Alhamdulillah wa syukrulilllah, masih diberi peluang dan izin oleh Allah SWT untuk menghirup udaraNYA di bumi yang juga milikNYA. Sudah hampir tiga bulan cuti semester telah berlalu. Sebelum cuti mcm2 planning dalam kepala, tapi banyak yang terpaksa dianjak, ditunda dan sebagainya. Kerana kita hanya merancang tapi DIA lah yang menentukan segala-galanya. Sementara cuti yang masih banyak berbaki, saya terfikir-fikir untuk mencari kerja untuk tambah pendapatan sampingan. Boleh spend duit utk byr insurans kereta hujung taun ni. Kalau ada rezeki bleh bayar sendiri ansuran bulanan kereta utk sebulan dua ni. Tebalnya rasa muka ni bila abah yang bayar sepenuhnya ansuran kereta yang saya gunakan ke hulu dan ke hilir. Sedangkan adik beradik lain belum ade sorang pun yang pakai kereta ketika belajar. Mujurlah 6 orang yang atas saya semuanya sudah punya pekerjaan dan kereta masing-masing yg saya kira lebih ‘bagus’ dr saya. hehe.. J
Melihatkan sahabat2 berlumba-lumba menjana pendapatan dengan business masing-masing, saya hanya terus jd penyokong mereka. Malang sekali, saya kurang minat dalam dunia perniagaan. Mungkin kerana sifat semulajadi yang sangat ‘malu’ untuk promote sesuatu kepada orang lain. Tapi business tu kan sunnah Rasul junjungan kita? 9/10 punca pendapatan daripada perniagaan. Ya, memang betul dan sangat tepat. Cuma saya belum punya minat, bakat dan modal sebenarnya. Mungkin satu hari nanti akan saya usahakan, insayALLAH. Bagaimanapun, Alhamdulillah, sedang saya berkira-kira hendak mencari kerja, Kak Long (kakak ipar saya a.k.a wife abg long) sekali lagi menawarkan saya utk bekerja di farmasi miliknya memandangkan salah sorang staffnya akan benti tak lama lagi.. tambahan pula, dia tgh sarat mengandung dan insyaALLAH akan melahirkan anak kedua pertengahan bulan 8 ni. Alhamdulillah, rezeki yang tidak dijangka.. dan hari ni dah pun masuk seminggu 3 hari sy bekerja di situ. bolehlah guna peluang ni sebaiknya utk belajar dan apply apa yang telah dipelajari di UIA, insyaALLAH. Moga ALLAH permudahkan segalanya..
Hurm, bercakap tentang kerja semasa cuti segera saya teringatkan pengalaman-pengalaman sudah yang sering membuatkan saya senyum sendirian. Ya, pengalaman manis sejak dari selepas PMR, selepas SPM dan selepas CFS. Setiap kali cuti panjang bertandang, setiap kali itulah saya bersemangat sekali mencari pengalaman kerja. Ma pun dah cukup masak dengan anak perempuannya yang sorang ni, yang sememangnya tidak betah tinggal di rumah lama-lama. Hehe. Lagi pula, memandangkan saya datang dari keluarga yang kurang berada (satu masa dahulu, sekarang Alhamdulillah..), setiap kali cuti, saya akan sedaya upaya berusaha mengumpul bekalan wang yang diperlukan untuk memasuki level pengajian seterusnya, dengan harapan tidak mahu menyusahkan ibu bapa saya.
Cuti selepas PMR
Selepas tamat peperiksaan PMR dan majlis graduasi tingkatan 3 pada bulan oktober 2004 tak silap, saya ditawarkan oleh ibu saudara untuk jadi pengasuh di sebuah taska miliknya. Dengan tekad untuk tidak menyusahkan ma dan abah bagi membiayai yuran ke tingkatan 4, tawaran tersebut saya terima dengan senang hati. Hal ini kerana saya sangat maklum dengan yuran pendaftaran MRSM yang sangat ‘mencekik darah’ golongan kampung seperti saya. Ma selalu kata, MRSM ni bukan untuk bantu orang miskin tapi tempat belajar untuk golongan atasan shj kerana terlalu banyak duit yang diperlukan untuk membayar itu dan ini.
Menjadi seorang pengasuh taska pada usia 15 tahun bukan mudah sebenarnya. Semuanya perlu tangkas dan cepat. Perlu bangun awal pagi untuk kemas, sapu sampah dan mop lantai taska. Seawal 6.30 pagi beberapa orang anak2 kecil telah dihantar. Ternyata ramai ibu bapa yang menghantar anak2 yang belum dimandikan ke taska. Jadi, setiap pagi mereka perlu dimandikan dulu. Memandikan anak2 yang berusia 1 hingga 4 tahun ni bukanlah perkara mudah kerana tiap-tiap mereka punya kerenah masing2. Kemudian sarapan pagi untuk mereka perlu disiapkan segera. Ada yang perlu makan bubur, ada yang perlu makan nestum, ada yang perlu makan nasi dan ada yang hanya perlu minum susu. Apabila tengahari, perlu disiapkan makan tengahari pula, ditambah pula dengan anak2 yang baru pulang dari sekolah. Sedikit kalut. Selepas tu semua kanak-kanak yang tidak ke kelas agama perlu ditidurkan. Bersusun buaian dan tilam serta toto mereka sehingga sekitar pukul 4. Jadi waktu ni dapatlah berehat seketika. Tapi kira-kira pukul 4 atau 430 petang, perlu bergegas memandikan semua anak2 ni dan menyiapkan mereka untuk minum petang kerana sekitar pukul 5 ke atas ibu atau bapa mereka akan datang menjemput.
Selepas semua pulang, seluruh bahagian taska perlu dikemas, disapu dan dimop hingga bersih. Huh! sungguh penat sebenarnya walaupun cukup terhibur dengan kanak-kanak yang comel. Setiap hari, sesudah solat isya’ saya pasti telah diserang mengantuk kerana kepenatan. Tapi apa yang dapat disimpulkan, bukan mudah sebenarnya jadi pengasuh taska ni. Bayangkan, kita perlu kenal dan ingat setiap kanak-kanak punya botol susu, jenis susu, sukatan untuk buat susu, beg pakaian, beg ubat, tuala dan pelbagai lagi yang pastinya berbeza-beza dan tak boleh tertukar sama sekali. Pada awalnya saya sering tertukar jenis susu mereka tapi Alhamdulillah, lama-lama jadi terbiasa. Walaupun belum punya anak sendiri, tapi dapat peluang jadi pengasuh, cukup menggembirakan saya.
Owh, satu lagi yang lupa untuk diceritakan, setiap hari selasa, rabu dan khamis petang (masa kanak2 lain tidur) saya perlu mengajar seorang anak jiran yang berbangsa Cina membaca (Bahasa Melayu & Bahasa Inggeris) , menulis dan mengira. Kanak-kanak tersebut berusia 4 tahun dan sangat comel (punya fizikal yang sangat debab), namanya Kwan. Hehe. Pening juga mengajar si Kwan ni, sebabnya dia pun kurang faham bahasa Melayu dan Inggeris. Nakalnya pun boleh tahan juga. Huh, mencabar sungguh!
Alhamdulillah, selepas lebih kurang 2 bulan, saya menyambung kembali persekolahan seperti biasa dan yang lebih menggembirakan, saya dapat gunakan duit sendiri untuk membayar yuran dan membeli buku tingkatan 4 (sekolah saya tiada skim pinjaman buku teks dan semua buku perlu beli sendiri). Satu kepuasan yang tak dapat digambarkan. J
Cuti selepas SPM
Alhamdulillah, selepas SPM, dengan bantuan ibu saudara jg saya diterima mengajar di sebuah sekolah tahfiz swasta di Sg Sekamat, Kajang. Dengan ilmu yang sangat cetek dan tiada pengalaman mengajar sekolah, saya berusaha sedaya upaya untuk buat yang terbaik kepada anak2 murid yang saya sayang. Saya mula mengajar awal bulan Februari 2007 dan mengajar murid tahun 2 di sebelah pagi dan murid tahun 4 di sebelah petang. Pengalaman mengajar di sini sangat menyeronokkan walaupun banyak tekanan yang perlu saya hadapi di situ. Berkawan dan tinggal serumah dengan kakak2 yang kebanyakannya berusia sekitar 23 dan ke atas menjadikan saya cepat matang (atau pura-pura matang,hehe). Setiap hari, sekitar jam 7 pagi atau lebih awal saya akan berjalan kaki ke sekolah (dekat je). Jika masih tiada murid yang datang, saya akan kemas dan bersihkan kelas dulu serta siapkan buku yang perancangan mengajar yang mana belum complete. Masa antara pukul 7 hingga 8 adalah masa mengaji mereka kerana kelas akan bermula pada hari jam 8 pagi. Tapi pada hari isnin, sekitar jam745 pagi tidak silap saya, semua murid perlu berhimpun untuk perhimpunan mingguan.
Pada perhimpunan mingguan, setiap guru ada turn untuk berucap. Pada minggu kedua atau ketiga saya di situ, turn saya telah pun tiba dan lebih malang lagi saya diberitahu last minute. Aduh! Gugupnya rasa nak berucap depan kira-kira 100 lebih murid. Tapi Alhamdulillah, berkat bacaan doa dan selawat beberapa ketika sebelum bermula perhimpunan dapat juga saya berucap dengan gaya yang konon2 cool dan confident, hehe.
Kelas tahun 2 yang nakal
Pada sesi pagi, saya mengajar murid tahun 2 di kelas yang kurang pandai. Kelas bermula jam 8pagi hingga 11 pagi. Rehat pada jam 930pagi dan semua murid perlu solat sunat dhuha dengan pantauan guru-guru. Mereka solat Dhuha beramai-ramai tetapi tiada imam, sebaliknya semua perlu membaca semua bacaan dalam solat secara kuat. Guru-guru akan perbetulkan bacaan dan kedudukan anggota mana-mana murid yang kurang betul. Bagi yang main-main atau tidak membaca, mereka akan menerima natijah cubitan atau lain-lain daripada guru bertugas.
Sejam pertama kelas setiap hari ialah kelas hafazan. Untuk murid tahun 2 mereka perlu hafal surah2 juz ‘Amma bermula dari surah An Naba’. Tapi sangat menyedihkan bila surah2 dari Ad Dhuha hingga An nas yang telah mereka ‘masyi’ ketika darjah 1, telah luput dari ingatan mereka sedikit demi sedikit kerana tidak diulang setiap hari. Jadi, saya membuat resolusi sendiri dengan mewajibkan mereka mengulang beramai-ramai Ad Dhuha hingga An Nas setiap hari sebelum mula kelas hafazan. Tetapi, memandangkan kelas tersebut merupakan kelas murid-murid yang lemah, sudah tentu terdapat beberapa murid yang sangat lambat membaca, mengaji dan menghafal. Pada awalnya, saya agak geram dan kecewa dengan sikap mereka yang suka main-main, tapi bila difikirkan, marah dan rotan bukanlah penyelesaian. Akhirnya saya cuba dekati dan beri perhatian lebih kepada mereka yang dikategorikan ‘lambat’ sedikit berbanding yang lain ni. Alhamdulillah lama-kelamaan mereka boleh setanding dengan sahabat2 yang lain. Fikir saya, budak darjah 2, takkanlah sematang budak darjah 6. Dah menjadi fitrah kanak-kanak suka bermain.
Memang tidak dinafikan, saya sangat pening mengajar kelas 2 Ibnu Sina ni. Pelbagai kerenah mereka ni. Yang tak reti duk diam, yang terlalu bising, yang terlalu diam, yang suka tidur, yang suka kacau orang lain, yang terlalu manja, yang suka bercerita. Macam-macam. Nak jadi cikgu ni memang perlukan kesabaran yang tinggi, fikir saya. Tapi kenakalan mereka inilah yg selalu membuatkan saya terlalu rindu pd mereka. Lebih menyedihkan, mereka yg nakal inilah yg bersungguh-sungguh menangis tatkala hari terakhir saya di situ. Yg selalu saya marah itulah yg beri hadiah paling besar pd saya.. Allahu Allah. Kangan sungguh pada mereka!
Kelas tahun 4 yang terlalu aktif
Pada sesi petang saya mengajar kelas tahun 4 yang merupakan kelas pertama, pendek kata kelas murid-murid pandai la. Kelas bermula jam 230ptg hingga 530 ptg. Jam 2 hingga 230 ptg ialah masa mengaji dengan pantauan para guru. Mereka akan rehat setengah jam untuk solat asar di surau dan waktu rehat mereka bergantung kepada waktu asar semasa.
Sama seperti sesi pagi, sejam pertama adalah kelas hafazan. Dan budaya yang sama berlaku kepada mereka, hafalan2 yang tahun sudah dilupakan dengan mudah. Di tahun 4, mereka perlu menghafal surah-surah lazim seperti As Sajadah, Al Mulk, Yaasin, Ad Dukhan dan sebagainya (maaf, saya pun tak berapa ingat). Mereka yang berada di kelas yang pandai2 ni pada pengamatan saya masing-masing punya ego yang tinggi dan tidak mahu kalah dengan kawan-kawan yang lain. Semua berlumba-lumba untuk tasmi’ dan mengaji sebanyak yang boleh setiap hari. Dalam setiap pelajaran seperti Bahasa Arab, Fiqah, Hadis, Akhlaq dan sebagainya mereka turut bersaing bersungguh-sungguh. Tapi, apa yang saya dan guru-guru lain kurang senang, murid-murid dari kelas yang pandai ni, sering merendah-rendahkan guru mereka. Mungkin kerana merasakan mereka terlalu pandai agaknya. Bukan semua tapi ada lah 2,3 orang yang bersikap begitu. Tapi, tak mengapa, mereka kan masih lagi kanak-kanak.
Selepas 3 bulan, tibalah masa utk saya melepaskan anak2 murid yg saya sangat sayang. Pada hari terakhir di situ saya rasa sangat sedih dan terharu. Langsung tak sangka yg hampir setiap murid sesi pagi dan petang memberikan hadiah pada saya. Lebih menyentuh hati, bila ada murid yg tak mahu pulang ke rumah selepas habis kelas dan menangis sekuat hati supaya saya tak jadi berhenti mengajar mereka. Allahu Akbar. Gaya menangis seperti budak-budak yg xdapat coklat atau mainan je. Hehe.. Jenuh nak memujuk kanak2 riang ni. Ada yg merayu-rayu meminta saya kembali mengajar mereka selepas tamat belajar nanti. Allahu Allah.. tulusnya hati mereka.. Buat anak2 ustazah; Yasmin, Farhanah, Almas, Arif Hakim, Nasih Ulwan, Afiqah, Mustaqim, Afif, Azim, Auni, dan yang lain-lain (maaf, ustazah xigt semua nama), moga2 Allah pertemukan kita lagi satu hari nanti. Kalau bukan di dunia, di syurgaNYA kelak, insyaALLAH.. amiinn!
Kata Kak Dayah yg merupakan antara guru yang lama di situ, “Untungngya Aisyah.. sepanjang Kak Dayah mengajar kat sini tak pernah lagi Kak Dayah tengok budak2 menangis sampai macam ni bila ada cikgu yang nak berhenti..hadiah pun bertimbun budak-budak bagi..” Allahu Allah.. terima kasih Ya Rabb atas nikmat ikatan kasih sayang yg Kau berikan kepadaku dengan anak2 kecil ini.. sungguh hamba amat rindu pada mereka. Berikanlah kejayaan di dunia dan akhirat kpd mereka, amiin ya Rabb!
Haish! Terlebih feeling plk..hehe..Alhamdulillah, berkat rezeki drNYA, sekali lagi saya dapat mendaftar masuk (ke CFS IIUM) dan beli barang2 dengan pendapatan sendiri… sungguh! satu kepuasan yg tak dapat digambarkan dengan kata-kata..
Cuti Selepas CFS IIUM
Alhamdulillah, selepas tamat pengajian di CFS IIUM dan menanti cuti yg berbaki sebelum masuk ke Kuantan Campus, Kak Long offer saya utk bekerja di farmasi miliknya di Taman Impian, Jalan Sungai Lembing, Kuantan. Katanya, supaya saya boleh belajar dan berkenalan dengan pelbagai jenis ubat sebelum ke main campus memandangkan saya mengambil jurusan farmasi. Alhamdulillah, di sini jg saya peroleh pelbagai pengalaman menarik yg sukar nk diperoleh di tempat lain. Berhadapan dengan pelbagai karenah masyarakat setempat yg rata-rata dr Felda Bukit Goh, Bukit Kuin, Bukit Sagu dan Bukit Kuantan. Saya turut belajar selok belok dalam business dan lain2. Bukan senang nak buka sebuah farmasi ni sebenarnya.
Di sini, saya selalu rasa sedih dengan keadaan masyarakat yg sangat ketandusan iman. Masalah aurat, couple, penyalahgunaan ubat di depan mata.. Allahu Allah.. luasnya peluang utk berdakwah dalam perniagaan ni.. tapi mungkin tak ramai yang menggunakan peluang keemasan ni utk membaja pahala melakukan amar ma’aruf dan nahi mungkar.
Saya sangat mengharapkan agar sahabat2 saya yg punya niat utk membuka farmasi sendiri akan terus menyemarakkan dakwah sambil bekerja dan berniaga. insyaAllah.
--------------------------------------------------
Dan tika ini saya sekali lagi mencari pengalaman di sini, di Farmasi Alsyifaa, Jalan Sg Lembing, Kuantan. Kalau ada masalah kekeliruan tentang ubat, perlukan consultation dan sebagainya anda sgt dialu-alukan utk ke mari..:)
Wallahu’alam.
Subhanallah, terbaik adik solehah Kak Fizah :)
ReplyDeleteMalu rasa kat Aisyah, akk sndr xpernah ade pengalaman bekerja mcm Aisyah ni, beruntungnya Aisyah..patutla Aisyah matang, hehe..
Didoakan adik akk ni dikurniakan itqan dan qawiyy dlm bekerja dan berdakwah :)
Uhibbuki Fillah!
malu plk rase bile bace semula.. saje je nk share sbb hari tu tibe2 rase rindu sgt2 kt anak2 murid.. harap sgt dpt jumpe semula satu hari nanti..diorang sgt comel n soleh2 belake..
ReplyDeletehehe, byk pengalaman keje pon x matang2 jgk aisyah ni kak.. sumbbak sokmo..tingin sgt nk jadi thiqah dan solehah mcm akak n muslimat lain.. tp mungkin perlu bimbingan n pantauan lbh skit dr akak kot..hehe..:D
time kasih atas doanya ya kak.. moga2 utk akak jg begitu..amiinn!
uhibbuk fillah aidhan!