UMAR MUKHTAR : PEJUANG KEMERDEKAAN LIBYA

Umar Mukhtar adalah ‘Hero’ umat Islam, yang sememangnya pernah wujud. Bukan lagenda, bukan khayalan seperti filem Rambo. Bukan cerita The Last Samurai. Tetapi Umar Mukhtar sememangnya hero yang benar-benar wujud suatu ketika dahulu, menjadi pejuang Islam ketika itu. Hal ini dapat kita telusuri apabila kita melangkah sejenak ke tahun 1892, kita menyingkap sejarah tentang kelahiran seorang bayi serba dhaif di sebuah kampung pada zaman pemerintahan Khilafah Uthmaniyyah. Selepas ayahnya meninggal dunia pada usianya 16 tahun, anak muda ini diletakkan di bawah asuhan dan perhatian seorang syeikh (guru).

Berkat didikan syeikh tersebut, lama kelamaan beliau mula mengamalkan cara hidup Islamiyyah di mana beliau hanya tidur selama 3 jam setiap malam agar mudah bagi beliau untuk bangun solat pada sepertiga malam.

Tidak cukup sekadar itu, beliau juga gemar membaca ayat-ayat suci Al Quran hingga fajar menyinsing. Walaupun menghadapi pelbagai kesukaran sepanjang hidupnya, beliau berjaya menghafaz Al Quran, dan mengulanginya dengan lengkap setiap tujuh hari. Keberanian dan kebijaksaan beliau memang dikenali di setiap pelusuk daerah. Malah, beliau menjadi ikutan dan contoh kepada orang ramai pada ketika itu. Bukti keistimewaan beliau terserlah pada ketika beliau berkafilah (berdagang) ke Sudan semasa beliau masih muda. Ditakdirkan Tuhan, seekor singa telah menghalang kumpulan kafilah-kafilah ini daripada memasuki satu laluan sehingga mereka terpaksa mengubah hala mereka kerana takut akan si singa tadi. Untuk menyelamatkan diri, ada yang terpaksa mengorbankan unta mereka sebagai percubaan terakhir untuk melepaskan diri, walaupun unta pada ketika itu merupakan salah satu harta yang berharga buat mereka.

Beliau yang mengetahui tentang ancaman singa berkenaan, lantas tampil untuk cuba meleraikan kekecohan. Tidak seperti kafilah-kafilah lain yang buntu mencari jalan penyelesaian, beliau tangkas menunggang kudanya bersama senapang beliau dan memburu singa tersebut. Sejurus kemudian, beliau mengejutkan kumpulan-kumpulan kafilah tadi apabila pulang dengan membawa kepala singa berkenaan. Mereka sangat bersyukur akan pengorbanan yang dilakukan beliau dan sejak dari itu lah beliau digelar ”Singa Cyrenaica”.

Dibesarkan dengan ajaran agama dan diserapkan dengan nilai-nilai keberanian seorang pahlawan, telah memberi impak yang hebat buat beliau. Akhlak dan karisma yang dimiliki bukan hanya memberi kesan pada kaum, negara dan bangsanya, malah kepada umat Islam sedunia selepas zaman penjajahan.

Apabila umur beliau menjangkau lingkungan 20-an, beliau semakin dikenali berikutan kematangan dan kehandalan beliau dalam menyelesaikan sesuatu masalah yang ditimbulkan suku bangsa beliau pada ketika itu. Pandangan serta nasihat beliau didengari oleh setiap penduduk kampung tidak kira di mana beliau berada. Kesopanan dan tata tertib yang dipamerkan dalam sikapnya yang disenangi ramai, memang cukup disegani. Kepetahan beliau tatkala berbicara, susunan ayat yang teratur, membuatkan orang ramai tertarik untuk mendengar ucapan mahupun ceramah yang disampaikan beliau. Keunikan inilah yang menjadi aset untuk beliau menyatukan puak-puak pada ketika itu di samping memudahkan usaha beliau untuk mengumpul kumpulan perang bagi melawan penjajah-penjajah yang datang untuk mengambil alih pemerintahan pada ketika itu.

Pada usia beliau 30-an, bermulalah zaman penjajahan yang mula berkembang ke seluruh pelusuk dunia. Fenomena ini telah membayangi kehidupan beliau untul tampil bertindak. Pada ketika dunia dirosakkan oleh anasir-anasir Eropah, beliau bangkit mempertahankan kedaulatan Islam dengan semangat kentalnya. Beliau bersama-sama dengan satu kumpulan bernama Banu Sanus, yang selepas itu dikenali dgn nama Sanusi, menentang penjajahan Perancis tanpa rasa takut walau sedikit pun. Mereka juga pernah menentang penjajah-penjajah Inggeris yang diselubungi rasa tamak dan haloba untuk menakluki tanah air mereka.

Apabila Itali bersekongkol dengan negara-negara Eropah yang lain dalam membuat kacau-bilau di hemisfera Selatan dengan menjajah Afrika Utara, beliau yang ketika itu sudah pun menjangkau usia 50-an, mula mengumpulkan pejuang-pejuang bagi menentang penjajahan di tanah air mereka, Libya. Itali yang mula resah akan tindakan berani beliau dan pengikut-pengikutnya, mula mengatur strategi dengan cuba untuk merasuah beliau agar menyerah diri, dan menerima tawaran mereka untuk mentadbir dengan jawatan tinggi dalam kerajaan, selain menjanjikan harta kekayaan buat beliau.

Taktik kotor mereka ditolak mentah-mentah. Kata-kata beliau terhadap mereka ketika itu yang amat terkenal berbunyi, "Saya bukannya orang yang mudah dipengaruhi. Betapa kuat cabaran dan desakan mereka untuk mengubah pendapat dan kepercayaan saya, Allah tidak akan mengizinkannya".

Gagal dengan strategi pertama, Itali mula menggunakan taktir kotor kedua mereka dengan menggesa beliau supaya meninggalkan bandar kediamannya, dan berpindah ke bandar yang lain berhampiran dengan pusat pemerintahan kerajaan. Tidak cukup dengan itu, mereka juga cuba menawan hati beliau dengan menawarkan gaji bulanan yang tinggi supaya beliau akur dengan kehendak mereka. Walaubagaimanapun, sekali lagi usaha mereka gagal apabila beliau menolak dengan berkata, "Tidak! Aku sesekali tidak akan meninggalkan tanah airku sehinggalah tiba waktunya aku bertemu Tuhanku. Ajal adalah perkara yang paling hampir denganku berbanding yang lain. Aku menunggunya setiap waktu".

Keazaman dan kesungguhan beliau untuk menentang penjajahan walaupun pada usia 70-an telah berjaya membakar semangat bangsa dan kaum beliau untuk terus berjuang walaupun menderita. Beliau berikan mereka harapan dan keyakinan bagi menentang bala tentera penjajah yang jauh lebih ramai daripada pejuang-pejuang mereka sendiri. Di kala pihak penjajah dilengkapi alat-alat kelengkapan perang serba moden dan canggih, pejuang-pejuang ini tabah menahan lapar dan dahaga berbekalkan hanya senjata dan kuda-kuda mereka. Selepas kedudukannya kukuh, golongan Ummah mula mengelilinginya. Beliau berjaya menyerang bangsa Itali pada tempat kelemahan mereka. Beliau menyerang balas dengan tegas dan pantas terhadap golongan penjajah yang menyangka menguasai tanah orang Islam dan menindas mereka merupakan suatu kerja yang mudah.

Muhammad Az Zaway, seorang pahlawan yang dulunya pernah bersama beliau memerangi tentera Perancis, cuba memujuk beliau untuk berundur ke Mesir dengan pejuang-pejuang yang lain. Tetapi beliau enggan untuk menyerah kalah walaupun mengetahui bahawa peluang beliau semakin tipis untuk mengalahkan musuh yang boleh menghapuskan beliau dalam sekelip mata dek kerana bilangan mereka yang semakin bertambah dari semasa ke semasa.

Bila ditanya, mengapa beliau masih setia berjuang, beliau menyatakan yang beliau berjuang kerana agama dan beliau tidak sanggup untuk melihat pihak musuh menduduki tanah airnya. Beliau akan terus menentang dan menentang kezaliman, tidak kira sama ada menang atau kalah. Yang pasti, kejayaan datang hanya dari Allah Taala. Beliau juga menolak untuk mengadakan perundingan damai dengan pihak penjajah dengan menyatakan bahawa 'mereka tidak mempunyai apa-apa melainkan untuk melawan musuh-musuh Allah'.

Selepas mengharungi beberapa peperangan yang tidak terkira banyaknya, akhirnya beliau tewas juga di tangan musuh. Di akhir peperangan tersebut, tinggal hanya beliau serta salah seorang pengikut setianya yang masih teguh berdiri di medan perang. Pejuang yang dihormati ini percaya bahawa jihad adalah disyariatkan pada setiap umat Islam sekiranya tanah air mereka dikuasai penjajah. Dengan semangat yang berkobar di dalam jiwanya, di samping keberanian dan sifat kesungguhan yang tinggi, menyebabkan beliau dihormati dan disegani oleh sesiapa saja termasuklah musuh-musuh beliau sendiri.

Pegawai tentera yang menyoal siasat beliau berkata, "Apabila beliau tiba sampai ke pejabat saya, beliau kelihatan seperti seorang daripada beribu murabitin yang saya lihat di medan perang padang pasir. Tangan beliau dirantai. Tulangnya patah akibat perang tetapi beliau memaksa dirinya berjalan dalam keadaan derita kesakitan. Beliau tidak seperti tawanan lain yang biasa ditangkap sebelum ini. Beliau berdiri di dalam pejabat saya dan menjawab segala soalan yang kami kemukakan dengan suara yang tenang dan jelas. Apabila beliau mahu mula beredar, tampak mukanya yang kelihatan bercahaya membuat saya terpegun dan terkejut. Terketar bicara saya di akhir perbualan kami semasa saya mengarah beliau kembali ke sel penjaranya sebelum upacara pengadilan di mahkamah pada sebelah petangnya".

Golongan yang menyerah kalah dan para ilmuan yang telah berpihak kepada kerajaan Itali tidak dibunuh ataupun dipenjarakan. Mereka mati dalam keadaan biasa dan mugkin di dalam keadaan mewah dan selesa, di bawah perlindungan golongan penjajah Itali. Namun demikian, kematian mereka tidak membawa sebarang erti. Dan, Neraka Jahanam adalah tempat bagi mereka yang bersekongkol dengan golongan penjajah yang kafir. Umar Mukhtar hidup dan berjuang demi Islam sepanjang hayatnya. Beliau diikat, dipenjarakan, dan dihukum gantung. Namun, cerita keperwiraannya kekal berterusan, dan insyaAllah, Syurga adalah tempat bagi mereka yang syahid.

Umar Al Mukhtar terikat kepada Allah Taala, bergantung hidup padaNya, dan sentiasa menerima takdir Ilahi. Beliau telah meminta daripada Allah Taala untuk mati syahid, dan itulah yang telah beliau capai, InsyaAllah.


sumber: Tarbawi.My

Sekadar Perkongsian: Tazkirah Ramadhan Ust Hazmi

Tarikh : 24 Ramadhan 1432H, 23 Ogos 2011

Tempat: Musolla Ar Raudhah

Tajuk : KEPENTINGAN TAZKIRAH


Sebab apa tazkirah penting??


1.amalan yg akan mndekatkan diri kpd Allah adalah n amalan yg Allah cinta.


Daripada Abu Hurairah r.a. beliau berkata: Rasulullah SAW telah bersabda:

Sesungguhnya Allah Ta'ala telah berfirman: Barangsiapa yang memusuhi seorang waliKu, maka Aku akan isytiharkan perang terhadapnya. Seorang hambaKu tidak bertaqqarub (iaitu menghampirkan dirinya) kepadaKu dengan suatu amalan yang lebih Aku sukai lebih daripada
amalan yang Aku fardhukan ke atasnya. Seseorang hamba sentiasa bertaqqarub dirinya kepadaKu, dengan amalan-amalan sunat sehingga Aku mencintainya. Apabila Aku sudah mencintainya, maka jadilah Aku pendengarannya yang dia mendengar sesuatu dengannya, jadilah Aku penglihatannya yang dia melihat sesuatu dengannya, jadilah Aku tangannya yang dengannya dia melakukan kerja, jadilah Aku kakinya yang dengannya dia berjalan. Sekiranya dia meminta daripadaKu Aku akan kurniakannya dan sekiranya dia meminta perlindungan dariKu nescaya Aku akan melindunginya. (HR Bukhari)


- tazkirah adalah majlis ilmu --> amalan kefardhuan --> fardhu sentiasa mengatasi amalan sunat (termasuk baca Quran, tarawikh dsbg)

- tazkirah ni ada 2 kefardhuan; ilmu & dakwah


2. Ramadhan= Shahr Quran


- Rukun Iman sentiasa mengatasi Rukun Islam. beriman dgn Quran lebih utama dr amln2 lain even kita bermunajat pada mlm Lailatul Qadr di dpn Kaabah dlm Masjidil Haram

- Al Quran bukan utk ditadarus sahaja tp "hudallinnas" (petunjuk),


jadi AL QURAN = TAZKIRAH


- kalau bangsa Arab, bace n dgr ayat Quran pn cukup dh utk jd tazkirah kpD mereka sbb Quran dlm bahasa Arab n mereka faham yg dibaca oleh imam dlm solat. Rasulullah suke bace ayt panjang dlm solat sbb Rasulullah sukakan tazkirah. tp org melayu kalau tadarus n dgr je Al Quran tu blum jd tazkirah. (tp perlu dihuraikan dlm bahasa melayu)


-kenapa tazkirah Ramadhan tak hurai ayat yg imam baca masa tarawikh??


sbb Al Quran jg begitu..walaupun surah pertama surah Al Fatihah n surah terakhir surah An Nas tp wahyu or ayat Al Quran tak turun ikut urutan tu. Ayat Quran turun ikut Asbabun Nuzul, kalau istilah kita keadaan semasa atau realiti yg berlaku dlm sesuatu masa. pendek kate, ikut ISU SEMASA


-jd xperlu pelik kalau tazkirah Ramadhan tak hurai ayat yg Imam baca tp cerita ttg isu semasa sbb Al Quran pn turun mcm tu..:)


3. ust huraikan ayat 114 Al Baqarah


"Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang-orang yang menyekat dan menghalang daripada menggunakan masjid-masjid Allah untuk (sembahyang dan) menyebut / mengingati nama Allah di dalamnya, dan dia berusaha pula untuk meruntuhkan masjid-masjid itu? Orang-orang yang demikian, tidak sepatutnya masuk ke dalam masjid-masjid itu melainkan dengan rasa penuh hormat dan takut kepada Allah (bukan secara yang mereka lakukan itu). Mereka (dengan perbuatan itu) akan beroleh kehinaan di dunia, dan di akhirat kelak mereka mendapat azab seksa yang amat besar."


- zikrullah yg dimaksudkan dlm ayat ni termasuklah solat, zikir, baca Quran dan majlis ilmu. sbb pe majlis ilmu termasuk, dalilnya (maaf xleh taip jawi) ;


1)ayat "Fas'au ila zikrillah.." dlm surah al Jumuah refer pd khutbah Jumaat, jd zikrullah blh bawa maksud pd ilmu


2) ayat " fas alu ahla zikri in kuntum la ta'lamun" ahla zikr kt sini refer pd org yg berilmu, jd zikrullah jg bw maksd ilmu.


jd ni dalil menunjukkan yg majlis ilmu ni penting!!


last but not least >>> ISU SEMASA


1) isu pasang bacaan Quran guna pembesar suara sebelum Subuh


-ust kate kalau dlm kampung tu ada masy majmuk n mmg akan ganggu org non-muslim n anak2 kecil dsbg, xblh pasang. dalil, Rasulullah pnh larang sahabat mengaji kuat. (maaf xigt hadis yg ust baca smlm)


- tp kalau satu kampung suke dgr ayat Quran pagi2 n tak ganggu sape2, silakan pasang..:)


2) isu murtad di Selangor


-kes murtad ni bukan punca 2, 3 taun ni tp kesan kejahilan dh lebih 10-15 taun yg lepas


-yg bising2 skang ni tu, nape diam masa enakmen murtad dipinda dlm parlimen satu masa dulu??


-ust jelaskan balik maksud murtad>> tinggal atau keluar agama


- sbb pe ada yg berani isytihar tinggal agama? sbb pemimpin sendiri tinggal agama. tinggal agama dlm perundangan, politik, ekonomin even akhlak sekalipun (eg: isu ttg liwat dsbg)


-kita yg mmg x menarik org kpd Islam, jgn pelik kalau rmai yg murtad. kita (baca:pihak tertentu) yg larang org non muslim baca Quran, larang non muslim masuk masjid, larang imam doakan pemimpin non muslim dapat hidayah dsbg, mcmane non muslim nk tertarik kpd islam. spttnya islam bkn mcm tu.


-dh 50 taun kita berkawan dgn non muslim tp masih tak bleh nk tunjuk tauladan yg baik pd mereka.



KESIMPULAN


Punca berlaku KEKELIRUAN DAN KECELARUAN DLM MASYARAKAT >>> JAHIL


Punca JAHIL>>> TAK SUKA TAZKIRAH


PENYELESAIAN >>> balik kpd AL QURAN


- dr dpertandingkan dlm musabaqah --> amalkan dlm kehidupan


- zmn Rasulullah>> org tertarik kpd Islam krn indahnya sistem Islam yg diamalkan


- hidupkan Al Quran krn

1) Allah muliakn Ramadhan bukan kerana puasa atau tarawikh tp kerana al Quran. dalil: ayat Al Baqarah 185

2) Allah muliakan Lailatul Qadr jg kerana Al Quran. dalil: Surah Al Qadr




~ ini sahaja yg dapat hamba kongsikan scrt ringkas. mohon perbetulkan andai ada yg silap. moga bermanfaat utk semua. Allahu 'alam. :)

Mari Berinfaq!

Bismillahi walhamdulillah.

Ramadhan semakin cepat meninggalkan kita. Sempena bulan yang mulia ini, mari kita topup akaun pahala kita sebelum kita terlambat, kerana perlu diingat bahawa ajal kita boleh datang pada bila masa sahaja.

Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi Muhammad s.a.w bersabda: "Apabila seorang anak Adam mati putuslah amalnyakecuali tiga perkara: sedekah jariah atau ilmu yang memberi manfaat kepada orang lain atau anak yang soleh yang berdoa untuknya."
(Hadith Sahih - Riwayat Muslim dan lain-lainnya)

Hadith ini juga diriwayatkan dengan lafaz yang lain seperti berikut:

Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Apabila seorang manusia mati , putuslah (tulisan pahala) amalan (setakat itu) (1) Kecuali tiga perkara (yang akan berlanjutan tulisan pahalanya) iaitu sedekah jariah atau ilmu memberi kepada yang faedah orang lain atau anak yang soleh yang berdoa untuknya." (2)
(Hadith Sahih - Riwayat Imam Ahmad)

"Sedekah jariah" ialah harta benda yang diwaqafkan kerana Allah Taala, seperti:

(1) Mewaqafkan sebuah kebun bersama hasil tanamannya untuk kebajikan umum. Atau mewaqafkan sebidang tanah untuk menjadi tapak masjid, surau, rumah anak yatim, madrasah, sekolah dan sebagainya.
(2) Mendirikan - atau berkhairat ala kadarnya untuk mendirikan masjid surau, rumah anak yatim, madrasah, sekolah dan sebagainya.
(3) Mendirikan rumah waqaf untuk kaum kerabat sahaja atau umum untuk orang-orang miskin yang memerlukan tempat berteduh atau untuk disewakan dan hasilnya dikhairatkan untuk kebajikan umum.
(4) Mendirikan rumah "musafir khanah" untuk persinggahan orang-orang musafir yang memerlukannya.
(5) Dan lain-lain lagi yang termasuk dalam amalan yang diredhai Allah seperti mendirikan hospital dan kutub khanah, mencetak al-Qur'an dan kitab-kitab Islam serta buka-buka pengetahuan yang berguna dan sebagainya.

SELAMAT BERINFAQ!!
SEMOGA AMALAN KITA DITERIMA OLEHNYA, AMIIN! :)


Visi dan Misi

Melahirkan anak-anak yatim sebagai pendakwah yang hafaz Al-Quran

Menjadikan tahfiz sebagai pusat pengajian secara teori dan praktikal

Mencari keredhaan Allah serta menghapuskan kebejatan ummah

Melahirkan pelajar yang mahir serta memahami secara universal dan mendalami ilmu agama dengan menjadikan Islam sebagai cara hidup

Melahirkan generasi berilmu, beramal, berani dan bertaqwa


APA TUNGGU LAGI, JOM!!


Topup akaun pahala anda dengan bank in kan wang ke akaun


BIMB 12225010002021 (An Nur Setiu)

Memburu Yuk!!

Bismillahirrahmanirrahim. Alhamdulillah wa syukrulillah.

Fasa terakhir Ramadhan telah pun bermula!! 10 malam terakhir yang terlalu dirindui oleh orang-orang mukmin semakin pantas beraksi. Allahu Allah. Masih adakah lagi kesempatan untuk kita memohon keampunanNya??

Terlalu banyak masa yang dibazirkan percuma tanpa zikrullah, tanpa kalamullah, tanpa pengisian rohani.. Rugi sungguh kita andai terus begini!! Sedangkan Ramadhan terus berlari meninggalkan kita. Nak tunggu Ramadahan tahun depan?? Belum tentu. Masih adakah kesempatan untuk kita? Allahu ‘alam.

Dan kalaupun diberi peluang merasai Ramadhan 20 atau 30 kali lagi, adakah kualiti ibadah kita akan lebih baik? Adakah kita akan gunakan masa yang ada sebaiknya? Tepuk dada, tanya iman.


Jom Buru Lailatul Qadr!

Surah Al-Qadr: Ayat 1-5

“Dengan Nama Allah Yg Maha Pemurah Lg Maha Panyayang

Sesungguhnya kami telah menurunkan Al-qur'an pada malam lailatul qadar (kemuliaan).

Dan tahukah kamu apakah malam lailatul qadar itu?

Malam lailatul qadar itu lebih baik dari seribu bulan.

Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat jibril dengan izin TuhanNya untuk mengatur segala urusan.

Malam itu (penuh) kesejahteraan sampai fajar"


Bilakah Lailatul Qadr?

Sabda Rasulullah saw,

“Carilah lailatul qadar pada sepuluh malam terakhir dari bulan Ramadhan.” (HR. Bukhari no. 2020 dan Muslim no. 1169)

“Carilah lailatul qadar di malam ganjil dari sepuluh malam terakhir di bulan Ramadhan.” (HR. Bukhari no. 2017)

“Carilah lailatul qadar di sepuluh malam terakhir dari bulan Ramadhan pada sembilan, tujuh, dan lima malam yang tersisa.” (HR. Bukhari no. 2021)


Apakah tandanya?

Dari Ibnu Abbas, Rasulullah saw bersabda,

“Lailatul qadar adalah malam yang penuh kelembutan, cerah, tidak begitu panas, juga tidak begitu dingin, pada pagi hari matahari bersinar lemah dan nampak kemerah-merahan.” (HR. Ath Thoyalisi. Haytsami mengatakan periwayatnya adalah tsiqoh/terpercaya)


Dari Abi bin Ka’ab bahwa Rasulullah saw bersabda,

”Shubuh hari dari malam lailatul qadar matahari terbit tanpa sinar, seolah-olah mirip bejana hingga matahari itu naik.” (HR. Muslim no. 1174)


Jika diberi rezeki bertemu Lailatul Qadr bagaimana?


Aisyah r.a berkata,

”Katakan padaku wahai Rasulullah, apa pendapatmu, jika aku mengetahui suatu malam adalah lailatul qadar. Apa yang aku katakan di dalamnya?” Beliau menjawab, ”Katakanlah: ‘Allahumma innaka ‘afuwwun tuhibbul ‘afwa fa’fu anni’ (Ya Allah sesungguhnya Engkau Maha Pemaaf lagi Maha Mulia yang menyukai permintaan maaf, maafkanlah aku).” (HR. Tirmidzi dan Ibnu Majah. Syaikh Al Albani mengatakan bahwa hadits ini shahih. Adapun tambahan kata “kariim” setelah “Allahumma innaka ‘afuwwun …” tidak terdapat satu dalam manuskrip pun.)



Amalan-amalan pada malam Lailatul Qadr;


1. Sembahyang sunat wuduk selepas mengambil wuduk

2. Sembahyang sunat hajat dan berdoa kepada Allah supaya dipertemukan malam Lailatulqadar

3. Membaca Al-Quran

4. Istighfar selama 30 minit atau 1000 kali (Astagfirullah halazim waatubuilaih)

5. Zikrullah (La ila ha illallah 1000X , Laila haillallah muhammadul rasulallah 300X, Allahhuakbar 300X)

6. Bertasbih

Subhanallah, walhamdulillah, wala ila ha illallah, Allahhu akbar, walahaula wala qhuwwatailla billahil ‘aliyyil ‘azeem 300X

Subhanallah wabihamdihi, Subhanallahilazim 300X

Subhanarob biyal a’ala wabihamdih 300X

Subhanarob biyal a’zimiwabihamdih 300X

7. Selawat 100X atau 1000X (Allahhummasolli ‘ala Muhammad)

8. Sembahyang sunat tahajud

9. Sembahyang sunat tasbih

10. Sambungkan dengan zikrullah atau membaca quran sehingga solat subuh.


Ingat, Jangan ketinggalan!!


Allahu Rabbi. Alangkah ruginya andai kita sia-siakan peluang keemasan yang Allah datangkan pada kita hanya setahun sekali. Hanya hamba yang bertuah sahaja yang diberi nikmat bertemu dengan Lailatul Qadr. Ingin jadi yang bertuah? Yuk! Ayuh kita suntukkan masa 10 malam terakhir ini dengan kemanisan beribadah kepadaNya. Semoga kita tidak tergolong dalam golongan yang tidak mendapat kebaikan.


Sabda Rasulullah saw,

“Di bulan Ramadhan ini terdapat lailatul qadar yang lebih baik dari 1000 bulan. Barangsiapa diharamkan dari memperoleh kebaikan di dalamnya, maka dia akan luput dari seluruh kebaikan.”

(HR. Ahmad. Syaikh Syu’aib Al Arnauth mengatakan bahwa hadits ini sahih.)



‘Aisyah r.a menceritakan,

“Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam sangat bersungguh-sungguh pada sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan melebihi kesungguhan beliau di waktu yang lainnya.”

(HR. Muslim no. 1175)



Sedangkan Rasulullah yang maksum dan sudah dijanjikan syurga pun bersungguh sekali mengejar Lailatul Qadr, apatah lagi kita yang punya bergunung-gunung dosa? Adakah peluang mendapat maghfirah ini akan kita biarkan begitu sahaja?

Allahu Allah. Bantulah kami bertemu Lailatul Qadr-Mu!


Selamat Memburu!!

Oh Ramadhan!

Bismillahirrahmanirrahim.


Alhamdulillah wa syukrulillah. Masih diberi nafas untuk menikmati madrasah tarbiyah hadiah daripada Yang Maha Memberi Nikmat. Dalam diam, masa terus pantas berlalu. Sedar tak sedar hari ni telah pun masuk 14 Ramadhan. Fasa kedua Ramadhan semakin pantas meninggalkan kita. Moga2 kita tidak ketinggalan menggandakan amalan seiring dengan kepantasan waktu yang berlalu. Allahu Rabbi. Mungkin agak terlewat sy postkan entri mengenai Ramadhan. Menjalani Madrasah Ramadhan dalam keadaan bekerja bukan mudah rupanya. Jika sebelum2 ni saya berpuasa sebagai student yang ke kelas setiap hari tapi apa yang istimewa pada Ramadhan kali ini, saya berpuasa sebagai orang yang bekerja. Lebih menguji kesabaran rupanya apabila setiap hari terpaksa berhadapan dengan pelbagai karenah manusia. Mujurlah barakah Ramadhan dapat memujuk hati untuk terus tingkatkan kesabaran. Allahu Allah. Kesibukan rutin harian telah ‘melupakan’ saya untuk mengupdate blog tentang indahnya Ramadhan. Benarkah? Atau alasan? Astaghfirullah. Walhal kekasih yang dirindui ni hanya datang setahun sekali sahaja.. Allahu Akbar.


“Wahai orang beriman! Diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas kaum sebelummu, agar kalian berTAQWA.” (Al Baqarah: 183)


TAQWA! TAQWA! TAQWA!

Yup, TAQWA! TAQWA lah matlamat akhir kita. Ramadhan datang seperti satu madrasah untuk membentuk kita menjadi hamba yang berTAQWA!

Teringat tazkirah abah semasa kami berbuka puasa beramai-ramai pada minggu lepas. Saya istilahkan ramai sebab saya punya 9 orang adik beradik dan ditambah pula dengan 4 org kakak ipar, seorang abg ipar, dan 3 orang anak sedara, ramai la tu kan? Hehe, Alhamdulillah. Sgt menyeronokkan bila dapat berkumpul. Dalam satu tazkirah abah kata, kalau sesebuah jabatan atau organisasi akan menghantar staffnya berkursus secara berkala mungkin setahun sekali, satu tenure sekali, 3 bulan sekali dan sebagainya, tak lain dan tak bukan adalah utk menambah baik kualiti kerja dan mungkin untuk dinaikkan pangkat mereka.

Begitu jugalah kita sebagai hambaNya. Setahun sekali kita pasti akan diwajibkan menjalani kursus selama sebulan untuk menambah baik kualiti ibadah dan menaikkan level kita di sisiNya Yang Maha Pencipta. Ya, kursus inilah yang disebut Madrasah Ramadhan. Kursus yang membentuk pesertanya untuk menjadi lebih baik untuk tempoh 11 bulan yang akan datang. Teralu banyak kemudahan yang disediakan oleh pihak Penganjur ‘kursus’ utk memastikan semua peserta berjaya lulus hingga ke akhir kursus serta mencapai peringkat TAQWA seperti yang dalam ayat Quran di atas.

Disediakan pelbagai peluang menambah ibadah sunat seperti solat tarawikh, melakukan sahur, membanyakkan sedeqah dan sebagainya dan ditutup pula ruang menambah dosa apabila syaitan dan jin dibelenggu sepanjang bulan yang mulia ini. Pahala digandakan beratus kali ganda. Amalan sunat diberi ganjaran seperti amalan wajib. Pintu2 syurga pula dibuka dgn luasnya manakala pintu neraka ditutup dgn rapatnya. Diberi pula hadiah LailatulQadr kepada yang bertuah. Allahu Rabbi. baik sungguh Penganjur kursus RAMADHAN ni.

Jika dilihat segala kemudahan yang disediakan sepertinya mudah sekali nak capai level TAQWA dalam bulan ni. Benarkah?? Allahu Allah.. Tak semudah itu..

Jika tidak bersama mujahadah yang mantap, mana mungkin semuanya dapat dilakukan dengan mudah. Walaupun peluang terbuka luas di depan mata.

Kata abah lagi, Ramadhan adalah kursus utk bentuk hamba supaya berjiwa besar. Ya, berjiwa besar! Kenapa berjiwa besar?

Supaya semua ujian dan halangan yang datang kepadanya dianggap kecil kerana hanya Allah yang Maha Besar dan semua yang berlaku hanya dengan izinNya. Supaya kita tidak mudah tewas dengan ujian dunia yang melalaikan, yang sentiasa menipu hingga ke hari Qiamat.

Kursus ini juga melatih supaya kita tingkatkan kesabaran. Allahu Rabbi. Memang mudah mengatakan tentang sabar saat diri tidak diuji. Tapi bila tiba-tiba diuji dengan kemarahan, keletihan, kelaparan dan sebagainya, hanya mujahadah yang mampu membantu kita menghadapi semuanya.

Bukan mudah nak mengekang nafsu. Lagi-lagi dengan persediaan rohani yang kurang mantap. Nafsu apabila dikekang atau disekat, ia akan terus merengek, meraung, meronta, merayu dan sebagainya. Kata Ust Syed Abdul Kadir dalam kuliah beliau tempoh hari, nafsu ni ibarat anak kecil. Bila dihalang atau tak diberi apa yang diminta dia akan meraung, meronta, menangis, menjerit sepuas-puasnya. Tapi berapa lama dia akan bertindak sedemikian jika dibiarkan?? Adakah selamanya begitu?? Tidak.. ia akan berakhir begitu sahaja jika kita terus bersabar menahannya. Ya, kita perlu tingkatkan KESABARAN!

Ya,memang bukan mudah sebenarnya. Tapi paling penting, MUJAHADAH!


Gunakanlah segala kemudahan yang diberikan dalam bulan paling mulia ini sebaiknya. Masih belum terlambat untuk kita berubah. Kata orang putih, Better late than never!

Kita masih punya kurang lebih 16 hari bersama Ramadhan. Jom refresh semula kelebihan2 yang mungkin kadang2 kita lupa atau kita ter'abaikan' saat nafsu yang mengawal diri kita. Allahu Allah.


1) "Diriwayatkan dari Sahl bin Saad r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Sesungguhnya di dalam Surga itu terdapat pintu yang dinamakan Ar-Rayyan. Orang yang berpuasa akan masuk melalui pintu tersebut pada Hari Kiamat kelak. Tidak boleh masuk seorangpun kecuali mereka. Kelak akan ada pengumuman: Di manakah orang yang berpuasa? Mereka lalu berduyun-duyun masuk melalui pintu tersebut. Setelah orang yang terakhir dari mereka telah masuk, pintu tadi ditutup kembali. Tiada lagi orang lain yang akan memasukinya" [Bukhari-Muslim]

2) "Diriwayatkan dari Abu Said al-Khudri r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Setiap hamba yang berpuasa di jalan Allah, Allah akan menjauhkannya dari api Neraka sejauh perjalanan tujuh puluh tahun" [Bukhari-Muslim]

3) Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud: Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu. (Diriwayat oleh imam Nasai'e, Ibn majah, Ibn Habban dan Baihaqi)

4) “Tiga orang yang tidak ditolak doa mereka: Pemimpin Yang Adil,Orang yang berpuasa hingga dia berbuka dan doa orang yang dizalim…..diangkat oleh Allah di atas awan pada hari qiamat dan dibuka baginya pintu-pintu langit dan Allah berfirman, “ Demi kemuliaanKU pasti AKU menolong engkau walaupun hanya menunggu masa sahaja”.
(Riwayat Imam Ahmad, Tirmizi dan an-Nasai dan Ibn Majah )

5) “Daripada Salman r.a. ia berkata: Telah berkhutbah Rasulullah S.A.W. pada hari terakhir bulan Syaaban dan sabdanya:- Wahai manusia sesungguhnya telah datang kepada kamu satu bulan yang agung lagi penuh keberkatan (bulan Ramadhan) iaitu bulan yang ada padanya satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan, bulan yang Allah jadikan berpuasa padanya suatu kewajipan dan berqiamullail (beribadat pada malam-malamnya) sebagai amalan sunat. Sesiapa yang mendekatkan dirinya kepada Allah pada bulan itu dengan melakukan amalan kebajikan (amalan sunat) maka ia mendapat pahala seperti melaksanakan perintah yang wajib dan sesiapa yang melakukan suatu amalan yang wajib pada bulan Ramadhan maka ia mendapat pahala seperti orang yang melakukan tujuh puluh (70) amalan fardhu.”.

6) Dari Abi Hurairah radhiallahu 'anhu juga Rasulullah Shalallahu 'alaihi wasalam pernah bersabda (yang ertinya): “Solat yang lima waktu, Juma'at ke Juma'at, Ramadhan ke Ramadhan adalah penghapus dosa yang terjadi di antara senggang waktu tersebut jika menjauhi dosa besar”. (Hadis Riwayat Muslim (233))

7) Sahl bin Sa'ad r.a. mengatakan bahwa Nabi saw. bersabda,
"Sesungguhnya di dalam syurga terdapat satu pintu yang disebut Rayyan, yg pada hari kiamat akan dimasuki oleh orang2 yang berpuasa. Tidak seorang selain mereka yang memasukinya. Dikatakan, 'Dimanakah orang-orang yang berpuasa?' Lalu mereka berdiri, tidak ada seorang pun selain mereka yang masuk darinya. Apabila mereka telah masuk, maka pintu itu ditutup.
Barangsiapa yg masuk akan minum, dan barangsiapa yg minum tidak akan merasa haus utk selamanya." (HR Bukhari (4/95), Muslim (1152) tambahan akhir dalam riwayat Ibnu Khuzaimah dalam kitab Sahihnya (1903) )


Allahu Allah. Terlalu banyak kelebihan yang Allah hadiahkan kepada kita dalam bulan yang sangat dirindui orang beriman ni. Tak tersenarai di sini rasanya semua hadis dan kalam Allah mengenai Ramadhan. Menarik sungguh! Rebutlah peluang ini sebaiknya dan mudah-mudahan kita tidak tergolong dalam golongan yang menyesal tatkala Ramadhan telah berlalu, wa na’udzubillah.


Berkata Nabi SAW (bermaksud): “Telah datang Jibril dan dia berkata, “Wahai Muhammad, barang siapa menemui bulan Ramadhan dan kemudian mati dan tidak diampuni (dosanya), maka dia akan dimasukkan ke dalam neraka dan Allah akan mengabaikannya (jauh darinya), katakan Amin.” Maka aku berkata: “Amin.” (Hadith Sahih, diriwayatkan oleh Ibn Khuzaymah dan Ibn Hibban dari Jabir ra).

"Dari Abu Hurairah ra: katanya Rasulullah saw berabda: "Barang siapa tidak meninggalkan ucapan dusta dan berbuat jahat (padahal dia puasa), maka Allah tidak butuh ia meninggalkan makan dan minum" [Bukhari]

Nabi Muhammad s.a.w bersabda yang bermaksud: "Berapa ramai orang yang berpuasa mereka tidak mendapat apa-apa balasan melainkan lapar dan dahaga." (HR Ahmad)


Ayuh! Bersamalah kita berlumba-lumba merebut maghfirah dan mengejar rahmah serta barakah dari-Nya. Peluang terbuka luas! Nak 1000 daya, tak nak 1000 dalih! Ingat misi utama kita, TAQWA!!

Berusahalah bersungguh-sungguh untuk mencapainya. Andai ini Ramadhan terakhir kita bagaimana??? Allahu Rabbi.

Moga bermanfaat untuk semua. Allahu‘alam.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...