَلُهُمْ لاَ يَسْتَأْخِرُونَ سَاعَةً وَلاَ يَسْتَقْدِمُونَ

Maksudnya :"Maka apabila telah datang waktunya mereka tidak dapat mengundurkannya barang sesaatpun dan tidak dapat (pula) me
majukannya." (al-A'araf : 34)


Sebuah hadis Nabi s.a.w yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Abbas r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:

“Bahawa malaikat maut memerhati wajah setiap manusia di muka bumi ini 70 kali dalam sehari. Ketika Izrail datang merenung wajah seseorang, didapati orang itu ada yang sedang gelak ketawa.

Maka berkata Izrail: Alangkah hairannya aku melihat orang ini, sedangkan aku diutus oleh Allah Taala untuk mencabut nyawanya, tetapi dia masih berseronok-
seronok bergelak ketawa.”



Allahu Rabbi..terima kasih ya Allah ats peringatan ini..sungguh, kematian ialah sebaik-baik tazkirah utk diri yg lalai..

Dari riwayat an-Nasa'i ra dari Abu Hurairah ra, Rasulullah saw bersabda yang maksudnya " Selalulah bagimu mengingati akan sesuatu yang melenyapkan nikmat-nikmat " iaitu Kematian. Hadis ini juga diriwayatkan oleh Ibnu Majah dan at Tarmidzi.

Diriwayatkan oleh at Thabrani dan Ibnu Majah dari Umar bahawa ia berkata, " Ketika kami sedang duduk bersama Rasulullah, tiba-tiba muncul seorang sahabat Ansar, setelah mengucapkan salam ia pun bertanya " Rasulullah, siapakah orang mukmin yang terbaik ? Rasulullah menjawab, "Yang paling baik akhlaknya". Kemudian ia bertanya lagi, "Siapakah orang mukmin yang paling bijak sekali ? Rasulullah menjawab, " Yang selalu mengingati kematian dan yang mempunyai persiapan terbaik untuk menyambut apa yang akan terjadi sesudahnya".

memang benar, mengingati mati akan melenyapkan nikmat2 dunia yang palsu...ingat mati, kita akan tersedar dari lamunan dunia..jom sama-sama muhasabah & koreksi diri kita.. ketahuilah bahawasanya masa yang berbaki utk kita di dunia ni tidak panjang..entah esok, entah lusa, entah sekejap lagi kita akan dijemput menghadapNYA.. bersediakah kita?? tepuk dada, tanyalah iman..

hidup ini hanya sekali, hargailah ia sebaiknya..kejarlah akhirat, nescaya dunia akan datang kepadamu..tapi janganlah mengejar dunia, kerana pasti akhirat akan jauh daripadamu..

"Wahai diri, hari ini selangkah kamu semakin dekat dengan kematian..apakah sudah cukup bekal yang akan dibawa menghadapnya?? Allahu Allah.."

"Beku air mata kerana kerasnya hati,
Kerasnya hati kerana banyaknya dosa,
Banyaknya dosa kerana panjangnya angan-angan,
Panjangnya angan-angan kerana LUPAKAN MATI.

Lupakan mati kerana CINTAKAN DUNIA."


Wallahu'alam!



1 comment:

  1. Subhanallah! Syukran Aisyah ats perkongsian MATI ini. Selalu kita lupakan mati kan? Moga kita dpt menjadi manusia yg bijak. Jazakillah dik!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...