Masa begitu pantas berlalu. Sya’ban pula telah melabuhkan suku tirainya.Ini bermakna BULAN RAMADHAN semakin hampir.Namun begitu..marilah kita menjenguk sejenak tentang Nisfu Sya’ban yang masih menjadi kesamaran bagi sesetengah masyarakat kita pada hari ini.
Menjadi kelaziman bagi sebahagian penduduk Malaysia dan nusantara sekitarnya melakukan ibadat khusus pada malam tersebut.Antaranya membaca surah Yasin secara beramai-ramai sebanyak 3x.Surau dan Masjid pasti akan dilimpahi jamaah pada malam tersebut.Sekali sekala nampak meriah juga.Tapi kalau setiap malam berduyun-duyun jamaah yang datang…alangkah meriahnya!!!!
Malangnya, timbul persoalan mengapa umat Islam hanya melangkah kaki ke masjid dan surau pada malam Nisfu Syaaban saja, tidak pada hari lain dalam bulan lain. Perlu ditegaskan, setiap bulan Hijrah memiliki keistimewaan dan kelebihan masing-masing dan bagi Muslim bertaqwa akan sentiasa berusaha merebut dan meraih keistimewaan yang Allah sediakan pada bulan itu.
Muslim sejati tidak akan memilih bulan tertentu untuk beribadat kepada Allah. Dia akan sentiasa beristiqamah dan beriltizam menjunjung segala titah dan perintah Allah pada setiap masa dan keadaan sehinggalah dia menghadap Allah nanti.
Hadis yang boleh dipegang dalam masalah Nisfu Syaaban ialah:
“Allah melihat kepada hamba-hamba-Nya pada malam Nisfu Syaaban, maka Dia ampuni semua hamba-hamba-Nya kecuali musyrik (orang yang syirik) dan yang bermusuh (orang benci membenci).” [Riwayat Ibn Hibban, al-Bazzar dan lain-lain].
Jadi..marilah kita mengambil kesempatan khususnya pada malam tersebut untuk membanyakkan amalan.Bertahajjud,membaca Al Quran,berzikir,memberi sedekah dan sebagainya.Sebenarnya kita digalakkan berdoa apa sahaja pada perkara-perkara yang baik pada malam tersebut.
Adapun amalan membaca Yasin sebanyak 3x pada malam tersebut sebenarnya adalah TIDAK WARID ( tiada sandaran ) dari Al Quran dan Hadis Nabi SAW.Namun…tidak salah kita nak membaca Yasin pada malam tersebut.Yang salahnya ialah kefahaman sebahagian orang melayu yang meletakkan kepercayaan bahawa MESTI BACA YASIN 3x. Itulah yang salah.
Adalah lebih baik kita membaca Yasin 1x secara bertenang-tenang beserta dengan kuliah ” APA ITU NISFU SYA’BAN “…Rasanya itu lebih baik daripada membaca Yasin 3x dalam keadaan kelam kabut dan tunggang langgang,melanggar segala hukum tajwid dan berkejar-kejar antara makmum dan imam.
Ayuh..!!!! pilihan ada di tangan anda.Marilah kita sama-sama memperbaiki kepincangan budaya dikalangan orang melayu supaya amalan yang kita buat secara berterusan,ada sandaran yang jelas dan tepat.Bukan hanya dengan mengikut membuta tuli tanpa ilmu yang sewajarnya.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
KEBLEBIHAN-KELEBIHAN BULAN SYAABAN
Sabda Nabi s.a.w. : Apabila masuk bulan Syaaban, baikkanlah niatmu padanya, kerana kelebihan Syaaban atas segala bulan seperti kelebihanku keatas kamu.
Barangsiapa yang berpuasa sehari pada bulan Syaaban, diharamkan Allah tubuhnya dari api neraka. Dia akan menjadi tauladan Nabi Allah Yusuf a.s. di dalam syurga. Diberi pahala oleh Allah seperti pahala Nabi Allah Ayub a.s. dan Nabi Daud a.s.
Jika dia sempurnakan puasanya sebulan di bulan Sya’aban, dimudahkan Allah atasnya Sakratulmaut dan ditolakkan (terlepas) daripadanya kegelapan di dalam kubur, dilepaskan daripada hura-hara Munkar dan Nakir, ditutup Allah keaibannya di hari kiamat dan diwajibkan syurga baginya.
Barangsiapa berpuasa pada awal hari khamis pada bulan Sya’aban dan akhir khamis daripada Syaaban, dimasukan dia ke dalam syurga. (dari kitab Al-Barakah).
Berkata Siti Aisyah r.a. bulan yang lebih dikasihi oleh Rasululah s.a.w. ialah bulan Syaaban.
Sabda Nabi s.a.w. : Sya’aban adalah bulanku dan Ramadhan adalah bulan umatku. Syaaban ialah mengkifaratkan (menghapuskan) dosa dan Ramadhan ialah menyucikan dosa (jasmani dan rohani).
Sabda Nabi s.a.w. : Bahawa puasa Syabaan kerana membesarkan Ramadhan.Siapa yang berpuasa tiga hari daripada bulan Sya’aban, kemudian dia bersalawat atasku beberapa kali sebelum berbuka puasa maka di ampunkan oleh Allah dosanya yang telah lalu, diberkatikan rezeki baginya, antara lain sabdanya lagi : Bahawa Allah Ta’ala membukakan pada bulan itu tiga ratus pintu rahmat.
Sabda Rasulullah s.a.w. : Dinamakan Syaaban kerana padanya terdapat kebajikan yang amat banyak dan puasa yang lebih afdhal sesudah Ramadhan ialah puasa bulan Syaaban.
Pengertian Sya’aban : Kemuliaan, Ketinggian, Kebajikan, Jinak, Cahaya.
Sabda Nabi s.a.w. : Bahawa kelebihan Rejab atas bulan-bulan yang lainnya seperti kelebihan Qur’an atas segala kalam. Kelebihan Syaaban atas bulan-bulan yang lainnya seperti kelebihanku atas segala Anbia’ (Nabi-nabi). Kelebihan Ramadan atas bulan-bulan yang lain seperti kelebihan Allah atas sekalian makhlukNya.
Bulan Sya’aban, keagungan malamnya dengan Nisfu Syaaban seperti keagungan Ramadhan dengan Lailatul Qadarnya. Maka pada malam Nisfu Sya’aban telah datang Jibril kepada Rasulullah s.a.w lalu katanya :
Angkat kepalamu ke langit, itulah malam yang Allah beri padanya tiga ratus rahmat dan diampunkan Allah sekalian orang yang tidak menyengutukan (syirik) denganNya dengan sesuatu, kecuali tukang nujum, kekal dalam zina, kekal minum arak, derhaka terhadap ibubapa.
sumber:
No comments:
Post a Comment