THAILAND SEMAKIN BERGOLAK

15 May 2010




BANGKOK - Askar-askar Thailand semalam melepaskan tembakan ke arah kumpulan penunjuk perasaan antikerajaan yang terkenal dengan panggilan Baju Merah semalam dalam usaha untuk menutup jalan-jalan daripada dikunjungi oleh kumpulan berkenaan. Setakat ini, sebanyak lima orang terbunuh dan 81 yang lain dalam pertempuran tersebut.

Antara yang cedera ialah dua orang wartawan Thailand dan seorang wartawan Kanada yang berada dalam keadaan kritikal.
Bunyi letupan dan tembakan turut kedengaran di sekitar kawasan komersial di Bangkok.
Sebuah stesen televisyen tempatan melaporkan beberapa butir bom tangan meletup di sebuah pusat beli-belah dan stesen kereta api.

Keganasan itu memuncak selepas seorang bekas jeneral tentera Thailand, Khattiya Sawasdiphol ditembak di kepala malam kelmarin.

Seorang doktor menyatakan Khattiya masih koma dan boleh mati bila-bila masa.
"Kami dikepung. Anggota-anggota tentera semakin menghampiri kami. Ini bukannya perang saudara, tetapi ia sangat-sangat kejam," kata seorang pemimpin Baju Merah, Weng Tojirakarn.
Setakat ini, siri pertempuran antara penunjuk perasaan dan pihak berkuasa telah mengorbankan 34 nyawa dan mencederakan ratusan yang lain.

Perdana Menteri Thailand, Abhisit Vejjajiva sebelum ini mencadangkan satu pelan damai namun ia ditolak oleh Baju Merah.Kumpulan Baju Merah yang merupakan penyokong bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra melakukan protes bagi mendesak Abhisit meletak jawatan, membubarkan Parlimen dan mengadakan pilihan raya yang baru. - AP


http://ijoks2009.blogspot.com/2010/05/thailand-makin-bergolak.html#more

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...