Ilmu Duniawi Ilmu Ukhrawi

' Tinggal sebulan je lagi saya akan sambung belajar semula….' Bisik hati saya.

Semakin dekat tarikh pendaftaran ke Kuliyyah of Pharmacy di UIA Kuantan, hati saya semakin berdebar-debar..bukan kerana tidak sabar tapi masih ragu2 dengan masa depan sendiri..Memilih untuk terus berada dalam bidang ni bererti peluang untuk mendalami bidang agama sepenuhnya kian tipis..

Entah mengapa sejak kebelakangan ini saya rasakan bidang ilmu yang saya pilih ini hanya sia2 kerana hanya untuk dunia semata-mata..Saya sering menyalahkan diri sendiri kerana membiarkan diri terus berada dalam bidang keduniaan sedangkan diri masih terlalu cetek ilmu agama..Saya tahu menuntut ilmu di bidang farmasi ini juga adalah fardu kifayah hukumnya tapi kini saya rasakan seolah-olah golongan yang mengaji bidang sains kian menjadi majority manakala yang terus gigih menuntut ilmu akhirat hanyalah minority..

Saya rasa sangat sedih bila teringatkan bahawasanya ALLAH SWT akan mengangkat sedikit demi sedikit ilmu agama di muka Bumi ini dengan mematikan golongan alim ulama'..Jadi,bayangkan dalam masa 5 atau 10 tahun akan datang?? Sudah tentu ilmu agama yang tinggal semakin sedikit memandangkan golongan yang faqih ilmu agama sangat sedikit pada waktu itu..Sangat malang lah saya jika terus terusan menangguhkan masa yang ada untuk mendalami agama yang satu ini..

Persoalannya, perlukah saya tinggalkan bidang farmasi yang sudah suku jalan ini??
Ahh,soalan inilah yang akan buat saya lemas dalam dilemma..

Sejak kecil lagi saya menyimpan hasrat untuk mendalami bidang agama seterusnya mewarisi pekerjaan abah sebagai pendakwah dan penceramah.. Bagaimanapun saya hanya merancang tapi ALLAH lebih tahu apa yang terbaik untuk saya..

Masih segar dalam ingatan tika ma bersungguh sekali mahu saya masuk ke MRSM namun jauh di sudut hati saya sangat2 nak masuk ke sekolah agama kerana saya tahu peluang saya untuk mencapai cita2 saya kian pudar jika saya ke MRSM..Walaupun setelah masuk ke MRSM pun saya masih memberitahu cita2 saya ingin jadi pensyarah pengajian Islam apabila ditanya oleh cikgu..tapi memandangkan pelbagai rintangan dan masalah yang menimpa abang2 dan kakak yang berada di SMKA dan SMA, ma terus mengharapkan supaya ke MRSM..saya sedikit pun tidak salahkan ma atas apa yang terjadi kerana saya tahu jika saya berkeras mahu ke SMA atau SMKA yang saya peroleh tawaran,ma pasti pening kepala lagi..Apa yang menimpa abang2 dan kakak tidak mustahil akan turut menimpa saya..Segala bentuk bantuan kewangan dan biasiswa tidak layak diperoleh dan ditarik balik oleh pihak sekolah atas alasan "kami terima arahan dari pihak atasan / YB.." sesuatu yang sungguh kejam untuk diterima akal..

Bagaimanapun saya tidak pernah menyalahkan abah yang pernah menempah nama dalam arena politik setempat satu masa dahulu..Bukan abah yang salah, tapi mereka yang kejam..Walaupun abah kini hanya membantu di belakang tabir namun hingga kini penglibatan abah pada masa lampau masih dijadikan alasan..Saya rasa cukup terkesan kerana natijahnya ma dan abah tidak benarkan saya ke SMA atau SMKA yang ditawarkan dan saya tidak dapat untuk memilih bidang agama sebagai masa depan saya.. Apa pun saya tetap redha setiap yang telah ditakdirkan oleh NYA..Mungkin ma dan abah pun ada perancangan sendiri kerana 4 daripada 9 orang adik beradik kami dihantar ke sekolah agama,4 lagi ke MRSM dan seorang lagi ke sekolah biasa..tapi saya rasa cukup terkilan bila ketiga-tiga abang yang dihantar ke sekolah agama turut memilih bidang sains akhirnya..hanya kakak yang meneruskan hingga memperoleh ijazah dalam bidang syariah..Dan sekarang saya sering mendengar keluhan dan rintihan abah yang mungkin terkilan kerana tiada seorang pun anaknya yang menghafaz al Quran mahupun yang faqih dalam bidang agama..Dan kini dia mula memasang harapan kepada cucu yang 2orang itu..Mudah-mudahan impian abah menjadi kenyataan, insyaALLAH..

Saya juga mula merancang masa depan saya….Dalam merancang inilah saya diburu resah apabila hati melonjak-lonjak meminta saya tinggalkan bidang sains dan tumpukan 100% ngaji agama..hati saya teringin sekali nak belajar di pondok..pernah sekali saya nyatakan hasrat itu kepada sahabat seperjuaangan tapi bertubi-tubi saya disyarah sehingga saya sendiri kehilangan hujah..Saya akui pendapatnya yang mengatakan students sains pun masih boleh blajar agama melalui kuliyah agama, pembacaan buku dan belajar di pondok bila cuti semester tiba..bagaimanapun hati saya tetap merasakan bahawa saya berlaku tidak adil pada diri sendiri bila mengutamakan ilmu dunia lebih dari ilmu akhirat..saya semakin buntu..saya tanyakan pula pendapatnya jika saya ingin belajar agama dengan cara berkahwin dengan seseorang yang faqih spt golongan lepasan pondok dan sebagainya..namun saya dihentam semula bila dia mempersoalkan soal sekufu dan fikrah…..huh, begitu pula….jadi bagaimana???setiap saat berlalu tanpa menunggu saya….tapi saya masih di sini…masih terus diburu dilemma…………

1 comment:

  1. sila update!!!

    vroom3.. mai dtg umah ek..
    aik..shoutbox dah ilang..?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...